My bookmarksSign up free
← Tabung Angkatan Tentera Act 1973

Tabung Angkatan Tentera Act 1973 s 4

s 4 Establishment and incorporation of Lembaga Tabung

(1) For the purpose of managing and maintaining the Tabung there is established a body corporate by the name of “Lembaga Tabung” (hereinafter referred to as “the Lembaga”) with perpetual succession. (2) The Lembaga shall have a common seal and may sue and be sued in its name and, subject to and for the purposes of this Act, may enter into contracts and acquire, purchase, take, hold and possess movable and immovable property of every description and may convey, assign, surrender, yield up, charge, mortgage, demise, reassign, transfer or otherwise dispose of or deal with any movable or immovable property or any interest vested in the Lembaga upon such terms as the Lembaga may think fit. (3) The Lembaga shall consist of— (a) a Chairman who shall be the Secretary General of the Ministry of Defence or such other person as may be appointed by the Minister; (b) a Deputy Chairman who shall be a representative of the Ministry of Defence; (c) the Deputy Secretary General to the Treasury; (ca) the Chief Executive who shall be an ex-officio member; (d) four members to be appointed by the Minister to represent the contributors, one of whom shall be the Chief of Defence Forces; (e) such other members not exceeding four in number to be appointed by the Minister on the advice of the Lembaga. (3A) In determining whether a person is a fit and proper for the purposes of subsection (3), the Minister shall have regard to— (a) the probity, competence and soundness of judgment of the person in fulfilling his responsibilities as a member of the Lembaga; and (b) the diligence with which the person is likely to fulfil his responsibilities as a member of the Lembaga. (3B) Without prejudice to the generality of subsection (3), a person shall be disqualified from being appointed or being a member of the Lembaga, if he— (a) is an undischarged bankrupt; ⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯ NOTE—Previously known as the “Chief of the Armed Forces Staff”—see subsection 10(2) of the Constitution (Amendment) (No. 2) Act 2001 [Act A1130] which c.i.f. on 28 September 2001. (b) has been convicted of an offence relating to the promotion, formation or management of a company or corporation; (c) has been convicted of an offence involving bribery, fraud or dishonesty; (d) has been convicted of an offence under any written law which is designed for protecting members of the public; (e) has been disqualified by an order of the court to act as a director under any written law; or (f) has engaged in or has been associated with, any business practice, or otherwise conducted himself in such a way as to cast doubt on his competence and soundness of judgment. (3C) The circumstances referred to in subsection (3B) shall be applicable to circumstances in or outside Malaysia. (4) The provisions of the First Schedule shall have effect with respect to the Lembaga.

Malay text (authoritative)

Penubuhan dan pemerbadanan Lembaga Tabung

(1) Bagi maksud menguruskan dan menyenggarakan Tabung itu ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun bernama “Lembaga Tabung” (kemudian daripada ini disebut “Lembaga”). (2) Lembaga hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh membawa guaman atau dibawa guaman terhadapnya atas namanya dan, tertakluk pada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan memiliki apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahhakkan, menyerahhakan, menyerahkan balik, memulangkan balik, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemis, menyerahhakan semula, memindahkan hakmilik atau selainnya melupuskan atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Lembaga mengikut apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Lembaga. (3) Lembaga hendaklah terdiri daripada— (a) seorang Pengerusi iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan atau mana-mana orang lain yang dilantik oleh Menteri; (b) seorang Timbalan Pengerusi iaitu seorang wakil dari Kementerian Pertahanan; (c) Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan; (ca) Ketua Eksekutif yang hendaklah menjadi seorang anggota ex-officio; (d) empat orang anggota yang dilantik oleh Menteri untuk mewakili pencarum, seorang daripadanya hendaklah Panglima Angkatan Tentera; (e) beberapa orang anggota lain, tidak lebih daripada empat orang, yang dilantik oleh Menteri atas nasihat Lembaga. (3A) Dalam menentukan sama ada seseorang itu layak dan sesuai bagi maksud subseksyen (3), Menteri hendaklah mengambil kira— (a) kejujuran yang tidak diragui, kecekapan dan kewajaran pertimbangan orang itu dalam memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota Lembaga; dan (b) ketekunan yang membolehkan orang itu memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota Lembaga. (3B) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (3), seseorang tidak layak untuk dilantik atau hilang kelayakan menjadi anggota Lembaga, jika dia— (a) seorang bankrap yang belum dilepaskan; (b) telah disabitkan atas suatu kesalahan yang berhubungan dengan penganjuran, penubuhan atau pengurusan suatu syarikat atau perbadanan; (c) telah disabitkan atas suatu kesalahan yang melibatkan sogokan, fraud atau kecurangan; ⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯ CATATAN—Dahulunya dikenali sebagai “Ketua Turus Angkatan Tentera”—lihat subseksyen 10(2) Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2001 [Akta A1130] yang m.b.p. 28 September 2001. (d) telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang dimaksudkan untuk melindungi orang awam; (e) telah hilang kelayakan melalui perintah mahkamah untuk bertindak sebagai pengarah di bawah mana-mana undang-undang bertulis; atau (f) telah terlibat dalam atau telah dikaitkan dengan, apa-apa amalan perniagaan, atau selainnya berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga menimbulkan keraguan tentang kewibawaan dan kewajaran pertinbangannya. (3C) Hal keadaan yang disebut dalam subseksyen (3B) hendaklah terpakai bagi hal keadaan di dalam atau di luar Malaysia. (4) Peruntukan Jadual Pertama hendaklah berkuat kuasa berkenaan dengan Lembaga.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 101 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next