Veterinary Surgeons Act 1974 s 44
s 44 Power of Minister to grant reduction, exemption or postponement from period of service under section 43
(1) The Minister may, by order published in the Gazette—
(a) in respect of any particular person;
(b) generally in respect of any class of persons during such period as he may specify;
(c) generally in respect of all persons during such period as he may specify,
grant such reduction as he may consider appropriate or complete exemption from the period of service required under section 43.
(2) The Minister may, upon application being made to him in writing by any person liable to undergo the period of service required under section 43, grant to such person postponement from commencing such service for such period as he may consider appropriate if he is satisfied that it would be just and reasonable to do so.
(3) The decision of the Minister upon an application made to him under subsection (2) shall be final and shall not be questioned or reviewed in any court whatsoever.
Malay text (authoritative)
Kuasa Menteri untuk memberikan pengurangan, pengecualian atau penangguhan tempoh perkhidmatan di bawah seksyen 43
(1) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta—
(a) berkenaan dengan seseorang tertentu;
(b) secara am berkenaan dengan mana-mana golongan orang dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan olehnya;
(c) secara am berkenaan dengan semua orang dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan olehnya,
memberikan apa-apa pengurangan yang difikirkannya patut atau pengecualian penuh daripada tempoh perkhidmatan yang dikehendaki di bawah seksyen 43.
(2) Menteri boleh, apabila permohonan bertulis dibuat kepadanya oleh seseorang yang kena menjalani tempoh perkhidmatan yang dikehendaki di bawah seksyen 43, memberi orang itu penangguhan daripada memulakan perkhidmatan itu selama tempoh yang difikirkannya sesuai jika dia berpuas hati bahawa adil dan munasabah baginya untuk berbuat demikian.
(3) Keputusan Menteri atas sesuatu permohonan yang dibuat kepadanya di bawah subseksyen (2) adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan atau dikaji semula dalam mana-mana mahkamah jua pun.
Read this section in the full act → · Open Part VII →
Find Act 147 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 April 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).