s 14 Exclusion of persons from aboriginal areas and aboriginal reserves
(1) The Minister may, if he is satisfied that having regard to the proper administration of the welfare of the aborigines in any aboriginal area or aboriginal reserve or aboriginal inhabited place it is desirable that any person or class of person should be prohibited from entering or remaining in the area, reserve or place, make an order to that effect in the form prescribed in the Schedule.
(2) (a) The order when addressed to an individual person, may be served on the person named therein by a police officer or by any person whom the Minister may direct to serve the same.
(b) The order shall if practicable be served personally on the person named therein by showing him the original order and by tendering or delivering to him a copy thereof signed by the Minister.
(c) If service cannot conveniently be effected as aforesaid the serving officer shall affix a copy of the order to some conspicuous part of the house or other place where the person named in the order ordinarily resides and thereupon the order shall be deemed to have been duly served.
(d) A certificate signed by the Minister that an order has been duly served on the person named therein shall be admissible in evidence in any judicial proceeding and on the production of such a certificate the court shall presume until the contrary is proved that the order was duly served.
(3) The order, when addressed to class of persons, shall be published in the Gazette.
(4) Any person on whom an order has been served in accordance with this section who is found within any aboriginal area, aboriginal reserve or aboriginal inhabited place mentioned in the order and any person who is a member of any class of persons which has been prohibited from entering or remaining in any aboriginal area, aboriginal reserve or aboriginal inhabited place who is found within the area, reserve or place shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one thousand ringgit.
(5) Any person found committing an offence under subsection
(4) may be arrested without warrant by the Director General or any police officer.
Malay text (authoritative)
Orang dilarang masuk ke kawasan orang asli dan rizab orang asli
(1) Menteri boleh, jika dia berpuas hati bahawa dengan mengambil kira pentadbiran sepatutnya kebajikan orang asli dalam mana-mana kawasan orang asli atau rizab orang asli atau tempat yang diduduki oleh orang asli, adalah perlu supaya mana-mana orang atau golongan orang patut dilarang daripada memasuki atau berada dalam kawasan, rizab atau tempat itu, membuat suatu perintah bagi maksud itu dalam bentuk yang ditetapkan dalam Jadual.
(2) (a) Perintah itu apabila dialamatkan kepada seseorang individu, boleh disampaikan kepada orang yang dinamakan dalam perintah itu oleh seorang pegawai polis atau oleh mana-mana orang yang boleh diarahkan oleh Menteri untuk menyampaikannya.
(b) Perintah itu hendaklah, jika boleh dilaksanakan, disampaikan kepada orang yang dinamakan dalam perintah itu sendiri dengan
menunjukkan kepadanya perintah asal dan dengan memberikan atau menyerahkan suatu salinan perintah itu yang ditandatangani oleh Menteri kepadanya.
(c) Jika perintah itu tidak dapat disampaikan dengan mudah seperti tersebut terdahulu pegawai penyampai itu hendaklah menampalkan satu salinan perintah itu di suatu bahagian rumah itu yang mudah dilihat atau di tempat lain di mana orang yang dinamakan dalam perintah itu biasanya bermastautin dan dengan demikian perintah itu hendaklah disifatkan telah disampaikan dengan sewajarnya.
(d) Suatu perakuan yang ditandatangani oleh Menteri bahawa suatu perintah telah disampaikan dengan sepatutnya kepada orang yang dinamakan dalam perintah itu hendaklah diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding kehakiman dan apabila dikemukakan perakuan itu mahkamah hendaklah menganggap sehingga dibuktikan sebaliknya bahawa perintah itu telah disampaikan dengan sewajarnya.
(3) Perintah itu, apabila dialamatkan kepada suatu golongan orang, hendaklah disiarkan dalam Warta.
(4) Mana-mana orang yang kepadanya telah disampaikan suatu perintah mengikut seksyen ini yang dijumpai dalam mana-mana kawasan orang asli, rizab orang asli atau mana-mana tempat yang diduduki oleh orang asli yang disebut dalam perintah itu dan manamana orang yang anggota mana-mana golongan orang yang telah dilarang daripada memasuki atau berada dalam mana-mana kawasan orang asli, rizab orang asli atau mana-mana tempat yang diduduki oleh orang asli dan dia dijumpai di dalam kawasan, rizab atau tempat itu orang itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.
(5) Mana-mana orang yang didapati melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (4) boleh ditangkap tanpa waran oleh Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai polis.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).