(1) No young person shall carry out work involving the management of, or attendance on, or proximity to, any machinery.
(2) It shall be the duty of the owner or occupier to ensure that subsection (1) is observed.
(3) Subsection (1) shall not apply to a young person not being under the age of fourteen years receiving a course of instruction at a Government technical school or other educational institution or not being under the age of fifteen years if serving a recognised apprenticeship.
(4) An Inspector may require an owner or occupier to make suitable and effective arrangements to prevent the ingress of young persons into premises or any part thereof in which machinery is installed:
Provided that this subsection shall not apply to organised visits to factories for educational purposes in which case all possible precautions shall be taken to ensure the safety of young persons.
Malay text (authoritative)
Orang muda
(1) Tiada seorang pun orang muda boleh menjalankan kerja yang melibatkan pengurusan, atau penjagaan, atau kedekatan dengan, mana-mana jentera.
(2) Hendaklah menjadi kewajipan pemunya atau penghuni untuk memastikan bahawa subseksyen (1) dipatuhi.
(3) Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi orang muda yang berumur tidak kurang daripada empat belas tahun yang menjalani kursus pengajaran di sekolah teknik Kerajaan atau institusi pendidikan lain atau yang berumur tidak kurang dari lima belas tahun sekiranya sedang menjalani perantisan yang diiktiraf.
(4) Seseorang Pemeriksa boleh menghendaki seseorang pemunya atau penghuni untuk membuat perkiraan yang sesuai dan berkesan untuk mencegah kemasukan orang muda ke dalam premis atau mana-mana bahagiannya yang jentera dipasang:
Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai bagi lawatan ke kilang yang diaturkan bagi maksud pendidikan yang dalam hal yang demikian segala langkah berjaga-jaga hendaklah diambil untuk memastikan keselamatan orang muda itu.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).