My bookmarksSign up free
← Industrial Co-ordination Act 1975

Industrial Co-ordination Act 1975 s 22

Industrial Co-ordination Act 1975 s 22

s 22 Sessions Court to have full jurisdiction

Notwithstanding the provisions of any written law to the contrary, a Sessions Court shall have jurisdiction to try any offence under this Act or any rule made thereunder and to award the full punishment for such offence.

Malay text (authoritative)

Mahkamah Sesyen mempunyai bidang kuasa penuh

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, sesuatu Mahkamah Sesyen hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya dan untuk mengaward hukuman penuh baginya. J ADUAL [Seksyen 11C] Hilang kelayakan untuk dilantik sebagai atau daripada menjadi ahli Majlis; mengosongkan jawatan; tempoh jawatan 1. (1) Mana-mana orang yang berikut hilang kelayakan untuk dilantik sebagai atau daripada menjadi ahli Majlis: (a) seseorang yang tidak sempurna akal atau kerana apa-apa sebab lain tidak berupaya untuk menjalankan kewajipannya sebagai ahli; (b) seseorang yang didapati melakukan suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; dan (c) seseorang yang bankrap atau memohon untuk mendapatkan faedah mana-mana undang-undang bagi pelepasan bankrap atau penghutang tidak berkemampuan atau membuat apa-apa perkiraan atau penyelesaian dengan pemiutangnya. (2) Seorang ahli Majlis hendaklah disifatkan telah mengosongkan jawatannya: (a) apabila dia mati; (b) apabila dia meletakkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan; (c) apabila dia tidak menghadiri mesyuarat Majlis tiga kali berturutturut tanpa kebenaran daripada Menteri; atau (d) jika dia hilang kelayakan di bawah mana-mana peruntukan subperenggan (1), dan dalam mana-mana keadaan itu, seorang ahli baru hendaklah dilantik untuk menggantikannya mengikut peruntukan Akta ini. (3) Tiap-tiap ahli Majlis hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun dan layak untuk dilantik semula: Dengan syarat bahawa seorang ahli baru yang dilantik menurut subperenggan (2) hendaklah memegang jawatan selama baki tempoh ahli yang digantikannya tetapi dia layak untuk dilantik semula. (4) Peruntukan perenggan ini hendaklah tanpa menjejaskan kuasa Menteri yang boleh dijalankan di bawah subseksyen 11A(3). Pertikaian tentang sama ada ahli Majlis disifatkan telah mengosongkan jawatan atau tidak hendaklah dirujuk kepada Menteri yang keputusannya adalah muktamad 2. (1) Apa-apa pertikaian tentang sama ada seorang ahli Majlis disifatkan telah mengosongkan jawatannya atau tidak hendaklah dirujuk kepada Menteri yang keputusannya adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam manamana mahkamah. (2) Bagi maksud perenggan 1 dan perenggan ini, ungkapan “ahli Majlis” termasuklah seorang ahli gilir. Memanggil, korum, mengikut tatacara mengundi dan menyimpan minit mesyuarat Majlis 3. (1) Majlis hendaklah bermesyuarat dua kali setahun dan hendaklah, sebagai tambahan, bermesyuarat bila-bila sahaja lima orang ahli atau lebih membuat permintaan secara bertulis yang dialamatkan kepada pengerusi supaya Majlis bermesyuarat. (2) Sembilan orang ahli hendaklah membentuk suatu korum di mesyuarat Majlis. (3) Jika mengenai sesuatu perkara yang hendak diputuskan oleh Majlis, bilangan undi didapati sama banyaknya, pengerusi atau, jika dia tidak hadir, ahli yang mempengerusikan mesyuarat itu berhak memberi undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya. (4) Tertakluk kepada Akta ini, Majlis hendaklah menetapkan tatacaranya sendiri. (5) Minit semua mesyuarat Majlis hendaklah disimpan dan salinannya hendaklah dikemukakan kepada Menteri. Pengerusi, atau jika dia tidak hadir, ahli yang akan dipilih hendaklah mempengerusikan mesyuarat Majlis 4. (1) Pengerusi Majlis hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Majlis. (2) Jika, oleh sebab tidak hadir atau tidak berupaya untuk bertindak kerana sakit atau apa-apa sebab lain, pengerusi tidak dapat mempengerusikan mana-mana mesyuarat Majlis, ahli yang hadir hendaklah memilih seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu dan orang yang dipilih itu boleh menjalankan semua kuasa pengerusi dalam mesyuarat itu. (3) Tiada apa-apa urusan boleh dijalankan di mesyuarat Majlis semasa pengerusi tidak hadir sehingga seorang ahli telah dipilih untuk mempengerusikan mesyuarat itu. Bayaran elaun kepada ahli dan ahli gilir Majlis 5. Tiap-tiap orang ahli dan ahli gilir Majlis boleh dibayar apa-apa elaun yang ditentukan oleh Menteri. UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Read this section in the full act →

Find Act 156 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next