Text recovered by OCR from a scanned copy — section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.
First Schedule FIRST SCHEDULESupplementary
[Subsection 3(7)]
1. (1) The following person shall be disqualified from being appointed or being members of the Board—
(a) a person who is of unsound mind and/or is otherwise incapable of performing his duties; and
(b) a bankrupt.
(2) A member of the Board shall vacate his office if he fails to attend three consecutive meetings of the Board without the permission in writing of the President or if he becomes disqualified under subparagraph (1).
2. (1) The Board shall meet at least once a year at such place as may from time to time be appointed by the President.
(2) At any meeting of the Board the President shall preside, and in his absence the members shall elect one of their number to preside over the meeting.
(3) Nine members of whom at least two shall be members appointed under paragraph 3(3)(a) or (b) and two shall be members appointed under paragraph 3(3)(c) or (d) personally present at any meeting of the Board shall constitute a quorum.
(4) If on any question to be determined by the Board there is an equality of votes, the President or, in the case where the President is absent, the member presiding over that meeting shall have a casting vote.
(5) Subject to subparagraphs (3) and (4) the Board shall determine its own procedure and, except in relation to sections 15 and 26, have power to delegate to committees appointed by the Board all or any of the functions of the Board upon such terms and subject to such conditions and restrictions as the Board may in its absolute discretion think fit. Any act, ruling or decision of any committee so appointed shall be deemed to be the act, ruling or decision of the Board.
(6) The Board shall cause proper records of its proceedings and of the proceedings of any committee appointed by it to be kept.
3. (1) The Board shall have a common seal which shall bear such device as the Board may approve and such seal may from time to time be broken, changed, altered and made anew by the Board as the Board may think fit.
(2) Until a seal is provided by the Board under this paragraph, a stamp bearing the description “Board of Engineers” may be used and shall be deemed to be the common seal.
(3) The common seal shall be kept in the custody of the President and shall be authenticated by the President or other member acting in the absence of the President, and any document purporting to be sealed with the said seal, authenticated as aforesaid, shall until the contrary is shown be deemed to have been validly executed.
4. All moneys arising from fees payable under this Act shall be paid to the Board to be applied in the first place to defraying the expenses of registration and other expenses of the administration of this Act including any expenses of the Board that may be allowed under any regulations made under this Act and thereafter to providing scholarships and the promotion of learning and education in connection with engineering. Moneys not immediately required by the Board shall be invested in such trustee securities as the Board may from time to time determine.
Malay text (authoritative)
JADUAL
(Subseksyen 3(7)) 1. (1) Orang-orang yang berikut adalah hilang kelayakan daripada dilantik atau menjadi anggota Lembaga:
(a) seseorang yang tak sempurna akal dan/atau selainnya tak berupaya melaksanakan tugas-tugasnya; dan
(b) seorang bankrap.
(2) Seseorang anggota Lembaga hendaklah mengosongkan jawatannya jika dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tıga kall berturut-turut tanpa kebenaran secara bertulis daripada Yang Dipertua atau jika dia hilang kelayakan di bawah subperenggan (1). 2. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali setahun di tempat yang ditetapkan oleh Yang Dipertua dari semasa ke semasa.
(2) Dalam mana-mana mesyuarat Lembaga, Yang Dipertua hendaklah mempengerusikan, dan semasa ketiadaannya anggota- anggota Lembaga hendaklah memilih seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.
(3) Daripada sembilan orang anggota sekurang-kurangnya dua orang hendaklah menjadi anggota yang dilantik di bawah perenggan 3(3)(a) atau (b) dan dua orang hendaklah menjadi anggota yang dilantik di bawah perenggan 3(3)(c) atau (d) yang hadir dengan sendirinya dalam mana-mana mesyuarat Lembaga hendaklah membentuk satu kuorum.
(4) Jika mengenai apa-apa soalan yang hendak diputuskan oleh Lembaga terdapat bilangan undi yang sama banyak, Yang Dipertua atau, sekiranya Yang Dipertua tidak ada, anggota yang mempengerusikan mesyuarat itu hendaklah mempunyai undi pemutus.
(5) Tertakluk kepada subperenggan (3) dan (4) Lembaga hendaklah menentukan prosedurnya sendiri dan, kecuali berhubungan dengan seksyen 15 dan 26, mempunyai kuasa untuk mewakilkan kepada jawatankuasa-jawatankuasa yang dilantik oleh Lembaga kesemua atau apa-apa fungsi Lembaga atas apa-apa terma dan tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga menurut budibicaranya yang mutlak. Apa-apa tindakan, arahan atau keputusan mana-mana jawatankuasa yang dilantik sedemikian hendaklah disifatkan sebagai tindakan, arahan atau keputusan Lembaga.
(6) Lembaga hendaklah menyebabkan supaya disimpan rekod yang sepatutnya bagi prosidingnya dan prosiding mana-mana jawatankuasa yang dilantik olehnya.
3. (1) Lembaga hendaklah mempunyai suatu meterai biasa yang hendaklah mengandungi apa-apa rekabentuk yang diluluskan oleh Lembaga dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu oleh Lembaga sebagaimana yang difikirkan patut olehnya.
(2) Sehingga suatu meterai diadakan oleh Lembaga di bawah perenggan ini, suatu cap yang mengandungi perihal "Lembaga Jurutera" boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai biasa.
(3) Meterai biasa itu hendaklah disimpan dalam jagaan Yang Dipertua dan hendaklah disahkan oleh Yang Dipertua atau oleh anggota lain yang bertindak semasa ketiadaan Yang Dipertua, dan apa-apa dokumen yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai tersebut, disahkan sebagaimana tersebut di atas, hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sahnya, sehingga dibuktikan sebaliknya. 4. Semua wang yang diterima daripada fee yang kena dibayar di bawah Akta ini hendaklah dibayar kepada Lembaga dan hendaklah digunakan pertamanya untuk membayar perbelanjaan pendaftaran dan perbelanjaan lain untuk mentadbirkan Akta ini termasuklah apa-apa perbelanjaan Lembaga yang dibenarkan di bawah mana- mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan kemudian daripada itu untuk mengadakan biasiswa dan menggalakkan pembelajaran dan pendidikan yang berkaitan dengan kejuruteraan. Wang yang tidak diperlukan serta-merta oleh Lembaga boleh dilaburkan dalam mana-mana sekuriti pemegang amanah sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA PENDAFTARAN JURUTERA 1967
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).