s 26 Exhibition of certificate of registration and annual practising certificate
(1) Every registered veterinary surgeon shall cause to be exhibited in a conspicuous place in any premises in which he practises veterinary medicine, otherwise than as an officer in the public services, the current annual practising certificate issued to him.
(2) Where a registered veterinary surgeon carries on the practice of veterinary medicine as aforesaid at two or more addresses, he shall cause his original current annual practising certificate to be displayed as aforesaid in the premises at his principal place of practice and a certified copy of each of the said certificates in the premises at every other place of practice, such certified copies having been obtained by him for that purpose from the Registrar upon application in writing to the Registrar in the prescribed manner and payment of the prescribed fee therefor.
(3) Where a registered veterinary surgeon contravenes or fails to comply with the provisions of subsection (1) or (2) he shall be guilty of an offence against this Act.
(4) Any person who displays, or permits to be displayed in any premises an annual practising certificate or a certified copy thereof bearing his name at any time when his name does not appear on the Register or he does not hold a valid annual practising certificate, as the case may be, shall be guilty of an offence against this Act.
Malay text (authoritative)
Pemameran perakuan pendaftaran dan perakuan pengamalan tahunan
(1) Tiap-tiap doktor veterinar berdaftar hendaklah menyebabkan supaya dipamerkan di suatu tempat yang mudah dilihat di manamana premis tempat dia menjalankan amalan perubatan veterinar, kecuali sebagai seorang pegawai dalam perkhidmatan awam, perakuan pengamalan tahunan semasa yang dikeluarkan kepadanya.
(2) Jika seseorang doktor veterinar berdaftar menjalankan amalan veterinar sebagaimana yang disebut di dua alamat atau lebih, dia hendaklah menyebabkan supaya perakuan pengamalan tahunan semasa asalnya dipamerkan sebagaimana yang disebut terdahulu di premis di tempat amalan utamanya dan suatu salinan yang diperakui bagi setiap perakuan tersebut di premis di tiap-tiap tempat amalan yang lain itu, salinan yang diperakui itu hendaklah diperolehnya bagi maksud itu daripada Pendaftar dengan membuat permohonan bertulis mengikut cara yang ditetapkan dan dengan membayar bayaran yang ditetapkan baginya.
(3) Jika seseorang doktor veterinar berdaftar melanggar atau tidak mematuhi subseksyen (1) atau (2) dia melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.
(4) Sesiapa yang menunjukkan, atau membenarkan ditunjukkan di mana-mana premis sesuatu perakuan pengamalan tahunan atau sesuatu salinan yang diperakui bagi mana-mana satu perakuan itu yang mengandungi namanya pada bila-bila masa apabila namanya tidak terdapat didalam Daftar atau manakala dia tidak memegang sesuatu perakuan pengamalan tahunan yang sah, mengikut manamana yang berkenaan, melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.
Pengamal yang menjalankan amalan perubatan veterinar hendaklah memberikan butir-butir mengenai orang yang menjalankan amalan perubatan veterinar di setiap tempat amalan
Text as at 1 April 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).