My bookmarksSign up free
← Malaysian Agricultural Research and Development Institute Act 1969

Malaysian Agricultural Research and Development Institute Act 1969 s 25

Malaysian Agricultural Research and Development Institute Act 1969 s 25

s 25 Rules

The Board may, with the approval of the Minister, and in respect of paragraphs (a) and (b) subject to the concurrence of the Minister of Finance make rules for all or any of the following matters— (a) the determination of salary scales and terms and conditions of employment of the officers and servants of the Institute, including the provisions of loans to such officers and servants; (b) the establishment and management of a contributory provident fund for the officers and servants of the Institute or for payment of pensions, allowances or gratuities to the said officers and servants on retirement or otherwise ceasing to hold office; (c) the principles and procedures with respect to appointment, promotions and termination of appointments in the Institute, exclusive of the Director General and Deputy Directors General; (d) the principles and procedures for the evaluation of capability and performance of the professional staff of the Institute; and (e) any other matter which may be prescribed under this Act.

Malay text (authoritative)

Kaedah

Dengan persetujuan Menteri, dan mengenai perenggan (a) dan (b) tertakluk kepada persetujuan Menteri Kewangan, Lembaga boleh membuat kaedah bagi kesemua atau mana-mana perkara yang berikut— (a) menetapkan tangga gaji dan syarat mengambil bekerja pegawai dan pekhidmat Institut, termasuk peruntukan mengenai pinjaman kepada pegawai dan pekhidmat itu; (b) menubuhkan dan menguruskan suatu kumpulan wang simpanan bercaruman bagi pegawai dan pekhidmat Institut atau untuk membayar pencen, elaun atau ganjaran kepada pegawai dan pekhidmat tersebut apabila bersara ataupun apabila berhenti memegang jawatan; (c) prinsip dan tatacara berkenaan dengan pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan pelantikan dalam Institut, tidak termasuk Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah; (d) prinsip dan tatacara bagi menilai kebolehan dan pekerjaan kakitangan profesional Institut; dan (e) apa-apa perkara lain yang boleh ditetapkan di bawah Akta ini. Kuasa membuat peraturan tatatertib 25A . (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat apa-apa peraturan tatatertib sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk mengadakan peruntukan mengenai tatatertib pegawai dan pekhidmat Institut. (2) Peraturan tatatertib yang dibuat oleh Lembaga di bawah seksyen ini boleh mengandungi peruntukan mengenai tahan kerja dengan pengurangan gaji atau saraan lain, atau peruntukan mengenai penggantungan kerja tanpa gaji atau saraan lain, seseorang pegawai atau pekhidmat Institut sementara menanti prosiding tatatertib selesai. (3) Peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah mewujudkan apa-apa kesalahan tatatertib dan mengadakan peruntukan mengenai apa-apa hukuman tatatertib sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukuman yang diperuntukkan sedemikian boleh meliputi pembuangan kerja atau penurunan pangkat. (4) Peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah, dalam menetapkan tatacara bagi prosiding tatatertib, memberi orang yang terhadapnya prosiding tatatertib diambil peluang membuat representasi terhadap pertuduhan tatatertib yang dibuat terhadapnya sebelum keputusan dicapai oleh Jawatankuasa Tatatertib kecuali dalam hal yang berikut: (a) jika seseorang pegawai atau pekhidmat Institut dibuang kerja atau diturunkan pangkat atas alasan kelakuan yang berkenaan dengannya suatu pertuduhan jenayah telah dibuktikan terhadapnya; (b) jika Lembaga, atas syor Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri, berpuas hati bahawa demi kepentingan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya tidak suai manfaat untuk menjalankan kehendak subseksyen ini; (c) jika telah dibuat terhadap seseorang pegawai atau pekhidmat Institut apa-apa perintah tahanan, pengawasan, kediaman terhad, buang negeri atau deportasi, atau jika telah dikenakan terhadap seseorang pegawai atau pekhidmat Institut apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan dengan bon atau selainnya, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia di bawah mana-mana undang-undang berhubung dengan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya, pencegahan jenayah, tahanan pencegahan, kediaman terhad, buang negeri, imigresen, atau pelindungan wanita dan gadis. (5) Peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah mengadakan peruntukan mengenai tatacara bagi pendengaran rayuan terhadap keputusan Jawatankuasa Tatatertib. (6) Bagi maksud seksyen ini, “pegawai” termasuklah Ketua Pengarah.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 11 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next