My bookmarksSign up free
← Malaysian Timber Industry Board (Incorporation) Act 1973

Malaysian Timber Industry Board (Incorporation) Act 1973 s 2

Malaysian Timber Industry Board (Incorporation) Act 1973 s 2

s 2 Interpretation

In this Act, unless the context otherwise requires— “appointed day” means the day on which this Act, or, if different dates are appointed for the coming into operation of different provisions of this Act, the day on which Part VI, comes into operation; “Board” means the Malaysian Timber Industry Board established under section 3; “Chairman” means the Chairman of the Board appointed under section 4; “Director General” means the Director General appointed under section 9 and includes the Deputy Director General; “exporter” means a person who exports timber; “Fund” means the Malaysian Timber Industry Board Fund established under section 19; “grader” means a person who holds a valid certificate of competency in the grading of sawn timber, issued by the grading authority; “grading authority” means, until otherwise declared by the Minister by notification in the Gazette, the Director General of Forestry, Peninsular Malaysia in relation to Peninsular Malaysia, the Conservator of Forests, Sabah in relation to Sabah and person appointed by the Sarawak Timber Industry Development Corporation, in relation to Sarawak; “jetty” means a yard from which timber may be directly removed for immediate shipment without having to be kept at another yard; “jetty operator” means a person who operates a jetty; “legal landing place” has the meaning assigned to it in the Customs Act 1967 [Act 235]; “member” means a member of the Board, and includes an alternate member; “mill” means any building or factory used wholly or partly for the manufacture, processing, seasoning or preservation of timber; “Quality Control Inspector” means a quality control inspector appointed under section 9; “recognized association” means an association, body or organization listed in the Third Schedule; “registered grader” means a grader registered under this Act; “supplier” means a person who supplies timber; “timber” means the products, or any of the products, listed in the First Schedule; “timber processor” means a person who carries on the business of seasoning or preserving timber; “yard” means any area or place used for checking, inspecting, seasoning, selling, storing, packaging, preserving or bundling timber, and includes any area, place or premises where timber, intended to be used in the manufacture of any article or in the erection of any building or structure, is seasoned, preserved or offered for sale.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

(1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “Akta ini” termasuklah apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini; “anggota” ertinya seseorang anggota Lembaga, dan termasuklah seseorang anggota silih ganti; “dalam transit” ertinya diambil atau dihantar dari mana-mana negara dan dibawa masuk ke dalam Malaysia melalui darat, laut atau udara (sama ada atau tidak didaratkan atau dipindahkan ke pengangkut lain di Malaysia) bagi maksud semata-mata dibawa ke suatu negara lain sama ada dengan pengangkut yang sama atau yang lain; “dapatan penyelidikan” ertinya apa-apa hasil atau output daripada aktiviti penyelidikan dan pembangunan dan termasuklah keluaran yang baru atau lebih baik, reka bentuk, rekaan, inovasi dan pembangunan dalam apa-apa proses, teknik, alat atau mesin; “eksport” ertinya membawa atau menyebabkan dibawa keluar dari Malaysia melalui darat, laut atau udara atau meletakkan apa-apa kayu dalam suatu vesel, pengangkut atau pesawat udara bagi maksud supaya kayu itu dibawa keluar dari Malaysia melalui darat, laut atau udara; “hari yang ditetapkan” ertinya hari Akta ini, atau, jika tarikh yang berlainan ditetapkan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan dalam Akta ini, hari Bahagian VI, mula berkuat kuasa; “import” ertinya membawa atau menyebabkan dibawa apa-apa kayu ke dalam Malaysia melalui darat, laut atau udara tetapi tidak termasuk transit kayu dan pemindahan kayu ke pengangkut lain yang suci hati; “jeti” ertinya sesuatu yad yang darinya kayu boleh dipindahkan secara terus untuk dikapalkan dengan segera tanpa perlu disimpan di suatu yad lain; “kayu” ertinya keluaran atau mana-mana daripada keluaran yang disenaraikan dalam Jadual Pertama; “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah yang dilantik di bawah seksyen 9 dan termasuklah Timbalan Ketua Pengarah; “kilang” ertinya apa-apa bangunan atau pabrik yang digunakan keseluruhannya atau sebahagiannya bagi mengilang, memproses, mengering atau mengawet kayu; “kualiti kayu” ertinya gred, spesies, saiz dan apa-apa spesifikasi yang berhubungan dengan kayu; “Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 19; “ladang hutan” ertinya penanaman, pengurusan dan pengusahahasilan pokok di bawah Program Pembangunan Ladang Hutan yang dilaksanakan oleh Lembaga; “Lembaga” ertinya Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3; “pasaran dalam negeri” ertinya pasaran dalam Malaysia; “pedagang” ertinya seseorang yang menjalankan perniagaan menjual, memperdagangkan, mengagih atau memasarkan kayu bagi maksud pasaran dalam negeri; “pegawai kastam yang hak” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Kastam 1967 [Akta 235]; “pegawai penguat kuasa” ertinya— (a) seorang pegawai Lembaga atau mana-mana pegawai awam yang dilantik di bawah seksyen 26A; (b) seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor; atau (c) seorang pegawai kastam sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Kastam 1967; “pembekal” ertinya seseorang yang membekalkan kayu bagi maksud eksport; “Pemeriksa Kawalan Kualiti” ertinya seseorang pemeriksa kawalan kualiti yang dilantik di bawah seksyen 9; “pemeringkat” ertinya seseorang yang memegang suatu perakuan kelayakan yang sah bagi memeringkat kayu yang digergaji, yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemeringkatan; “pemproses” ertinya seseorang yang menjalankan perniagaan mengering tanur atau mengawet kayu; “pengeksport” ertinya seseorang yang mengeksport kayu; “pengendali” ertinya seseorang yang memegang suatu perakuan kelayakan yang sah yang dikeluarkan oleh Lembaga untuk mengendalikan loji mengawet kayu, loji mengering tanur kayu atau kedua-duanya; “pengendali jeti” ertinya seseorang yang mengendalikan sesuatu jeti yang terlibat dalam apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan pengeksportan atau pengimportan kayu; “Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 4; “pengusahahasilan” ertinya mengambil, memungut, menoreh atau mengalih, apa-apa hasil hutan bagi maksud ladang hutan; “pengimport” ertinya seseorang yang mengimport kayu; “perindustrian kayu” ertinya apa-apa aktiviti yang melibatkan ladang hutan, pembangunan, perdagangan, pemasaran, pemprosesan, pengilangan dan pengeluaran dan penyelidikan tentang kayu; “permit”, berhubung dengan pengeksportan atau pengimportan kayu, ertinya suatu perakuan kelulusan yang dikeluarkan oleh Lembaga; “persatuan yang diiktiraf” ertinya sesuatu persatuan, badan atau pertubuhan yang disenaraikan dalam Jadual Ketiga; “pihak berkuasa pemeringkatan” ertinya Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia; “premis”, berhubung dengan kayu, ertinya mana-mana tempat, sama ada terbuka atau tertutup atau sama ada di atas tanah atau laut atau sama ada boleh alih atau tak boleh alih dan termasuklah mana-mana rumah, kilang, kedai, pengangkut, stor, bilik, balai, bangsal, kontena, jeti, yad, estet, ladang, gudang, pelabuhan atau lapangan terbang; “ses” ertinya ses yang dikenakan di bawah seksyen 20; “yad” ertinya mana-mana kawasan atau tempat yang digunakan bagi menyemak, memeriksa, mengeringkan, menjual, menyimpan, mengemas siap, mengawet atau membendela kayu, dan termasuklah mana-mana kawasan, tempat atau premis yang kayu, yang dimaksudkan untuk digunakan dalam mengilang apa-apa artikel atau dalam pembinaan apa-apa bangunan atau struktur, dikeringkan, diawetkan atau ditawarkan untuk dijual. (2) Peruntukan Akta ini tidak mengurangkan peruntukan Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa berhubung dengan perhutanan.

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 105 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next