s 26F Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran
Bilamana seseorang pegawai penguat kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana kayu, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan mungkin dijumpai di dalam atau pada manamana premis, orang atau pengangkut dan bahawa oleh sebab kelengahan dalam mendapatkan waran di bawah seksyen 26E, tujuan penggeledahan itu akan terkecewa, dia boleh, dengan keizinan Ketua Pengarah, tanpa waran, dengan apa-apa bantuan, dan dengan menggunakan kekerasan yang perlu— (a) memasuki dan menggeledah premis itu; (b) menahan dan memeriksa mana-mana orang, menggeledah kenderaan, vesel atau pengangkut; dan (c) menyita mana-mana kayu, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dijumpai dan boleh menjadi keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu.