My bookmarksSign up free
← Sedition Act 1948

Sedition Act 1948 s 10

Sedition Act 1948 s 10

s 10 Power of court to prohibit circulation of seditious publications

(1) Whenever on the application of the Public Prosecutor it is shown to the satisfaction of the court that the issue or circulation of a seditious publication is or if commenced or continued would be likely to lead to unlawful violence, or appears to have the object of promoting feeling of hostility between different classes or races of the community, the court shall make an order (in this section called a “prohibition order”) prohibiting the issuing and circulation of that publication (in this section called a “prohibited publication”) and requiring every person having any copy of the prohibited publication in his possession, power, or control forthwith to deliver every such copy into the custody of the police. (2) An order under this section may be made ex parte on the application of the Public Prosecutor in chambers. (3) It shall be sufficient if the order so describes the prohibited publication that it can be identified by a reasonable person who compares the prohibited publication with the description in the prohibition order. (4) Every person on whom a copy of a prohibition order is served by any police officer shall forthwith deliver to that police officer every prohibited publication in his possession, power, or control, and, if he fails to do so, he shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both. (5) Every person to whose knowledge it shall come that a prohibited publication is in his possession, power, or control shall forthwith deliver every such publication into the custody of the police, and, if he fails to do so, he shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both. Sedition (6) The court may, if it thinks fit, either before or after or without service of the prohibition order on any person, issue a warrant authorizing any police officer not below the rank of Inspector to enter and search any premises specified in the order, and to seize and carry away every prohibited publication there found, and to use such force as may be necessary for the purpose. A copy of the prohibition order and of the search warrant shall be left in a conspicuous position at every building or place so entered. (7) The owner of any prohibited publication delivered or seized under this section may, at any time within fourteen days after the delivery or seizure, petition the court for the discharge of the prohibition order, and the court, if on the hearing of the petition it decides that the prohibition order ought not to have been made, shall discharge the order and shall order the prohibited publication delivered by or seized from the petitioner to be returned to him. (8) Every prohibited publication delivered or seized under this section with respect to which a petition is not filed within the time aforesaid or which is not ordered to be returned to the owner shall be deemed to be forfeited to the Federal Government. (9) For the purposes of this section “court” means the High Court.

Malay text (authoritative)

Kuasa mahkamah untuk melarang pengedaran penerbitan menghasut

(1) Apabila atas permintaan Pendakwa Raya dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa pengeluaran atau pengedaran sesuatu penerbitan menghasut mungkin, atau, jika dimulakan atau diteruskan, akan membawa kepada keganasan yang menyalahi undang-undang, atau didapati mempunyai tujuan untuk mengembangkan perasaan permusuhan antara golongan atau ras masyarakat yang berlainan, mahkamah hendaklah membuat suatu perintah (dalam seksyen ini disebut “perintah larangan”) melarang pengeluaran dan pengedaran penerbitan itu (dalam seksyen ini disebut “penerbitan larangan”) dan menghendaki tiap-tiap orang yang mempunyai mana-mana naskhah penerbitan Undang-Undang Malaysia AKTA 15 larangan itu dalam milik, kuasa atau kawalannya supaya segera menyerahkan tiap-tiap naskhah itu ke dalam jagaan polis. (2) Sesuatu perintah di bawah seksyen ini boleh dibuat ex parte atas permintaan Pendakwa Raya dalam kamar. (3) Memadai jika perintah itu memperihalkan penerbitan larangan itu dengan sedemikian rupa yang akan membolehkannya dikenali oleh seseorang yang munasabah yang membandingkannya dengan perihalan dalam perintah larangan itu. (4) Tiap-tiap orang yang kepadanya suatu salinan perintah larangan disampaikan oleh mana-mana pegawai polis hendaklah segera menyerahkan tiap-tiap penerbitan larangan yang ada dalam milik, kuasa, atau kawalannya kepada pegawai polis itu, dan jika dia tidak berbuat demikian, dia melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. (5) Mana-mana orang yang mendapat tahu bahawa sesuatu penerbitan larangan ada dalam milik, kuasa, atau kawalannya hendaklah segera menyerahkan tiap-tiap penerbitan itu ke dalam jagaan polis, dan, jika dia tidak berbuat demikian, dia melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. (6) Mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, sama ada sebelum atau selepas atau tanpa penyampaian perintah larangan itu kepada mana-mana orang, mengeluarkan suatu waran membenarkan mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor untuk memasuki dan menggeledah mana-mana premis yang dinyatakan dalam perintah itu, dan untuk menyita dan membawa pergi tiap-tiap penerbitan larangan yang dijumpa di situ, dan menggunakan apa-apa kekerasan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu. Suatu salinan perintah larangan itu dan suatu salinan waran geledah itu hendaklah ditinggalkan di suatu tempat yang mudah dilihat di tiap-tiap bangunan atau tempat yang dimasuki sedemikian. (7) Pemunya mana-mana penerbitan larangan yang diserahkan atau disita di bawah seksyen ini boleh, pada bila-bila masa dalam tempoh empat belas hari selepas penyerahan atau penyitaan itu, membuat petisyen di mahkamah bagi pembatalan perintah Hasutan larangan itu, dan jika setelah mendengar petisyen itu mahkamah memutuskan bahawa perintah larangan itu sepatutnya tidak dibuat, hendaklah membatalkan perintah itu dan hendaklah memerintahkan supaya penerbitan larangan yang diserahkan oleh atau disita daripada pempetisyen itu dipulangkan kepadanya. (8) Tiap-tiap penerbitan larangan yang diserahkan atau disita di bawah seksyen ini yang berkenaan dengannya suatu petisyen tidak difailkan dalam masa yang disebut terdahulu atau yang tidak diperintahkan supaya dipulangkan kepada pemunyanya hendaklah disifatkan terlucut hak kepada Kerajaan Persekutuan. (9) Bagi maksud seksyen ini “mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi.

Read this section in the full act →

Find Act 15 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next