My bookmarksSign up free
← Tabung Angkatan Tentera Act 1973

Tabung Angkatan Tentera Act 1973 s 15D

Tabung Angkatan Tentera Act 1973 s 15D

s 15D Establishment of veteran annuity scheme

(1) There shall be established a scheme to be known as the veteran annuity scheme for the payments of annuities to— (a) a serviceman who fulfils the following conditions: (i) he has been discharged from service with the regular forces of Malaysia except on the ground of misconduct; and (ii) he is not qualified for pension; and (b) an officer who fulfils the following conditions: (i) he has completed less than twenty years of service and has not been terminated on the ground of misconduct; (ii) he has not elected to be paid terminal gratuity; and (iii) he has elected to participate in the veteran annuity scheme. (2) The annuities shall be paid on a monthly basis in such quantum as may be determined by the Lembaga from the annual profit declared on— (a) the payment credited under subsection 9(2) to the account of a serviceman referred to in paragraph (1)(a); or (b) the value of the contribution from the Consolidated Fund recorded in accordance with subsection 9 A (2) and paid into the Tabung to the credit of the account of the officer referred to in paragraph (1)(b). (3) The payments of annuities under subsection (2) shall cease to be payable if the amount referred to in paragraph (2) (a) or (b), as the case may be, is withdrawn under paragraph 12(1 A )(b). (4) The contribution to the credit of a serviceman referred to in paragraph (1)(a) and an officer referred to in paragraph (1)(b) shall not be reckoned for the purposes of section 15 C .

Malay text (authoritative)

Penubuhan skim anuiti veteran

(1) Suatu skim yang bernama skim anuiti veteran hendaklah ditubuhkan bagi pembayaran anuiti kepada— (a) seorang askar-lasykar yang memenuhi syarat yang berikut: (i) dia telah diberhentikan daripada perkhidmatan dengan angkatan tetap Malaysia kecuali atas alasan salah laku; dan (ii) dia tidak berkelayakan untuk pencen; dan (b) seorang pegawai yang memenuhi syarat yang berikut: (i) dia telah menamatkan kurang daripada dua puluh tahun perkhidmatan dan tidak ditamatkan atas alasan salah laku; (ii) dia tidak memilih untuk dibayar ganjaran tamat perkhidmatan; dan (iii) dia telah memilih untuk menyertai skim anuiti veteran. (2) Anuiti hendaklah dibayar secara bulanan mengikut apa-apa kuantum yang ditentukan oleh Lembaga daripada keuntungan tahunan yang diisytiharkan ke atas— (a) bayaran yang dikreditkan di bawah subseksyen 9(2) kepada akaun seorang askar-lasykar yang disebut dalam perenggan (1)(a); atau (b) nilai caruman daripada Kumpulan Wang Disatukan yang direkodkan mengikut subseksyen 9A(2) dan dibayar ke dalam Tabung bagi kredit akaun pegawai yang disebut dalam perenggan (1)(b). (3) Pembayaran anuiti di bawah subseksyen (2) hendaklah terhenti daripada kena dibayar jika amaun yang disebut dalam perenggan (2)(a) atau (b), mengikut mana-mana yang berkenaan, dikeluarkan di bawah perenggan 12(1A)(b). (4) Caruman bagi kredit seorang askar-lasykar yang disebut dalam perenggan (1)(a) dan seorang pegawai yang disebut dalam perenggan (1)(b) tidak boleh dikira bagi maksud seksyen 15 C .

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 101 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next