Bank Simpanan Nasional Act 1974 s 40
s 40 Repeal and saving
(1) Subject to subsections (2) and (3), the Post Office Savings Bank Act 1948 (hereinafter referred to as the 1948 Act) is hereby repealed and the Post Office Savings Bank established by or under the 1948 Act is hereby dissolved.
(2) All subsidiary legislations in force immediately before the appointed date made under the 1948 Act shall, with necessary modifications, continue in force and have effect as if they have been made under this Act, and may be amended or repealed by regulations made under this Act.
(3) All deposits made and all entries in depositorsβ passbooks, and all funds invested in securities remaining unsold on the appointed date and all other business transacted under the 1948 Act shall, so far as may be consistent with this Act, be deemed to be deposits and entries made, funds invested and business transacted under this Act.
Malay text (authoritative)
Pemansuhan dan kecualian
(1) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), Akta Bank Simpanan Pejabat Pos 1948 (kemudian daripada ini disebut Akta 1948) dengan ini dimansuhkan dan Bank Simpanan Pejabat Pos yang ditubuhkan oleh atau di bawah Akta 1948 dengan ini dibubarkan.
(2) Semua perundangan kecil yang berkuat kuasa sebaik sebelum sahaja tarikh yang ditetapkan yang dibuat di bawah Akta 1948 hendaklah, dengan ubah suaian yang perlu, terus lagi berkuat kuasa dan berkesan seolah-olah telah dibuat di bawah Akta ini, dan boleh dipinda atau dimansuhkan dengan peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
(3) Semua deposit yang dibuat dan semua catatan dalam buku pendeposit, dan semua wang yang dilaburkan dalam sekuriti yang masih lagi belum dijual pada tarikh yang ditetapkan dan semua urusan lain yang ditransaksikan di bawah Akta 1948 hendaklah, setakat yang bersesuaian dengan Akta ini, disifatkan sebagai deposit dan catatan yang dibuat, wang yang dilaburkan dan urusan yang ditransaksikan di bawah Akta ini.
Read this section in the full act β Β· Open Part VIII β
Find Act 146 on lom.agc.gov.my β
Text as at 1 December 2011 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).