My bookmarksSign up free
← Factories and Machinery Act 1967

Factories and Machinery Act 1967 s 22

Factories and Machinery Act 1967 s 22

s 22 Provisions relating to health

(1) Without prejudice to any law relating to public health, in respect of any factory the following provisions relating to health of persons shall apply: (a) every factory shall be kept in a clean state and free from offensive effluvia arising from any drain, sanitary convenience or other source and shall be cleaned at such times and by such methods as may be prescribed and these methods may include lime-washing or colour washing, painting, varnishing, disinfecting or deodorising; (b) the maximum number of persons employed at any one time in any workroom in any factory shall be such that the amount of cubic feet of space and the superficial feet of floor area allowed in the workroom for each such person are not less than the amount of cubic feet of space and the superficial feet of floor area prescribed either generally or for the particular class of work carried on in the workroom; (c) (i) effective and suitable provision shall be made for securing and maintaining adequate ventilation by the circulation of fresh air in every part of a factory and for rendering harmless, so far as practicable, all gases, fumes, dust and other impurities that may be injurious to health arising in the course of any process or work carried on in a factory; (ii) the Minister may prescribe a standard of adequate ventilation and the means by which the standard may be achieved, for factories or for any class or description of factory or parts thereof; (d) (i) effective and suitable provision shall be made for securing and maintaining such temperature as will ensure to any person employed in a factory reasonable conditions of comfort and prevention from bodily injury; (ii) the Minister may for factories or for any class of factory or parts thereof prescribe a standard of reasonable temperature and prohibit the use of any methods of maintaining a reasonable temperature which in his opinion are likely to be injurious to the persons employed and direct that thermometers shall be provided and maintained in such places and positions as may be specified; (e) (i) effective provision shall be made for securing and maintaining sufficient and suitable lighting, whether natural or artificial, in every part of a factory in which persons are working or passing; (ii) the Minister may prescribe a standard of sufficient and suitable lighting for factories or for any class or description of factory or parts thereof or for any process; and (f) sufficient and suitable sanitary conveniences as may be prescribed , shall be provided and maintained for the use of persons in a factory. (2) (a) Whenever it appears to an Inspector that any process in any factory is likely to affect adversely the health of any person employed therein or the public he shall report the circumstances in writing to the Chief Inspector who may thereupon carry out such investigations as he may consider necessary. (b) Where the Chief Inspector is satisfied— (i) that such a process is likely to affect adversely the health of any person employed in the factory or the public; and (ii) that the process can be modified or means provided to reduce the possibility of injury to the health of such person or the public as aforesaid, he shall, after considering any representations made by the occupier of the factory, order that the process be modified in such manner or that such means be provided as he may direct to reduce the possibility of injury to the health of that person or the public. (c) Any person aggrieved by an order made under paragraph (b) may within twenty-one days of the receipt thereof appeal to the Minister who shall make such order thereon as he deems fit. (d) Where the Chief Inspector is satisfied— (i) that such a process is likely to affect adversely the health of any person employed in the factory or the public; and (ii) that the process cannot be modified or means provided to reduce the possibility of injury to the health of such person or the public as aforesaid, he shall report the circumstances in writing to the Minister. (e) The Minister may upon receipt of the report either— (i) make such regulations controlling or prohibiting the use of the process as he may consider reasonable; or (ii) after considering any representations made by any person likely to be affected thereby by writing under his hand prohibit the carrying out of the process either absolutely or conditionally or the use of any material or substance in connection therewith. (f) For the purpose of enabling any occupier of a factory or other person to make representations in respect of a proposed order or prohibition under paragraph (b) or (e) the Chief Inspector or the Minister as the case may be, shall cause to be served on the occupier or other person a notice specifying the period within which such representations may be made and containing such particulars as the Chief Inspector or the Minister as the case may be considers adequate in the circumstances. (3) An Inspector may require any person employed in any factory in which any of the diseases named in the Third Schedule has occurred, or is likely to occur, to be medically examined.

Malay text (authoritative)

Peruntukan yang berhubungan dengan kesihatan

(1) Tanpa menjejaskan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan kesihatan awam, berkenaan dengan manamana kilang, peruntukan yang berikut yang berhubungan dengan kesihatan orang hendaklah terpakai: (a) tiap-tiap kilang hendaklah dijaga dalam keadaan bersih dan bebas dari bau busuk yang timbul daripada manamana parit, kemudahan kebersihan atau sumber lain dan hendaklah dibersihkan pada masa dan dengan cara yang ditetapkan dan cara ini bolehlah termasuk menyapu kapur atau menyapu warna, mengecat, memvarnis, membubuh ubat mencegah kuman atau mencegah bau; (b) bilangan maksimum orang yang diambil kerja pada bilabila masa di dalam mana-mana bilik kerja dalam manamana kilang hendaklah sebegitu rupa sehingga amaun ruang kaki padu dan permukaan kaki kawasan lantai yang dibenarkan dalam bilik kerja bagi setiap orang itu adalah tidak kurang daripada amaun ruang kaki padu dan permukaan kaki kawasan lantai yang ditetapkan sama ada secara am atau bagi kelas kerja tertentu yang dijalankan di dalam bilik kerja itu; (c) (i) peruntukan yang berkesan dan sesuai hendaklah dibuat bagi menjamin dan menyenggara pengalihan udara yang mencukupi melalui peredaran udara segar dalam tiap-tiap bahagian kilang dan bagi menjadikan tidak berbahaya setakat yang dapat dilaksanakan, semua gas, wasap, habuk dan kekotoran lain yang boleh memudaratkan kesihatan yang berbangkit dalam perjalanan apa-apa proses atau kerja yang dijalankan di dalam sesuatu kilang; (ii) Menteri boleh menetapkan suatu standard pengalihan udara yang mencukupi dan cara yang melalui standard itu boleh dicapai, bagi kilang atau bagi mana-mana kelas atau perihalan kilang atau bahagiannya; (d) (i) peruntukan yang berkesan dan sesuai hendaklah dibuat bagi menjamin dan menyenggara suatu suhu yang akan memastikan keadaan keselesaan yang munasabah dan mencegah daripada kecederaan badan kepada mana-mana orang yang diambil kerja di dalam sesuatu kilang; (ii) Menteri boleh bagi kilang atau bagi mana-mana kelas kilang atau bahagiannya, menetapkan suatu standard suhu yang munasabah dan melarang penggunaan apaapa kaedah bagi menyenggara suatu suhu yang munasabah yang pada pendapatnya mungkin memudaratkan orang yang diambil kerja dan mengarahkan supaya jangka suhu disediakan dan disenggarakan di tempat dan kedudukan yang dinayatakan; (e) (i) peruntukan yang berkesan hendaklah dibuat bagi menjamin dan menyenggara pencahayaan yang mencukupi dan sesuai, sama ada secara semula jadi atau tiruan, di tiap-tiap bahagian kilang yang orang itu sedang bekerja atau lalu; (ii) Menteri boleh menetapkan suatu standard pencahayaan yang mencukupi dan sesuai bagi kilang atau bagi mana-mana kelas atau perihalan kilang atau bahagiannya atau bagi apa-apa proses; dan (f) kemudahan kebersihan yang mencukupi dan sesuai yang ditetapkan, hendaklah disediakan dan disenggarakan untuk kegunaan orang di dalam sesuatu kilang. (2) (a) Apabila ternyata pada seseorang Pemeriksa bahawa apaapa proses dalam mana-mana kilang mungkin memudaratkan kesihatan mana-mana orang yang diambil kerja di dalamnya atau orang awam, dia hendaklah melaporkan hal keadaan itu secara bertulis kepada Ketua Pemeriksa yang boleh dengan itu menjalankan penyiasatan yang dia fikirkan perlu. (b) Jika Ketua Pemeriksa berpuas hati— (i) bahawa proses itu mungkin memudaratkan kesihatan manamana orang yang diambil kerja di dalam kilang atau orang awam; dan (ii) bahawa proses itu boleh diubah suai atau cara disediakan untuk mengurangkan kemungkinan kemudaratan kepada kesihatan orang itu atau kesihatan orang awam seperti yang disebut terdahulu, dia hendaklah, setelah menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh penghuni kilang itu, memerintahkan supaya proses itu diubah suai mengikut cara atau cara yang disediakan itu yang diarahkan olehnya untuk mengurangkan kemungkinan kemudaratan kepada kesihatan orang itu atau orang awam. (c) Mana-mana orang yang terkilan dengan perintah yang dibuat di bawah perenggan (b) boleh dalam tempoh dua puluh satu hari dari penerimaan perintah itu merayu kepada Menteri yang hendaklah membuat perintah yang difikirkannya patut. (d) Jika Ketua Pemeriksa berpuas hati— (i) bahawa proses sedemikian mungkin memudaratkan kesihatan mana-mana orang yang diambil kerja di dalam kilang atau orang awam; dan (ii) bahawa proses itu tidak boleh diubah suai atau cara disediakan untuk mengurangkan kemungkinan kemudaratan kepada kesihatan orang itu atau orang awam yang disebut terdahulu, dia hendaklah melaporkan hal keadaan itu secara bertulis kepada Menteri. (e) Menteri boleh apabila menerima laporan itu sama ada— (i) membuat apa-apa peraturan bagi mengawal selia atau melarang penggunaan proses itu sebagaimana yang difikirkan munasabah; atau (ii) selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh mana-mana orang yang mungkin terjejas olehnya melalui tulisan yang ditandatangani sendiri melarang penjalanan proses itu sama ada secara mutlak atau bersyarat atau penggunaan apa-apa benda atau bahan yang berkaitan dengannya. (f) Bagi maksud membolehkan mana-mana penghuni sesuatu kilang atau orang lain membuat representasi berkenaan dengan sesuatu perintah atau larangan yang dicadangkan di bawah perenggan (b) atau (e), Ketua Pemeriksa atau Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menyebabkan disampaikan kepada penghuni atau orang lain suatu notis yang menyatakan tempoh yang representasi itu boleh dibuat dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang dianggap oleh Ketua Pemeriksa atau Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, mencukupi dalam hal keadaan itu. (3) Seseorang Pemeriksa boleh menghendaki mana-mana orang yang diambil kerja di dalam mana-mana kilang yang penyakit yang dinamakan dalam Jadual Ketiga telah berlaku, atau mungkin berlaku supaya dikenakan pemeriksaan perubatan.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 139 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next