Veterinary Surgeons Act 1974 s 42
s 42 Notice to registered person to serve as a veterinary officer in the public services
(1) Every person who obtains registration under section 12 shall be liable immediately upon being so registered or at any time thereafter to be served with a written notice issued by or on behalf of the Director General requiring such person to assume an appointment appropriate to his qualification in the public service and on such date, as may, in each of these respects, be specified in the notice.
(2) A person served with a notice under subsection (1) shall comply with such notice and if he fails to do so he shall be guilty of an offence against this Act.
(3) Immediately upon a charge under subsection (2) or section 43 being proved in court against any person, the registration of such person under section 12 shall be deemed to be revoked, and the Registrar shall remove from the Register the name of such person.
(4) Where the name of a person is removed from the Register under subsection (3), it shall not be restored on the Register except upon a direction by the Minister, and the Minister may give such direction upon an application in writing being made to him by the person whose name has been removed from the Register, and any direction so given may be made subject to the fulfilment of such terms and conditions as the Minister may deem fit to impose, and such terms and conditions may include terms and conditions requiring such person to serve as a veterinary officer to the satisfaction of the Director General for a continuous total period of not less than two years in such post or posts in such one or more of the public services as may from time to time be determined by the Director General in his discretion; while such person is fulfilling the terms and conditions imposed under this subsection he shall be deemed to be registered as far as is necessary to fulfil the terms and conditions imposed under this subsection and for such other purposes as the Minister may direct, but not further; and upon fulfillment of the terms and conditions imposed under this subsection he shall be
entitled to a certificate issued by the Director General as evidence thereof.
(5) The decision of the Minister upon an application made to him under subsection (4) for the restoration of a name upon the Register shall be final and shall not be questioned or reviewed in any court whatsoever.
(6) Where a notice under subsection (1) has been served on any person liable to be served therewith, the Director General may at any time cancel the notice and, if he thinks fit, cause to be served on him a further notice under subsection (1).
Malay text (authoritative)
Notis kepada orang berdaftar supaya berkhidmat sebagai pegawai veterinar dalam perkhidmatan awam
(1) Tiap-tiap orang yang memperoleh pendaftaran di bawah seksyen 12 boleh, sebaik sahaja dia didaftarkan sedemikian atau pada bila-bila masa kemudiannya, disampaikan kepadanya suatu notis bertulis yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak Ketua Pengarah yang menghendaki orang itu supaya memegang jawatan yang sesuai dengan kelulusannya dalam perkhidmatan awam dan pada apa-apa tarikh, dalam setiap hal ini, sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu.
(2) Seseorang yang disampaikan kepadanya suatu notis di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi notis itu dan jika dia tidak berbuat demikian dia melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.
(3) Sebaik sahaja suatu pertuduhan di bawah subseksyen (2) atau seksyen 43 dibuktikan dalam mahkamah terhadap seseorang, pendaftaran orang itu di bawah seksyen 12 hendaklah disifatkan terbatal, dan Pendaftar hendaklah memotong nama orang itu daripada Daftar.
(4) Jika nama seseorang dipotong daripada Daftar di bawah subseksyen (3), nama orang itu tidak boleh dimasukkan semula ke dalam Daftar kecuali atas arahan yang diberikan oleh Menteri, dan Menteri boleh memberikan arahan itu apabila permohonan bertulis dibuat kepadanya oleh orang yang namanya telah dipotong daripada Daftar itu, dan sesuatu arahan yang diberikan sedemikian boleh dibuat tertakluk kepada penunaian apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut dikenakan oleh Menteri, dan terma-terma dan syarat-syarat itu boleh termasuk terma-terma dan syarat-syarat yang menghendaki orang itu berkhidmat sebagai pegawai veterinar dengan memuaskan hati Ketua Pengarah bagi suatu tempoh terus-menerus yang berjumlah tidak kurang daripada dua tahun dalam satu atau beberapa jawatan dalam mana-mana satu perkhidmatan awam atau lebih sebagaimana yang ditentukan dari semasa ke semasa oleh Ketua Pengarah menurut budi bicaranya; semasa orang itu menunaikan terma-terma dan syarat-syarat yang dikenakan di bawah subseksyen ini dia hendaklah disifatkan didaftarkan setakat yang perlu untuk menunaikan terma dan syarat yang dikenakan di bawah subseksyen ini dan bagi apa-apa maksud lain sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri, tetapi tidak bagi apa-apa maksud lain; dan apabila terma-terma dan syarat-syarat yang dikenakan di bawah subseksyen ini telah ditunaikan dia berhak mendapat suatu perakuan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah sebagai keterangan mengenainya.
(5) Keputusan Menteri atas sesuatu permohonan yang dibuat kepadanya di bawah subseksyen (4) supaya dimasukkan semula sesuatu nama ke dalam Daftar adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan atau dikaji semula dalam mana-mana mahkamah jua pun.
(6) Jika sesuatu notis di bawah subseksyen (1) telah disampaikan kepada seseorang yang kena disampaikan kepadanya notis itu Ketua Pengarah boleh, pada bila-bila masa membatalkan notis itu dan, jika difikirkannya patut, menyebabkan supaya suatu notis selanjutnya di bawah subseksyen (1) disampaikan kepadanya.
Read this section in the full act → · Open Part VII →
Find Act 147 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 April 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).