My bookmarksSign up free
← Industrial Co-ordination Act 1975

Industrial Co-ordination Act 1975 s 10

Industrial Co-ordination Act 1975 s 10

s 10 Returns or other information to be furnished on being required so to do by notice in writing

(1) The licensing officer may by notice in writing require any manufacturer to furnish him or the Department of Statistics or both, within such time as may be specified in the notice, with returns or other information pertaining to any manufacturing activity of the manufacturer but the manufacturer shall not be required to furnish information which would disclose any secret manufacturing process or other trade secret. (2) Any manufacturer who— (a) fails to furnish within the specified time any return or other information required under subsection (1) is guilty of an offence and is liable to a fine not exceeding one thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three months or to both and he is also liable to a further fine not exceeding five hundred ringgit for every day during which such default continues; or (b) furnishes any return or other information that is false or misleading in any material respect is guilty of an offence and is liable to a fine not exceeding two thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both.

Malay text (authoritative)

Penyata atau maklumat lain hendaklah diberikan apabila dikehendaki untuk berbuat demikian melalui notis bertulis

(1) Pegawai pelesenan boleh melalui notis bertulis menghendaki mana-mana pengilang supaya memberinya atau memberi Jabatan Perangkaan atau kedua-duanya, dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu, penyata atau maklumat lain berkenaan dengan apa-apa aktiviti pengilangannya tetapi pengilang itu tidak boleh dikehendaki memberikan maklumat yang akan menzahirkan apa-apa rahsia proses pengilangan atau rahsia perdagangan lain. (2) Mana-mana pengilang yang— (a) tidak memberikan dalam masa yang ditentukan apa-apa penyata atau maklumat lain yang dikehendaki di bawah subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau keduaduanya dan dia juga boleh didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari keingkaran itu berterusan; atau (b) memberikan apa-apa penyata atau maklumat lain yang palsu atau mengelirukan dalam apa-apa butir material melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Read this section in the full act →

Find Act 156 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next