My bookmarksSign up free
← Carriage by Air Act 1974

Carriage by Air Act 1974 s 7

Carriage by Air Act 1974 s 7

s 7 Time for bringing proceedings

(1) No action against a carrier’s servant or agent which arises out of damage to which the Convention relates shall, if he was acting within the scope of his employment, be brought after more than two years, reckoned from the date of arrival at the destination or from the date on which the aircraft ought to have arrived, or from the date on which the carriage stopped. (2) Article 29 of the Convention shall not be read as applying to any proceedings for contribution between tortfeasors, but no action shall be brought by a tortfeasor to obtain a contribution from a carrier in respect of a tort to which that Article applies after the expiration of two years from the time when judgment is obtained against the person seeking to obtain the contribution. (3) Subsections (1) and (2) and Article 29 of the Convention shall have effect as if references in those provisions to an action included references to an arbitration; and the provisions of the appropriate law in force in the relevant part of Malaysia which determine the time at which an arbitration is deemed to be commenced shall apply for the purposes of this subsection. (4) In this section references to a carrier include references to an actual carrier as defined in paragraph (c) of Article I of the Supplementary Convention as well as to a contracting carrier as defined in paragraph (b) of that Article.

Malay text (authoritative)

Masa untuk membawa tindakan

(1) Tiada apa-apa jua tindakan terhadap seseorang perkhidmat atau ejen pengangkut, yang terbit dari kerosakan yang dimaksudkan oleh Konvensyen itu boleh, jika pekhidmat atau ejen pengangkut itu telah bertindak dalam bidang pekerjaannya, dibawa selepas lebih daripada dua tahun dikira dari tarikh tibanya di tempat tujuan atau dari tarikh kapalterbang itu patut telah tiba atau dari tarikh pengangkutan itu telah berhenti. (2) Perkara 29 dalam Konvensyen hendaklah jangan difahamkan sebagai terpakai bagi apa-apa pembicaraan untuk mendapatkan sumbangan antara pelaku tort tetapi tiada apa-apa jua tindakan boleh dibawa oleh seseorang pelaku tort untuk mendapatkan sumbangan daripada seseorang pengangkut berkenaan dengan sesuatu tort yang baginya Perkara itu dipakai selepas tamat dua tahun dari masa hukuman telah di dapati terhadap orang yang hendak mendapatkan sumbangan itu. (3) Subseksyen (1) dan (2) dan Perkara 29 Konvensyen itu hendaklah berkuat kuasa seolah-olah rujukan dalam peruntukan itu kepada sesuatu tindakan telah termasuk rujukan kepada timbang tara; dan peruntukan undang-undang yang berkenaan yang berkuat kuasa dalam bahagian Malaysia yang berkaitan yang menentukan masa bilakah sesuatu timbang tara disifatkan dimulakan hendaklah terpakai bagi maksud subseksyen ini. (4) Dalam seksyen ini, rujukan kepada sesuatu pengangkut termasuklah rujukan kepada sesuatu pengangkut sebenar sebagaimana ditakrifkan dalam perenggan (c) Perkara I Konvensyen Tambahan dan juga kepada sesuatu pengangkut berjanji sebagaimana ditakrifkan dalam perenggan (b) Perkara itu.

Read this section in the full act →

Find Act 148 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next