Harta dalam dapatan penyelidikan
(1) Harta mengenai tiap-tiap dapatan penyelidikan atau tiaptiap program yang diusahakan oleh Institut yang dibiayai sepenuhnya dengan pemberian yang dibuat kepada Institut oleh Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri, hendaklah terletak hak pada Lembaga.
(2) Harta mengenai tiap-tiap dapatan penyelidikan atau tiaptiap program yang diusahakan oleh Institut yang dibiayai oleh sesuatu perusahaan atau organisasi swasta, hendaklah terletak hak pada Lembaga dan perusahaan atau organisasi swasta itu bersesama, tertakluk kepada syarat apa-apa perjanjian antara Lembaga dengan perusahaan atau organisasi swasta itu.
Akses kepada dapatan penyelidikan dan kemudahan
23A . (1) Lembaga boleh, tertakluk kepada syarat, sekatan dan batasan sebagaimana yang ditentukan olehnya, membenarkan mana-mana orang mendapat akses kepada dapatan penyelidikan dan kemudahan Institut.
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
(2) Bagi maksud seksyen ini, βkemudahanβ termasuklah kelengkapan, makmal, petak uji kaji, pangkalan data dan pengumpulan germplasma.
Kuasa untuk mengenakan fi
23B . Lembaga boleh mengenakan fi, royalti atau apa-apa bayaran lain yang difikirkannya patut bagi apa-apa penyelidikan, penyiasatan, ujian, latihan, nasihat atau perkhidmatan lain yang diberikan oleh Institut, atau bagi penggunaan mana-mana harta atau kemudahannya.