My bookmarksSign up free
← Nurses Act 1950 and applies throughout Malaysia

Nurses Act 1950 and applies throughout Malaysia s 10

Nurses Act 1950 and applies throughout Malaysia s 10

s 10 Penalties for unlawful assumption of title of registered nurse and for falsification of Register

(1) Every person who— (a) not being a person duly registered under this Act takes or uses the title of registered nurse or its equivalent in any other language, either alone or in combination with any other words or letters, or uses any name, title, addition, description, uniform or badge implying that he or she is registered under this Act or is recognized by law as a registered nurse, or uses any title, uniform or badge prescribed for the use of nurses registered under this Act; (b) being a person whose name is included in any part of the Register, takes or uses any name, title, addition, description, uniform or badge, or otherwise does any act of any kind, implying that his or her name is included in some other part of the Register in which it is not included; or Laws of Malaysia A CT 14 (c) with intent to deceive makes use of any certificate of registration as a nurse issued under this Act to him or her or to any other person, shall be guilty of an offence and shall, on conviction by a Magistrate’s Court, be liable to a fine not exceeding one thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding twelve months or to both. (2) Every person who wilfully makes or causes to be made any false entry in the Register shall be guilty of an offence and shall, on conviction by a Magistrate’s Court, be liable to a fine not exceeding two thousand ringgit and to imprisonment for a term not exceeding twelve months.

Malay text (authoritative)

Penalti kerana menggunakan dengan cara tidak sah gelaran jururawat berdaftar dan kerana memalsukan Daftar

(1) Tiap-tiap orang yang— (a) walaupun bukan seorang yang didaftarkan dengan sewajarnya di bawah Akta ini, memakai atau menggunakan gelaran jururawat berdaftar atau gelaran yang setaraf dengannya dalam apa-apa bahasa lain, sama ada gelaran itu sahaja atau disertakan dengan apa-apa perkataan atau huruf lain, atau menggunakan apa-apa nama, gelaran, tambahan, perihal, pakaian seragam atau lencana yang membayangkan bahawa dia didaftarkan di bawah Akta ini atau diiktiraf oleh undang-undang sebagai seorang jururawat berdaftar, atau menggunakan apa-apa gelaran, pakaian seragam atau lencana yang ditetapkan untuk kegunaan jururawat berdaftar di bawah Akta ini; (b) seorang yang namanya termasuk dalam mana-mana bahagian Daftar, memakai atau menggunakan apa-apa nama, gelaran, tambahan, perihal, pakaian seragam atau lencana, atau selainnya melakukan apa-apa jenis perbuatan, yang membayangkan bahawa namanya termasuk dalam sesuatu bahagian lain Daftar yang tidak mengandungi namanya; atau (c) dengan niat hendak memperdaya, menggunakan apaapa perakuan pendaftaran sebagai seorang jururawat yang dikeluarkan di bawah Akta ini kepadanya atau kepada mana-mana orang lain, melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan oleh sesuatu Mahkamah Majistret, boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya. (2) Tiap-tiap orang yang dengan sengaja membuat atau menyeba bkan dibuat apa-apa catatan palsu dalam Daftar melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan oleh sesuatu Mahkamah Majistret, boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit dan dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan.

Read this section in the full act →

Find Act 14 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next