s 17
(Deleted by Act A1160).
Malaysian Agricultural Research and Development Institute Act 1969 s 17
(Deleted by Act A1160).
(Dipotong oleh Akta A1160). Surcaj 17A . (1) Jika ternyata kepada Lembaga bahawa mana-mana orang yang sedang atau telah bekerja dengan Institutβ (a) telah gagal mengutip apa-apa wang yang terhutang pada Institut yang pemungutannya menjadi tanggungjawabnya; (b) yang atau telah bertanggungjawab atas apa-apa pembayaran wang daripada Kumpulan Wang yang tidak sepatutnya dibuat atau atas apa-apa pembayaran wang yang tidak disahkan dengan sewajarnya; (c) yang atau telah bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, atas apa-apa kekurangan pada, atau atas pemusnahan, apa-apa wang, setem, sekuriti, storan atau harta lain Institut; (d) sebagai, atau yang pernah menjadi sebagai pegawai perakaunan, gagal atau telah gagal menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya; (e) telah gagal membuat apa-apa bayaran, atau telah bertanggungjawab atas apa-apa kelambatan dalam pembayaran, wang daripada Kumpulan Wang kepada mana-mana orang yang kepadanya bayaran itu kena dibuat di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan Institut, Lembaga hendaklah menyampaikan suatu notis bertulis kepadanya yang memintanya menunjukkan sebab mengapa dia tidak sepatutnya disurcajkan, dan jika penjelasan yang memuaskan hati tidak diberikan, dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penyampaian notis yang disebut terdahulu, kepada Lembaga berkenaan dengan kegagalan mengutip bayaran yang tidak sepatutnya dibuat, pembayaran yang tidak disahkan dengan sewajarnya, kekurangan atau pemusnahan, atau kegagalan menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan membuat bayaran, atau kelambatan dalam membuat bayaran, Lembaga boleh mensurcajkan sejumlah wang terhadap orang tersebut yang tidak melebihi amaun apa-apa amaun sedemikian yang tidak dikutip, apa-apa bayaran, kekurangan, atau kerugian atau nilai harta yang musnah, dan berkenaan dengan kegagalan menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan membuat bayaran, atau kelambatan dalam membuat bayaran, Lembaga boleh mensurcajkan apa-apa jumlah wang terhadap orang tersebut sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga itu. (2) Pengerusi hendaklah menyebabkan Ketua Pengarah diberitahu tentang apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan Ketua Pengarah hendaklah sesudah itu memberitahu orang yang disurcajkan itu. (3) Lembaga boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan hati telah diterima atau jika ternyata selainnya bahawa tiada surcaj patut dibuat, dan Pengerusi hendaklah dengan segera menyebabkan Ketua Pengarah diberitahu tentang penarikan balik itu. (4) Amaun apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan tidak ditarik balik di bawah subseksyen (3) hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Institut daripada orang yang terhadapnya surcaj itu dibuat dan boleh dibawa guaman dan didapatkan kembali dalam mana-mana mahkamah atas guaman Institut dan boleh juga didapatkan kembali melalui potonganβ Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (a) daripada gaji orang yang disurcajkan jika Lembaga mengarahkan sedemikian; atau (b) daripada pencen orang yang disurcajkan jika Lembaga mengarahkan sedemikian, dengan ansuran bulanan yang sama banyak yang tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan, orang itu. B AHAGIAN VI TAMBAHAN
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).