My bookmarksSign up free
← Veterinary Surgeons Act 1974

Veterinary Surgeons Act 1974 s 3

Veterinary Surgeons Act 1974 s 3

s 3 Establishment and composition of the Council

(1) There is hereby established a body corporate with perpetual succession and a common seal to be called the Malaysian Veterinary Council. (2) The Minister shall appoint the members of the Council which shall consist of— (a) the Director General; (b) the Head of the Veterinary Department of Sabah or his nominee, who shall be a veterinary surgeon in the public service; (c) the Head of the Veterinary Department of Sarawak or his nominee, who shall be a veterinary surgeon in the public service; (d) two members nominated by veterinary surgeons registered in Part I of the Register from among them; (e) two members nominated by veterinary surgeons registered in Part II of the Register from among them; (f) one veterinary surgeon from among the staff of the Faculty of Veterinary Medicine and Animal Science, Universiti Putra Malaysia, nominated by the Council of the University; and (g) two veterinary surgeons who are nominees of the Minister. (3) No person shall be nominated and appointed to be a member under paragraphs (2)(d) to (g) unless such a person is a citizen and is a registered veterinary surgeon. (4) No person may at the same time serve as a member in more than one capacity. (5) A person may be nominated and appointed to be a member under paragraphs (2)(d) to (g) notwithstanding that he has previously been a member under any of the paragraphs of subsection (2). (6) The members referred to in paragraphs (2)(d) to (g) shall hold office for a period not exceeding three years but shall be eligible for re-appointment if qualified under this Act. (7) Any person who is a member by virtue of the provisions of any of the paragraphs (2)(d) to (g) may at any time resign his office by letter addressed to the President. (8) Where any person who is a member by virtue of the provisions of any of the paragraphs (2)(d) to (g) dies before completion of his term of office, or resigns, or otherwise ceases to be a member by reason of any provision of this Act, a person shall be nominated and appointed in his place in accordance with the provisions applying in the case of the person dying or resigning or ceasing to be a member for the residue of the term for which such person might have held office if he had not died or resigned or ceased to be a member: Provided that on the death or resignation of a member nominated under any of the paragraphs (2)(d) to (g) within twelve months before the date on which his term of office would have come to an end by effluxion of time, the vacancy shall not be filled for the residue of that term. (9) If any of the bodies of veterinary surgeons referred to in paragraphs (2)(d) to (f) does not within a period of three months from the date on which the office falls vacant, nominate a person to be a member of the Council, the Minister shall appoint in his place as a member a person qualified to be so nominated and any person so appointed shall be deemed to be a member as if he had been duly nominated by such body of veterinary surgeons. (10) Immediately upon the coming into force of this Act and until such time as the members referred to in paragraphs (2)(d) to (f) are nominated and appointed, the Minister shall appoint in their place respectively such persons as are qualified to be respectively so nominated and appointed and the persons so appointed shall be deemed to be members as if they had been duly nominated and appointed under the said paragraphs (d) to (f). (11) A veterinary surgeon shall not be qualified to be nominated and appointed to be a member, under the provisions of any of the paragraphs (2)(d) to (g)— (a) if he has been found guilty by a court of any offence involving fraud, dishonesty or moral turpitude, or of any offence punishable with imprisonment (in itself only or in addition to or in lieu of a fine) for more than two years; or (b) if he is an undischarged bankrupt. (12) If a member who has been nominated and appointed under the provisions of any of the paragraphs (2)(d) to (g) ceases, by reason of any provision of this Act, to be qualified to be so nominated and appointed, he shall be deemed to have vacated his seat.

Malay text (authoritative)

Penubuhan dan keanggotaan Majlis

(1) Suatu pertubuhan perbadanan bernama Majlis Veterinar Malaysia yang kekal turun-temurun dengan ini ditubuhkan dan mempunyai suatu meterai perbadanan. (2) Menteri hendaklah melantik ahli Majlis yang terdiri daripada— (a) Ketua Pengarah; (b) Ketua Jabatan Haiwan Sabah atau seorang doktor veterinar dalam perkhidmatan awam yang dinamakan olehnya; (c) Ketua Jabatan Haiwan Sarawak atau seorang doktor veterinar dalam perkhidmatan awam yang dinamakan olehnya; (d) dua orang ahli yang dinamakan oleh doktor veterinar yang berdaftar dalam Bahagian I dalam Daftar daripada kalangan mereka; (e) dua orang ahli yang dinamakan oleh doktor veterinar yang berdaftar dalam Bahagian II dalam Daftar daripada kalangan mereka; (f) seorang doktor veterinar daripada kalangan staf Fakulti Perubatan Veterinar dan Sains Haiwan, Universiti Putra Malaysia, yang dinamakan oleh Majlis Universiti itu; dan (g) dua orang doktor veterinar yang dinamakan oleh Menteri. (3) Tiada seorang pun boleh dinamakan dan dilantik sebagai seorang ahli di bawah perenggan (2)(d) hingga (g) melainkan jika orang itu seorang warganegara dan dia ialah seorang doktor veterinar berdaftar. (4) Tiada seorang pun boleh berkhidmat sebagai seorang ahli dalam lebih daripada satu jawatan pada satu masa. (5) Seseorang boleh dinamakan dan dilantik menjadi seorang ahli di bawah perenggan (2)(d) hingga (g) walaupun dahulunya dia telah menjadi seorang ahli di bawah mana-mana perenggan subseksyen (2). (6) Ahli yang disebut dalam perenggan (2)(d) hingga (g) hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun tetapi mereka boleh dilantik semula jika berkelayakan di bawah Akta ini. (7) Seseorang yang menjadi ahli menurut peruntukan manamana daripada perenggan (2)(d) hingga (g) boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa dengan mengutus surat kepada Yang Dipertua. (8) Jika seseorang yang menjadi ahli menurut peruntukan manamana daripada perenggan (2)(d) hingga (g) mati sebelum tamat tempoh jawatannya, atau meletakkan jawatan, atau selainnya berhenti menjadi ahli oleh sebab sesuatu peruntukan Akta ini, seseorang hendaklah dinamakan dan dilantik sebagai gantinya mengikut peruntukan yang terpakai bagi orang yang mati atau meletakkan jawatan atau berhenti menjadi ahli itu bagi baki tempoh orang itu mungkin telah memegang jawatan itu jika dia tidak mati atau tidak meletakkan jawatan atau tidak berhenti menjadi ahli: Dengan syarat bahawa apabila seseorang ahli yang dinamakan di bawah mana-mana perenggan (2)(d) hingga (g) mati atau meletakkan jawatan dalam tempoh dua belas bulan sebelum tamat tempoh jawatannya hendaklah tidak diisi kekosongan bagi baki tempoh jawatan itu. (9) Jika mana-mana kumpulan doktor veterinar yang disebut dalam perenggan (2)(d) hingga (f) tidak menamakan seseorang menjadi ahli Majlis dalam tempoh tiga bulan dari tarikh jawatan itu menjadi kosong; Menteri hendaklah melantik sebagai gantinya seorang yang berkelayakan untuk dinamakan sedemikian dan seseorang yang dilantik sedemikian hendaklah disifatkan sebagai seorang ahli seolah-olah dia telah dinamakan dengan sempurnanya oleh kumpulan doktor veterinar itu. (10) Selepas sahaja Akta ini mula berkuat kuasa dan sehingga ahli yang tersebut dalam perenggan (2)(d) hingga (f) dinamakan dan dilantik, Menteri hendaklah melantik sebagai ganti mereka masing-masing mana-mana orang yang masing-masing berkelayakan untuk dinamakan dan dilantik sedemikian dan orang yang dilantik sedemikian hendaklah disifatkan sebagai ahli seolah-olah mereka telah dinamakan dan dilantik dengan sempurnanya di bawah perenggan (d) hingga (f) yang tersebut. (11) Seseorang doktor veterinar tidak berkelayakan untuk dinamakan dan dilantik sebagai ahli di bawah peruntukan manamana perenggan (2)(d) hingga (g)— (a) jika dia telah didapati bersalah oleh mahkamah atas sesuatu kesalahan berkenaan dengan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak atau atas sesuatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (hukuman pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun; atau (b) jika dia seorang bankrap yang belum dilepaskan. (12) Jika seseorang ahli yang telah dinamakan dan dilantik di bawah peruntukan mana-mana perenggan (2)(d) hingga (g) tidak lagi berkelayakan untuk dinamakan dan dilantik sedemikian oleh sebab sesuatu peruntukan Akta ini, dia hendaklah disifatkan telah mengosongkan kerusinya.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 147 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 April 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next