My bookmarksSign up free
← Factories and Machinery Act 1967

Factories and Machinery Act 1967 s 33

Factories and Machinery Act 1967 s 33

s 33 Investigation and enquiries

(1) An Inspector shall make a preliminary investigation of the circumstances of any accident or dangerous occurrence referred to in section 31 or industrial disease referred to in section 32, reported to him , and shall forward in writing to the Chief Inspector a report on the investigation and if there has been any loss of life or there is reason to believe that any person has been fatally injured the Chief Inspector shall send a copy of the aforementioned report to the nearest Magistrate together with such further report as he may consider necessary and shall inform the Magistrate whether or not it is proposed to hold an enquiry under subsection (2). (2) (a) If upon consideration of the report referred to in subsection (1) it appears to the Chief Inspector that an enquiry ought to be held into the nature and cause of the accident or dangerous occurrence or industrial disease, he may cause such an enquiry to be held by a Senior Inspector. (b) Upon the conclusion of the enquiry the Senior Inspector shall forward to the Chief Inspector a copy of the evidence taken thereat, together with his finding thereon and such further report as the Senior Inspector may consider necessary. (c) Where the Chief Inspector is of the opinion that criminal proceedings ought to be instituted against any person in connection with the accident or dangerous occurrence or industrial disease, he shall forward to the Deputy Public Prosecutor a copy of the evidence, finding and report, submitted in accordance with paragraph (b). (3) Where the accident or dangerous occurrence referred to in section 31 causes the death of any person or serious bodily injury to any person or serious damage to machinery or other property, no alterations or additions shall, without the consent of an Inspector in writing, be made to any machinery which may have caused such accident or dangerous occurrence nor shall any alterations be made without such consent to the site of the accident or dangerous occurrence until an Inspector has completed his investigation: Provided that nothing herein contained shall operate to interfere with rescue work or work necessary for the general safety of life or property. (4) (a) The Senior Inspector may appoint one or more persons of engineering, medical or other appropriate special skill to assist as assessors in any enquiry held under subsection (2). (b) Every person not being a public officer serving as an assessor in any such enquiry shall be entitled to receive from the public funds such remuneration as may be prescribed. (5) Nothing in this section shall— (a) be deemed to require an enquiry to be held before prosecuting any person for any contravention of this Act or for failure to comply with any lawful order given by an Inspector; or (b) affect any law relating to the enquiry into the death of any person.

Malay text (authoritative)

Penyiasatan dan siasatan

(1) Seseorang Pemeriksa hendaklah membuat penyiasatan permulaan mengenai hal keadaan mana-mana kemalangan atau kejadian berbahaya yang disebut dalam seksyen 31 atau penyakit industri yang disebut dalam seksyen 32, yang dilaporkan kepadanya, dan hendaklah mengemukakan secara bertulis kepada Ketua Pemeriksa suatu laporan tentang penyiasatan itu dan jika terdapat apa-apa kehilangan nyawa atau ada sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana orang telah mendapat cedera parah Ketua Pemeriksa hendaklah menghantar suatu salinan laporan yang disebut terdahulu kepada Majistret yang terdekat bersama-sama dengan laporan yang selanjutnya itu yang dianggapnya perlu dan hendaklah memberitahu Majistret itu sama ada dicadangkan atau tidak untuk mengadakan suatu siasatan di bawah subseksyen (2). (2) (a) Jika setelah menimbangkan laporan yang disebut dalam subseksyen (1), ternyata pada Ketua Pemeriksa bahawa suatu siasatan patut diadakan mengenai sifat dan sebab kemalangan atau kejadian berbahaya atau penyakit industri itu, dia boleh menyebabkan suatu siasatan diadakan oleh Pemeriksa Kanan. (b) Apabila tamatnya siasatan itu Pemeriksa Kanan hendaklah mengemukakan kepada Ketua Pemeriksa suatu salinan keterangan yang diambil dari siasatan itu, bersama-sama dengan dapatannya tentang siasatan itu, dan laporan selanjutnya yang dianggap perlu oleh Pemeriksa Kanan. (c) Jika Ketua Pemeriksa berpendapat bahawa prosiding jenayah patut dimulakan terhadap mana-mana orang berkaitan dengan kemalangan atau kejadian berbahaya atau penyakit industri itu, dia hendaklah mengemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya suatu salinan keterangan, dapatan dan laporan yang dikemukakan mengikut perenggan (b). (3) Jika kemalangan atau kejadian berbahaya yang disebut dalam seksyen 31 menyebabkan kematian mana-mana orang atau kecederaan badan yang teruk kepada mana-mana orang atau kerosakan yang teruk kepada jentera atau harta lain, tiada pengubahan atau penambahan boleh dibuat kepada mana-mana jentera yang boleh menyebabkan kemalangan atau kejadian berbahaya tanpa keizinan bertulis Pemeriksa dan begitu juga tiada apa-apa pengubahan boleh dibuat tanpa keizinan bertulis itu mengenai tempat kemalangan atau kejadian berbahaya sehingga Pemeriksa telah menamatkan penyiasatannya itu: Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua yang terkandung dalam subseksyen ini boleh berkuat kuasa untuk mengganggu kerja menyelamat atau kerja yang perlu untuk keselamatan nyawa atau harta. (4) (a) Pemeriksa Kanan boleh melantik seorang atau lebih dalam bidang kejuruteraan, perubatan atau kemahiran khas lain yang sesuai untuk membantu sebagai pengapit dalam mana-mana siasatan yang diadakan di bawah subseksyen (2). (b) Tiap-tiap orang yang bukan pegawai awam yang berkhidmat sebagai pengapit dalam mana-mana siasatan berhak menerima daripada wang awam saraan yang ditetapkan. (5) Tiada apa-apa jua pun dalam seksyen ini boleh— (a) disifatkan menghendaki suatu siasatan diadakan sebelum mendakwa mana-mana orang bagi apa-apa perlanggaran Akta ini atau bagi kegagalan untuk mematuhi apa-apa perintah sah yang diberikan oleh Pemeriksa; atau (b) menyentuh mana-mana undang-undang berhubungan dengan siasatan ke atas kematian mana-mana orang.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 139 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next