My bookmarksSign up free
← Trust Companies Act 1949

Trust Companies Act 1949 s 5

Trust Companies Act 1949 s 5

s 5 Registration of company incorporated in Singapore as a trust company

(1) Any public company incorporated in Singapore and registered in Malaysia under Division 2 of Part XI of the Companies Act 1965, which obtains from the Registrar a declaration that he is satisfied— (a) that it is registered as a trust company in Singapore under any law for the time being in force in Singapore relating to the registration of trust companies; and (b) that, in accordance with that law, it has deposited with the Accountant General, Singapore, securities to the value of at least one hundred thousand ringgit, shall be entitled to apply to the Registrar for and obtain registration as a trust company in Malaysia in accordance with section 4 and may thereupon carry on the business of a trust company in Malaysia in accordance with this Act so long as it remains registered as a trust company in Singapore and maintains a deposit as aforesaid: Provided that where the Registrar is of opinion that, by reason of the amount of the gross liabilities of any such company in Malaysia, additional security ought to be furnished by that company, he may order the company to make a deposit with the Accountant General in the manner and subject to the appeal provided by subsection 7(2) and, upon such deposit being made, the same shall be subject to all the provisions of this Act relating to deposits. (2) This section shall have effect only if and so long as reciprocal provisions are contained in the law of Singapore relating to trust companies.

Malay text (authoritative)

Pendaftaran syarikat yang diperbadankan di Singapura sebagai suatu syarikat amanah

(1) Mana-mana syarikat awam yang diperbadankan di Singapura dan didaftarkan di Malaysia di bawah Penggal 2 Bahagian XI Akta Syarikat 1965, yang mendapat suatu akuan daripada Pendaftar bahawa dia berpuas hati— (a) bahawa syarikat awam itu didaftarkan sebagai suatu syarikat amanah di Singapura di bawah mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa di Singapura yang berhubungan dengan pendaftaran syarikat amanah; dan (b) bahawa, mengikut undang-undang itu, syarikat awam itu telah mendepositkan sekuriti bernilai sekurang-kurangnya seratus ribu ringgit, dengan Akauntan Negara, Singapura, berhak untuk memohon kepada Pendaftar dan mendapatkan pendaftaran sebagai suatu syarikat amanah di Malaysia mengikut seksyen 4 dan boleh sesudah itu menjalankan urusan syarikat amanah di Malaysia mengikut Akta ini selagi ia masih didaftarkan sebagai suatu syarikat amanah di Singapura dan menyenggarakan suatu deposit seperti yang disebut terdahulu: Dengan syarat bahawa jika Pendaftar berpendapat bahawa, oleh sebab amaun liabiliti kasar mana-mana syarikat sedemikian di Malaysia, sekuriti tambahan patut diberikan oleh syarikat itu, dia boleh memerintahkan supaya syarikat itu membuat suatu deposit dengan Akauntan Negara mengikut cara dan tertakluk kepada rayuan yang diperuntukkan oleh subseksyen 7(2) dan, apabila deposit itu telah dibuat, deposit itu hendaklah tertakluk kepada segala peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan deposit. (2) Seksyen ini hendaklah berkuat kuasa hanya jika dan selagi peruntukan bersaling terkandung dalam undang-undang Singapura yang berhubungan dengan syarikat amanah.

Read this section in the full act →

Find Act 100 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next