My bookmarksSign up free
← Aboriginal Peoples Act 1954

Aboriginal Peoples Act 1954 s 6

Aboriginal Peoples Act 1954 s 6

s 6 Aboriginal areas

(1) The State Authority may, by notification in the Gazette, declare any area predominantly or exclusively inhabited by aborigines, which has not been declared an aboriginal reserve under section 7, to be an aboriginal area and may declare the area to be divided into one or more aboriginal cantons: Provided that where there is more than one aboriginal ethnic group there shall be as many cantons as there are aboriginal ethnic groups. (2) Within an aboriginal areaβ€” (i) no land shall be declared a Malay Reservation under any written law relating to Malay Reservations; (ii) no land shall be declared a sanctuary or reserve under any written law relating to the protection of wild animals and birds; (iii) no land shall be alienated, granted, leased or otherwise disposed of to persons not being aborigines normally resident in that aboriginal area or to any commercial undertaking without consulting the Director General; and (iv) no licences for the collection of forest produce under any written law relating to forests shall be issued to persons not being aborigines normally resident in that aboriginal area or to any commercial undertaking without consulting the Director General and in granting any such licence it may be ordered that a specified proportion of aboriginal labour be employed. (3) The State Authority may in like manner revoke wholly or in part or vary any declaration of an aboriginal area made under subsection (1).

Malay text (authoritative)

Kawasan orang asli

(1) Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, mengisytiharkan mana-mana kawasan yang diduduki kebanyakannya atau hanya oleh orang asli, yang belum lagi diisytiharkan sebagai rizab orang asli di bawah seksyen 7, sebagai suatu kawasan orang asli dan boleh mengisytiharkan kawasan itu untuk dibahagikan kepada satu kanton orang asli atau lebih: Dengan syarat bahawa jika ada lebih daripada satu kumpulan etnik orang asli maka hendaklah ada bilangan kanton yang sama banyaknya dengan bilangan kumpulan etnik orang asli. (2) Di dalam sesuatu kawasan orang asliβ€” (i) tiada tanah boleh diisytiharkan sebagai Rizab Orang Melayu di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan Rizab Orang Melayu; (ii) tiada tanah boleh diisytiharkan sebagai suatu tempat perlindungan atau rizab di bawah mana-mana undangundang bertulis yang berhubungan dengan pelindungan haiwan dan burung liar; (iii) tiada tanah boleh diberi hakmilik, diberikan, dipajakkan atau selainnya dilupuskan kepada orang yang bukan orang asli yang biasanya bermastautin di dalam kawasan orang asli itu atau kepada mana-mana perusahaan komersial tanpa berunding dengan Ketua Pengarah; dan (iv) tiada lesen bagi pemungutan hasil hutan di bawah manamana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan hutan boleh dikeluarkan kepada orang yang bukan orang asli yang biasanya bermastautin di dalam kawasan orang asli itu atau kepada mana-mana perusahaan komersial tanpa berunding dengan Ketua Pengarah dan dalam memberikan apa-apa lesen sedemikian bolehlah diperintahkan supaya suatu kadar tertentu buruh orang asli diambil kerja. (3) Pihak Berkuasa Negeri boleh dengan cara yang sama membatalkan keseluruhan atau sebahagian atau mengubah manamana perisytiharan kawasan orang asli yang dibuat di bawah subseksyen (1).

Read this section in the full act β†’

Find Act 134 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next