(1) The Minister may at any time appoint an inspector to investigate the affairs and management of any trust company and may prescribe the manner in, and the extent to, which the investigation shall be conducted.
(2) It shall be the duty of all officers and servants of the company to produce for examination by the inspector all books, accounts, vouchers and other documents in their custody or control in relation to the matters under investigation, and to answer truly all inquiries addressed to them by the inspector respecting any matter affecting the affairs of the company.
(3) The inspector shall make a report of his investigation to the Minister of Finance.
(4) All expenses of and incidental to any investigation shall be paid by the company, if the Minister of Finance so directs.
WINDING UP
Malay text (authoritative)
Penyiasatan oleh pemeriksa
(1) Menteri boleh pada bila-bila masa melantik seorang pemeriksa untuk menyiasat hal ehwal dan pengurusan mana-mana syarikat amanah dan boleh menetapkan cara bagaimana, dan takat yang penyiasatan itu hendaklah dijalankan.
(2) Menjadi kewajipan semua pegawai dan pekhidmat syarikat itu untuk mengemukakan bagi pemeriksaan oleh pemeriksa itu semua buku, akaun, baucer dan dokumen lain dalam simpanan atau kawalan mereka berhubung dengan perkara yang sedang disiasat, dan untuk menjawab dengan benar semua pertanyaan yang ditujukan kepada mereka oleh pemeriksa itu berkenaan dengan apa-apa perkara yang menyentuh hal ehwal syarikat itu.
(3) Pemeriksa itu hendaklah membuat suatu laporan penyiasatannya kepada Menteri Kewangan.
(4) Segala perbelanjaan mengenai dan bersampingan dengan mana-mana penyiasatan hendaklah dibayar oleh syarikat itu, jika Menteri Kewangan mengarahkan sedemikian.
PENGGULUNGAN
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).