My bookmarksSign up free
← Politeknik Ungku Omar Act 1974

Politeknik Ungku Omar Act 1974 s 10

Politeknik Ungku Omar Act 1974 s 10

s 10 Establishment of Fund

(1) For the purpose of this Act there is hereby established a Fund to be known as the Politeknik Ungku Omar Fund which shall be administered and controlled by the Board. (2) The Fund shall consist of— (a) such sums as may be provided from time to time by Parliament; (b) such sums as may from time to time be lent to the Board by the Government; (c) moneys earned by the operation of any project, scheme or enterprise financed from the Fund; (d) all sums or property which may in any manner become payable to or vested in the Board in respect of any matter incidental to its powers and duties; (e) any voluntary gift to the Board or to the Politeknik. (3) All the moneys paid to the Board or the Politeknik shall be applied or expended by the Politeknik for all or any of the purposes of the Politeknik in accordance with the estimates approved by the Minister. (4) It shall be the duty of the Board to conserve the Fund by so exercising and performing its functions and duties under this Act so as to secure that the total revenues of the Board are sufficient to meet all sums properly chargeable to its revenue account. (5) The Fund may be placed on deposit with a bank in Malaysia holding a valid licence under the provisions of the Banking and Financial Institutions Act 1989 [Act 372] or invested in the securities of the Government or such other securities as may be approved in writing by the Minister of Finance.

Malay text (authoritative)

Penubuhan Kumpulan Wang

(1) Bagi maksud Akta ini dengan ini ditubuhkan suatu Kumpulan Wang yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Politeknik Ungku Omar yang hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Lembaga. (2) Kumpulan Wang itu hendaklah terdiri daripada— (a) apa-apa jumlah wang sebagaimana yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Parlimen; (b) apa-apa jumlah wang sebagaimana yang dari semasa ke semasa dipinjamkan kepada Lembaga oleh Kerajaan; (c) wang yang didapati daripada pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang itu; (d) semua jumlah wang atau harta yang dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada Lembaga atau diletakhakkan pada Lembaga mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan kuasa dan kewajipannya; (e) apa-apa pemberian sukarela kepada Lembaga atau kepada Politeknik. (3) Semua wang yang dibayar kepada Lembaga atau Politeknik hendaklah digunakan atau dibelanjakan oleh Politeknik bagi segala atau mana-mana daripada maksud Politeknik mengikut anggaran yang diluluskan oleh Menteri. (4) Menjadi kewajipan Lembaga untuk menyenggara Kumpulan Wang itu dengan menjalankan dan melaksanakan fungsi dan kewajipannya di bawah Akta ini supaya dapat memastikan jumlah hasil Lembaga mencukupi untuk menampung semua jumlah wang yang kena dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun hasilnya. (5) Kumpulan Wang itu boleh diletakkan sebagai deposit dengan suatu bank dalam Malaysia yang memegang suatu lesen yang sah di bawah peruntukan Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 [Akta 372] atau dilaburkan dalam sekuriti Kerajaan atau apa-apa sekuriti lain sebagaimana yang diluluskan secara bertulis oleh Menteri Kewangan.

Read this section in the full act →

Find Act 145 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next