(1) The Corporation shall have a common seal and such seal may from time to time be broken, changed, altered and made anew as to the Corporation seems fit.
(2) No deed, document or other instrument sealed with the seal of the Corporation shall be deemed to be duly sealed unless—
(a) such seal has been affixed in the presence of the Sister Superior for the time being in office, or her attorney duly authorized by a power of attorney registered under the Powers of Attorney Act 1949 [Act 424]; and
(b) such deed, document or other instrument is signed by the said Sister Superior for the time being in office or her attorney so authorized as aforesaid.
(3) Such signing shall be and be taken as sufficient evidence of the due sealing of such deed, document or other instrument.
Malay text (authoritative)
Meterai perbadanan bagi Perbadanan
(1) Perbadanan itu hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baru sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan itu.
(2) Tiada surat ikatan, suratan atau surat cara lain yang dimeteraikan dengan meterai Perbadanan itu boleh disifatkan telah dimeteraikan dengan sepatutnya melainkan jika—
(a) meterai itu telah dicapkan di hadapan Sister Superior yang pada masa itu memegang jawatan, atau wakilnya yang diberi kuasa dengan sepatutnya melalui suatu surat kuasa wakil yang didaftarkan di bawah Akta Surat Kuasa Wakil 1949 [Akta 424]; dan
(b) surat ikatan, suratan atau surat cara lain itu telah ditandatangani oleh Sister Superior tersebut yang pada masa itu memegang jawatan atau wakilnya yang diberi kuasa sedemikian seperti yang disebut terdahulu.
(3) Penandatanganan itu hendaklah menjadi dan dianggap sebagai keterangan yang cukup mengenai pemeteraian sepatutnya akan surat ikatan, suratan atau surat cara yang lain itu.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).