s 19 Liability of certain persons for offences committed by company, partnership or body of persons
(1) Where an offence under this Act or any rule made thereunder has been committed by a person or a manufacturer being a company, partnership or body of persons, any person who at the time of the commission of the offence was a director, manager or other officer serving in a managerial capacity or was a partner of the company, partnership or body of persons or purported to act in any such
capacity shall be deemed to be guilty of that offence unless he proves that the offence was committed without his knowledge, consent and connivance and that he had exercised all necessary diligence to prevent the commission of the offence as he ought to have exercised having regard to the nature of his functions in that capacity and all the prevailing circumstances.
(2) Nothing in this section shall be construed as exempting a company, partnership or body of persons from any liability for an offence under this Act or any rule made thereunder or under any other written law.
(3) For the purposes of this section the expressions “company” and “partnership” shall respectively have the meanings assigned to those expressions in the written laws relating to companies and to partnerships.
Malay text (authoritative)
Liabiliti orang tertentu bagi kesalahan yang dilakukan oleh syarikat, perkongsian atau kumpulan orang
(1) Jika sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya telah dilakukan oleh seseorang atau seorang pengilang yang merupakan suatu syarikat, perkongsian atau kumpulan orang, mana-mana orang yang pada masa berlakunya kesalahan itu ialah seorang pengarah, pengurus atau pegawai lain yang berkhidmat atas sifat pengurusan atau seorang pekongsi syarikat, perkongsian atau kumpulan orang atau yang berupa sebagai bertindak atas apa-apa sifat seperti itu hendaklah disifatkan melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa diketahui, dipersetujui dan pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha yang perlu untuk mencegah berlakunya kesalahan itu sebagaimana yang patut dijalankan olehnya dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan semua hal keadaan yang wujud itu.
(2) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai mengecualikan sesuatu syarikat, perkongsian atau kumpulan orang daripada apa-apa liabiliti bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.
(3) Bagi maksud seksyen ini, ungkapan “syarikat” dan “perkongsian” hendaklah masing-masing mempunyai erti yang diberikan kepada ungkapan itu dalam undang-undang bertulis yang berhubungan dengan syarikat dan perkongsian.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).