Malaysian Agricultural Research and Development Institute Act 1969 s 6
s 6 Functions of the Board
(1) Without prejudice to subsection 5(1) the Board shall have, in addition, the following functions—
(a) subject to the direction of the Minister, to determine the policies in the administration of the Institute;
(b) to determine the procedure with respect to appointments, promotions and termination of appointments of employees and servants of the Institute, exclusive of the Director General and Deputy Directors General;
(c) with the concurrence of the Minister, to approve the budgets or estimates of expenditure with respect to the administration and operation of the Institute;
(d) to issue administrative rules relating to the day-to-day administration of the Institute;
(e) to determine and allocate grant-in-aid for research to be conducted by other organizations or agencies; and
(f) to approve the selection of recipient of scholarship and issue award or travel grant to be financed by the Institute.
(2) (Deleted by Act A1160).
(3) The provisions of the Schedule shall apply to the Board.
Malay text (authoritative)
Fungsi Lembaga
(1) Dengan tidak menyentuh subseksyen 5(1) Lembaga mempunyai fungsi yang berikut sebagai tambahan:
(a) tertakluk kepada arahan Menteri, menetapkan dasar pentadbiran Institut;
(b) menetapkan tatacara berkenaan dengan pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan pelantikan pekerja dan pekhidmat Institut, tidak termasuk Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah;
(c) dengan persetujuan Menteri, meluluskan belanjawan atau anggaran perbelanjaan bagi pentadbiran dan pengendalian Institut;
(d) mengeluarkan kaedah pentadbiran berkenaan dengan pentadbiran harian Institut;
(e) menentukan dan menguntukkan pemberian bantuan untuk pertubuhan atau agensi lain menjalankan penyelidikan; dan
(f) meluluskan pemilihan mengenai penerima biasiswa dan mengeluarkan award atau pemberian perjalanan yang akan dibiayai oleh Institut.
(2) (Dipotong oleh Akta A1160).
(3) Peruntukan Jadual hendaklah terpakai bagi Lembaga.
Kuasa untuk mengambil bahagian dalam penyertaan ekuiti atau usaha sama
6A . Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, mengambil bahagian dalam penyertaan ekuiti dalam atau usaha sama dengan mana-mana perusahaan sekiranya penyertaan atau usaha sama itu ternyata kepadanya dikehendaki, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsi Institut.
Kuasa tambahan Lembaga
6B . (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan—
(a) menjalankan apa-apa aktiviti yang berbentuk komersial dan pada pendapat Lembaga perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsi Institut; atau
(b) menganjurkan pemerbadanan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] bagi maksud menjalankan atau melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang telah dirancangkan atau diusahakan oleh Lembaga yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsi Institut.
(2) Memorandum Persatuan syarikat yang diperbadankan di bawah perenggan (1)(b) hendaklah diluluskan oleh Lembaga sebelum pemerbadanan syarikat sedemikian.
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
(3) Walau apa pun subseksyen (1), Lembaga tidak boleh tanpa kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan—
(a) melabur dalam syer mana-mana syarikat; atau
(b) melupuskan semua atau mana-mana bahagian ekuiti atau asetnya yang dilaburkan dalam mana-mana syarikat subsidiarinya.
Read this section in the full act → · Open Part III →
Find Act 11 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).