Politeknik Ungku Omar Act 1974 s 11
s 11 Annual Estimates
(1) The Principal shall lay before the Board an estimate of revenue and expenditure of the Politeknik including capital expenditure for the ensuing financial year in such detail or form as the Board may require.
(2) A copy of such estimate shall be sent to each member of the Board not less than fourteen days prior to the meeting before which the estimate is to be laid.
(3) The Board shall consider the estimate so submitted and shall sanction the same either unaltered or subject to such alterations as it thinks fit.
(4) Such estimate as sanctioned by the Board shall be submitted to the Minister, who may at any time, within one month after receipt of the same disallow such estimate, or any portion thereof, and return the same for amendment.
(5) The Board shall, if the estimate is so returned by the Minister, forthwith proceed to amend the same, and shall re-submit the estimate so amended to the Minister.
(6) The Board may, at any time during the year for which such estimate has been sanctioned, cause a supplementary estimate to be prepared and submitted to it.
(7) Every such supplementary estimate shall be considered and sanctioned by the Board, and submitted to the Minister, and, if necessary, amended and resubmitted as if it were an original estimate.
(8) The Board shall not incur expenditure otherwise than in accordance with estimates or supplementary estimates approved by the Minister.
Malay text (authoritative)
Anggaran Tahunan
(1) Pengetua hendaklah membentangkan di hadapan Lembaga suatu anggaran hasil dan perbelanjaan Politeknik termasuk perbelanjaan modal bagi tahun kewangan yang berikutnya mengikut apa-apa butir atau bentuk sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga.
(2) Suatu salinan anggaran itu hendaklah dihantar kepada setiap Lembaga tidak kurang daripada empat belas hari sebelum mesyuarat yang dalamnya anggaran itu hendak dibentangkan.
(3) Lembaga hendaklah menimbangkan anggaran yang dikemukakan itu dan hendaklah mengizinkannya sama ada tanpa perubahan atau tertakluk kepada apa-apa perubahan sebagaimana yang difikirkannya patut.
(4) Anggaran itu sebagaimana yang diizinkan oleh Lembaga hendaklah dikemukakan kepada Menteri dan Menteri boleh, pada bila-bila masa, dalam tempoh satu bulan selepas anggaran itu diterima, tidak membenarkan anggaran itu, atau mana-mana bahagian daripadanya, dan mengembalikannya untuk dipinda.
(5) Jika anggaran itu dikembalikan sedemikian oleh Menteri, Lembaga hendaklah bertindak segera untuk meminda anggaran itu dan hendaklah mengemukakan semula anggaran yang dipinda sedemikian itu kepada Menteri.
(6) Lembaga boleh, pada bila-bila masa dalam tahun yang baginya anggaran itu telah diizinkan, mengarahkan supaya anggaran tambahan disediakan dan dikemukakan kepadanya.
(7) Tiap-tiap anggaran tambahan itu hendaklah ditimbang dan diizinkan oleh Lembaga dan hendaklah dikemukakan kepada Menteri, dan, jika perlu, dipinda dan dikemukakan semula seolah-olah anggaran itu adalah suatu anggaran yang asal.
(8) Lembaga tidak boleh melakukan perbelanjaan melainkan dengan mengikut anggaran atau anggaran tambahan yang diluluskan oleh Menteri.
Read this section in the full act β
Find Act 145 on lom.agc.gov.my β
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).