Malaysian Timber Industry Board (Incorporation) Act 1973 Second Schedule
Second Schedule SECOND SCHEDULESupplementary
[Section 3(2)]
SUPPLEMENTARY PROVISIONS RESPECTING THE BOARD
1. (1) A member of the Board who—
(a) without reasonable cause or the permission in writing of the Chairman has neither been present nor represented by an alternate member, if any, at three consecutive meetings of the Board;
(b) has been found or declared to be of unsound mind;
(c) has become bankrupt or made an arrangement with his creditors; or
(d) has been convicted of any offence involving fraud, dishonesty or moral turpitude or any offence under this Act or the rules or regulations thereunder,
shall cease to hold office.
(2) Subparagraph (1), other than subparagraph (1)(a), shall apply mutatis mutandis to every alternate member.
(3) There shall be paid to members of the Board, or to such of them as the Minister may determine, such allowances as he may determine.
(4) The appointment of every member and alternate member of the Board shall be published in the Gazette.
(5) No member of the Board shall incur personal liability for loss or damage caused by an act or omission in administering the affairs of the Board, unless the loss or damage is occasioned by an intentionally wrongful act or omission on his part.
2. (1) The Board shall meet at least four times a year.
(2) The quorum of the Board shall be ten.
(3) If at any meeting of the Board neither the Chairman nor the person exercising the functions of the Chairman is present, the members present shall elect one of their number to preside over the meeting.
(4) If on any question to be determined by the Board there is an equality of votes, the Chairman or member presiding shall have a casting vote.
(5) Subject to subparagraphs (1), (2), (3) and (4), the Board shall determine its own procedure.
(6) The seal of the Board shall be authenticated by the Chairman and one other member of the Board, and any document purporting to be sealed by the seal of the Board and so authenticated shall, until the contrary is shown, be deemed to have been validly sealed.
Malay text (authoritative)
JADUAL KEDUA
[Subseksyen 3(2)]
PERUNTUKAN TAMBAHAN MENGENAI LEMBAGA
1. (1) Seseorang anggota Lembaga yang—
(a) tidak hadir atau tidak diwakili oleh seorang anggota silih ganti, jika ada, tiga kali berturut-turut dalam mesyuarat Lembaga tanpa sebab yang munasabah atau tanpa kebenaran bertulis Pengerusi;
(b) telah didapati atau diisytiharkan sebagai tidak sempurna akal;
(c) telah menjadi seorang bankrap atau membuat perkiraan dengan pemiutangnya; atau
(d) telah disabitkan dengan apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak atau apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan di bawahnya, hendaklah terhenti memegang jawatan.
(2) Subperenggan (1), selain subsubperenggan (1)(a), hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi tiap-tiap anggota silih ganti.
(3) Maka hendaklah dibayar kepada anggota Lembaga, atau kepada mana-mana daripada mereka sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri, apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan olehnya.
(4) Pelantikan tiap-tiap anggota dan anggota silih ganti Lembaga hendaklah disiarkan dalam Warta.
(5) Tiada seorang pun anggota Lembaga boleh menanggung liabiliti diri bagi kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh sesuatu perbuatan atau peninggalan dalam mentadbirkan hal ehwal Lembaga, melainkan jika kerugian atau kerosakan itu disebabkan oleh sesuatu perbuatan atau peninggalan salah yang disengajakan pada pihaknya.
2. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya empat kali setahun.
(2) Kuorum bagi Lembaga ialah lapan orang.
(3) Jika di mana-mana mesyuarat Lembaga, Pengerusi atau orang yang menjalankan fungsi Pengerusi tidak hadir, anggota yang hadir hendaklah melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.
(4) Jika mengenai apa-apa persoalan untuk ditentukan oleh Lembaga terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi atau anggota yang mempengerusikan mesyuarat itu hendaklah mempunyai undi pemutus.
(5) Tertakluk kepada subperenggan (1), (2), (3) dan (4), Lembaga hendaklah menentukan tatacaranya sendiri.
(6) Meterai Lembaga hendaklah disahkan oleh Pengerusi dan seorang anggota Lembaga yang lain, dan apa-apa dokumen yang berupa sebagai dimeteraikan oleh meterai Lembaga itu dan disahkan sedemikian hendaklah disifatkan telah dimeteraikan dengan sahnya sehingga akasnya ditunjukkan.
Read this section in the full act →
Find Act 105 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).