My bookmarksSign up free
← Factories and Machinery Act 1967

Factories and Machinery Act 1967 s 7

Factories and Machinery Act 1967 s 7

s 7 Powers of an Inspector

(1) An Inspector shall, for carrying the purposes of this Act into effect, have powers to do all or any of the following: (a) to enter, inspect and examine, by day or by night any factory, and every part thereof when he has reasonable cause to believe that any work or process is being carried on therein, and to enter, inspect and examine by day, any place which he has reasonable cause to believe to be a factory and any part of any building of which a factory forms part and in which he has reasonable cause to believe that explosive or highly inflammable materials are stored or used and to exercise such powers as may be necessary to inspect and examine any machinery, plant, appliance or fitting therein; (b) to require the production of factory records, certificates, notices and documents kept in pursuance of this Act and to inspect, examine and copy any of them; (c) to make such examination and enquiry as may be necessary to ascertain whether the provisions of this Act are complied with, so far as regards a factory or any persons employed therein; (d) to require any person whom he finds in a factory to give such information as it is in his power to give as to who is the owner of the factory; (e) in the case of an Inspector who is a registered medical practitioner, to carry out such medical examination as may be necessary for the purpose of his duties under this Act; (f) to take samples of any material whether solid, liquid, gaseous or vaporous being discharged in or from a factory; and (g) to render inoperative in accordance with this Act, any machinery which does not comply with this Act, by affixing a seal or by any other means which he may deem best suited to the purpose. (2) On being required by an Inspector, the occupier of every factory shall furnish the means necessary for entry, inspection, examination, inquiry, the taking of samples, or otherwise for the exercise of his powers under this Act in relation to that factory. (3) An Inspector seeking to enter any premises under the powers conferred upon him by subsection (1) shall produce on demand, an official identification card in such form as may be prescribed, and no person shall be obliged to admit to his premises any person purporting to be an Inspector except on production of such an identification card.

Malay text (authoritative)

Kuasa seseorang Pemeriksa

(1) Seseorang Pemeriksa hendaklah, bagi menjalankan maksud Akta ini mempunyai kuasa untuk melakukan semua atau manamana yang berikut: (a) untuk memasuki, memeriksa dan meneliti, pada waktu siang atau malam mana-mana kilang, dan tiap-tiap bahagian apabila dia mempunyai sebab munasabah untuk mempercayai bahawa apa-apa kerja atau proses sedang dijalankan di dalamnya, dan untuk memasuki, memeriksa dan meneliti pada waktu siang, mana-mana tempat yang dia mempunyai sebab munasabah untuk mempercayai sebagai suatu kilang dan mana-mana bahagian daripada mana-mana bangunan yang suatu kilang menjadi sebahagiannya dan yang dalamnya dia mempunyai sebab munasabah untuk mempercayai bahawa bahan letupan atau mudah terbakar disimpan atau digunakan dan untuk menjalankan apa-apa kuasa sebagaimana yang perlu untuk memeriksa dan meneliti mana-mana jentera, loji, alat atau pemasangan di dalamnya; (b) untuk menghendaki pengemukakan rekod, perakuan, notis dan dokumen kilang yang disimpan menurut Akta ini dan untuk memeriksa, meneliti dan menyalin mana-mana daripadanya; (c) untuk membuat apa-apa pemeriksaan dan penyiasatan sebagaimana yang perlu untuk memastikan sama ada peruntukan Akta ini telah dipatuhi, setakat yang berkenaan dengan kilang atau mana-mana orang yang diambil kerja di dalamnya; (d) untuk menghendaki mana-mana orang yang ditemuinya dalam suatu kilang untuk memberikan apa-apa maklumat sebagaimana yang dalam kuasanya untuk memberi mengenai siapakah pemunya kilang itu; (e) dalam hal Pemeriksa yang merupakan seorang pengamal perubatan berdaftar, untuk menjalankan pemeriksaan perubatan yang perlu bagi maksud kewajipannya di bawah Akta ini; (f) untuk mengambil sampel apa-apa bahan sama ada pepejal, cecair, gas atau wap yang dikeluarkan di dalam atau dari suatu kilang; dan (g) untuk memberhentikan pengendalian mengikut Akta ini, mana-mana jentera yang tidak mematuhi Akta ini, dengan melekatkan suatu meterai, atau dengan apa-apa cara lain yang disifatkannya paling sesuai bagi maksud itu. (2) Apabila dikehendaki oleh seseorang Pemeriksa, penghuni tiap-tiap kilang hendaklah mengadakan cara yang perlu untuk masuk, memeriksa, meneliti, menyiasat, mengambil sampel atau selainnya bagi menjalankan kuasanya di bawah Akta ini berhubung dengan kilang itu. (3) Seorang Pemeriksa yang hendak memasuki mana-mana premis di bawah kuasa yang diberi kepadanya oleh subseksyen (1) hendaklah mengemukakan apabila diminta, suatu kad pengenalan rasmi mengikut bentuk yang ditetapkan, dan tiada seorang pun boleh dipaksa untuk membenarkan masuk ke dalam premisnya manamana orang yang mendakwa dirinya Pemeriksa kecuali apabila dikemukakan kad pengenalan sedemikian.

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 139 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next