Malaysian Timber Industry Board (Incorporation) Act 1973 s 34
Malaysian Timber Industry Board (Incorporation) Act 1973 s 34
s 34 Rules and regulations
(1) The Minister may, after consulting the Board, make such rules and regulations, except those that the Board is empowered to make under subsection (2), as appear to him to be necessary for carrying out the provisions of this Act and, without prejudice to the generality of this subsection, such rules and regulations may—
(a) prescribe the form of contract to be adopted by persons selling or buying timber locally and the terms and conditions to be included in such contracts;
(b) prescribe the procedure to be followed in showing cause under section 17;
(c) prescribe the form of the prohibitory notice under section 27; and
(d) specify the offences that are compoundable and prescribe the compounding and the methods thereof.
(2) The Board may from time to time, with the approval of the Minister, by rules or regulations—
(a) prescribe the manner of applying for registration under this Act, the particulars to be supplied by an applicant, the manner of registration, the fees payable therefor, the conditions or restrictions to be imposed and the form of certificates to be issued upon registration;
(b) prescribe the standards of processing and methods of seasoning, preserving, grading, bundling or packaging timber, and the fees payable for grading;
(c) prescribe the minimum standards of hygiene to be maintained in mills, yards and jetties;
(d) prescribe the methods of fixing timber prices;
(e) prescribe the procedure to be followed by exporters in exporting timber;
(f) Provide for the maintenance of proper standards of conduct in the carrying out of the timber trade and for dealing with infringements thereof;
(ff) prescribe the procedure to be followed for the administration of the Fund;
(g) provide for the calling and conduct of meetings of the Board and its committees;
(h) (Deleted by Act A776);
(i) prescribe the terms and conditions of loans made to employees of the Board under section 19; and
(j) provide for all procedural and other matters, in so far as they do not fall within any of the preceding paragraphs, which by this Act are required or permitted to be prescribed or which are necessary to be prescribed for the carrying out of or giving effect to the provisions of this Act.
Malay text (authoritative)
Kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan
(1) Menteri boleh, selepas berunding dengan Lembaga, membuat apa-apa kaedah dan peraturan, kecuali kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang Lembaga diberi kuasa untuk membuatnya di bawah subseksyen (2), sebagaimana yang ternyata padanya perlu bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dan, tanpa menyentuh keluasan subseksyen ini, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan itu boleh—
(a) menetapkan bentuk kontrak yang hendaklah diterima pakai oleh orang yang menjual atau membeli kayu di tempatnya sendiri dan terma dan syarat yang hendaklah dimasukkan ke dalam kontrak itu;
(b) menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti dalam menunjukkan sebab di bawah seksyen 17;
(ba) menetapkan spesies kayu yang dilarang untuk dieksport atau diimport;
(c) menetapkan borang bagi notis penyitaan di bawah subseksyen 26K(4); dan;
(d) menyatakan kesalahan yang boleh dikompaun dan menetapkan pengkompaunan dan caranya.
(2) Lembaga boleh dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Menteri, melalui kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan—
(a) menetapkan cara memohon untuk pendaftaran di bawah Akta ini, butir-butir yang hendaklah diberikan oleh seseorang pemohon, cara pendaftaran, fi yang kena dibayar baginya, syarat atau sekatan yang hendaklah
dikenakan dan bentuk perakuan yang hendaklah dikeluarkan semasa pendaftaran;
(b) menetapkan standard pemprosesan dan cara mengeringkan, mengawet, memeringkat, membendela atau mengemas siap kayu, dan fi yang kena dibayar untuk memeringkat;
(c) menetapkan standard minimum kesihatan yang akan disenggarakan di premis;
(d) menetapkan cara menetapkan harga kayu;
(e) menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti, borang yang hendaklah digunakan dan fi yang kena dibayar oleh pengeksport atau pengimport dalam pengeksportan atau pengimportan kayu;
(ea) menetapkan tatacara bagi penanaman dan pemilihan spesies kayu bagi ladang hutan;
(eb) menetapkan pemprosesan keluaran ladang hutan;
(ec) menetapkan pengurusan dan tatacara kewangan bagi ladang hutan;
(ed) menetapkan pelaksanaan apa-apa aktiviti ladang hutan;
(ee) menetapkan cara untuk mengawal selia kayu yang dipindahkapalkan dan kayu dalam transit;
(ef) menetapkan tatacara bagi pengiktirafan, pemerakuan dan pengendorsan dan fi yang berhubungan dengan perindustrian kayu;
(eg) menetapkan tatacara bagi perkhidmatan penentusahan kayu dan caj atau fi yang hendaklah dibayar oleh manamana orang yang memohon apa-apa perkhidmatan nasihat teknikal dan penentusahan kayu;
(f) mengadakan peruntukan bagi menyenggara standard yang sepatutnya mengenai kelakuan dalam menjalankan
perdagangan kayu dan bagi menguruskan pelanggaran terhadapnya;
(ff) menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti bagi pentadbiran Kumpulan Wang;
(g) mengadakan peruntukan bagi memanggil dan menjalankan mesyuarat Lembaga dan jawatankuasanya;
(h) (Dipotong oleh Akta A776);
(i) menetapkan terma dan syarat pinjaman yang diberikan kepada pekerja Lembaga di bawah seksyen 19; dan
(j) mengadakan peruntukan bagi semua hal tatacara dan hal lain, setakat yang ia tidak termasuk dalam mana-mana perenggan yang terdahulu yang dalam Akta ini dikehendaki atau dibenarkan ditetapkan atau yang perlu ditetapkan bagi melaksanakan atau memberi kesan kepada peruntukan Akta ini.
(3) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan
(2) boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturanperaturan menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi satu ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau keduaduanya.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).