My bookmarksSign up free
← Malaysian Agricultural Research and Development Institute Act 1969

Malaysian Agricultural Research and Development Institute Act 1969 Schedule

Malaysian Agricultural Research and Development Institute Act 1969 Schedule

Schedule SCHEDULESupplementary

[Section 6] Meetings of the Board 1. The Board shall meet at least four times each year and shall, in addition, meet as and when convened by the Chairman. Quorum 2. Four members present shall be a quorum at any meeting of the Board. Minutes of the Board 3. Minutes shall be kept of all proceedings of the Board and copies thereof shall be submitted to the Minister. Seal of the Board 4. The seal of the Board shall be kept in the custody of the Director General or such other person as may be authorized by the Board, and shall be authenticated by the Director General or such authorized person and an officer authorized by either of them in writing; and all deeds, documents and other instruments purporting to be sealed with such seal, authenticated as specified in this paragraph, shall, until the contrary is proved, be deemed to have been validly executed. Procedures of the Board 5. Subject to this Act the Board shall determine its own procedure. Appointment of Committees 6. (1) The Board may appoint committees for any purpose arising out of or connected with any of its powers, duties and functions under this Act; any committee so appointed shall include not less than one member of the Board, and there may be appointed to such committee such other persons as the Board may think fit. (2) Any committee so appointed shall conform to any instructions from time to time given to it by the Board, and the Board may at any time discontinue or alter the constitution of any committee so appointed. (3) The Board or the committee, respectively, may invite any person who, in its opinion, is possessed of special knowledge of advantage to it, to attend any meeting of the Board or the committee and the person so invited shall not be entitled to vote at any such meeting. Powers to request 7. The Board may require any person to submit any information which, in the opinion of the Board is necessary for the discharge of its functions under this Act. LAWS OF MALAYSIA MALAYSIAN AGRICULTURAL RESEARCH AND DEVELOPMENT INSTITUTE ACT 1969

Malay text (authoritative)

JADUAL

[Seksyen 6] Mesyuarat Lembaga 1. Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya empat kali tiap-tiap satu tahun dan, selain itu, hendaklah bermesyuarat apabila dipanggil oleh Pengerusi. Kuorum 2. Kehadiran empat orang ahli menjadi kuorum dalam mana-mana mesyuarat Lembaga. Minit Lembaga 3. Minit segala mesyuarat Lembaga hendaklah disimpan dan salinannya hendaklah disampaikan kepada Menteri. Meterai Lembaga 4. Meterai Lembaga hendaklah disimpan dalam jagaan Ketua Pengarah atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Lembaga, dan hendaklah disahkan oleh Ketua Pengarah atau orang yang diberi kuasa itu dan seseorang pegawai yang diberi kuasa oleh salah seorang daripada mereka secara bertulis; dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai itu, disahkan sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan ini, hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya. Tatacara Lembaga 5. Tertakluk kepada Akta ini, Lembaga hendaklah menetapkan tatacaranya sendiri. Pelantikan jawatankuasa 6. (1) Lembaga boleh melantik jawatankuasa bagi apa-apa maksud yang berbangkit daripada atau berkaitan dengan mana-mana kuasa, kewajipan dan fungsinya di bawah Akta ini; mana-mana jawatankuasa yang dilantik sedemikian hendaklah termasuk tidak kurang daripada seorang ahli Lembaga, dan bolehlah dilantik ke jawatankuasa itu mana-mana orang lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga. (2) Mana-mana jawatankuasa yang dilantik sedemikian hendaklah menepati apa-apa arahan yang diberikan kepadanya dari semasa ke semasa oleh Lembaga, dan Lembaga boleh pada bila-bila masa menghentikan atau mengubah keanggotaan mana-mana jawatankuasa yang dilantik sedemikian. (3) Lembaga atau jawatankuasa, masing-masingnya, boleh mempelawa mana-mana orang yang, pada pendapatnya, mempunyai pengetahuan khas yang berfaedah kepadanya, untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Lembaga atau jawatankuasa dan orang yang dipelawa sedemikian tidak berhak mengundi dalam mana-mana mesyuarat itu. Kuasa menghendaki 7. Lembaga boleh menghendaki sesiapa jua menyampaikan apa-apa maklumat yang, pada pendapat Lembaga, perlu untuk menjalankan fungsinya di bawah Akta ini. UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA 1969

Read this section in the full act β†’

Find Act 11 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next