Factories and Machinery Act 1967 s 40
s 40 Periodical inspections
(1) All machinery and factories shall be inspected by an Inspector or such other person as may be approved in writing by the Minister, at such periods and in such manner as may be prescribed.
(2) Every occupier of a factory shall afford to an Inspector all reasonable facilities for inspection and all information as may reasonably be required in connection therewith.
(3) Every engineer and dredgemaster in charge of any machinery and every occupier of a factory, shall as soon as he becomes aware of any defect therein which is likely to cause bodily injury to any person or damage to any property, make good or remove the said defect, and if the engineer, dredgemaster or occupier is unable to make good or remove the said defect he shall cease to operate such machinery or use such part or parts of the factory and forthwith make a report thereon to an Inspector.
(4) If in the opinion of an Inspector the use of any part of the ways or works in a factory, or machinery, whether a certificate of fitness is or is not prescribed in respect of the machinery, is likely to cause bodily injury to any person or damage to any property, he shall by notice in writing served on the occupier or where this is not practicable, posted at the premises where the machinery to which it relates is installed, require the defect to be made good or removed within such period as he shall therein specify and in every such case that part of the ways or works in that factory shall not be used or the machinery shall not be operated after the expiry of that period unless the defect has been made good or removed to the satisfaction of the Inspector expressed in writing:
Provided that if the Inspector is of the opinion that the defect is likely to cause immediate danger to life or property, he shall by notice served or posted as aforesaid forthwith prohibit the operation and use of the said machinery until the defect is made good or removed to the satisfaction of the Inspector expressed in writing:
And provided further that the Inspector may in such case render the machinery inoperative by any means he may deem best suited for the purpose.
Malay text (authoritative)
Pemeriksaan berkala
(1) Semua jentera dan kilang hendaklah diperiksa oleh seorang Pemeriksa atau mana-mana orang lain sebagaimana yang diluluskan secara bertulis oleh Menteri, pada mana-mana tempoh itu dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan.
(2) Tiap-tiap penghuni sesuatu kilang hendaklah memberi Pemeriksa segala kemudahan yang munasabah bagi pemeriksaan dan segala maklumat yang semunasabahnya dikehendaki yang berkaitan dengannya.
(3) Tiap-tiap jurutera dan ketua kapal korek yang menjaga manamana jentera dan tiap-tiap penghuni sesuatu kilang, hendaklah sebaik sahaja dia menyedari tentang apa-apa kerosakan dalam kilang itu yang mungkin menyebabkan kecederaan badan kepada manamana orang atau kerosakan kepada mana-mana harta, membaiki atau menghapuskan kerosakan yang dinyatakan itu, dan jika jurutera, ketua kapal korek atau penghuni itu tidak boleh membaiki atau menghapuskan kerosakan tersebut dia hendaklah berhenti mengendalikan jentera itu atau menggunakan bahagian atau bahagianbahagian daripada kilang itu dan dengan serta-merta membuat laporan mengenainya kepada seseorang Pemeriksa.
(4) Jika pada pendapat seseorang Pemeriksa penggunaan manamana bahagian daripada laluan atau tempat kerja di dalam sesuatu kilang, atau jentera, sama ada suatu perakuan kelayakan ditetapkan atau tidak ditetapkan berkenaan dengan jentera itu, mungkin menyebabkan kecederaan badan kepada mana-mana orang atau kerosakan kepada mana-mana harta, dia hendaklah melalui notis bertulis menyampaikan kepada penghuni atau jika ini tidak dapat dilaksanakan, menampalkan notis itu pada premis tempat jentera yang dimaksudkan dalam notis dipasang menghendaki kerosakan itu dibaiki atau dihapuskan dalam tempoh yang hendaklah dinyatakan olehnya dalam notis itu dan dalam tiap-tiap hal itu bahagian daripada laluan atau tempat kerja dalam kilang itu tidak boleh digunakan atau jentera itu tidak boleh dikendalikan selepas habis tempoh itu melainkan jika kerosakan itu telah dibaiki atau dihapuskan hingga memuaskan hati Pemeriksa yang dinyatakan secara bertulis:
Dengan syarat bahawa jika Pemeriksa berpendapat bahawa kerosakan itu mungkin menyebabkan bahaya serta-merta kepada nyawa atau harta, dia hendaklah melalui notis menyampaikan atau menampalkan notis itu seperti yang disebut terdahulu dengan segera melarang pengendalian dan penggunaan jentera tersebut sehingga kerosakan itu dibaiki atau dihapuskan hingga memuaskan hati Pemeriksa yang dinyatakan secara bertulis:
Dan dengan syarat selanjutnya bahawa Pemeriksa boleh dalam hal sedemikian menyebabkan jentera itu tidak boleh dikendalikan melalui apa-apa cara yang disifatkannya paling sesuai bagi maksud itu.
Read this section in the full act → · Open Part V →
Find Act 139 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).