My bookmarksSign up free
← Chemists Act 1975

Chemists Act 1975 s 11

Chemists Act 1975 s 11

s 11 Specific powers of the Council

Without prejudice to section 10 and subject to the rules, the Council may— (a) make by-laws to provide for all matters not expressly reserved for the Institute in general meeting, whether they be expressed among its powers or not, and by-laws for the inculcation upon members of sound practice of the profession of chemistry, for the prevention of illegal and dishonourable practices of that profession among members, and for the promotion of the interests of that profession; (b) appoint such officers, clerks, agents and servants for permanent, temporary or special services as it thinks fit and determine their duties and terms and conditions of service; (c) take cognizance of anything affecting the Institute or the professional conduct of its members and bring before any general meeting of the Institute any matter that it considers material to the Institute or to the interests of the profession and make any recommendations and take such action as it thinks fit in relation thereto; (d) communicate with other similar bodies and with members of the profession in other places for the purpose of obtaining and giving information on all matters likely to prove beneficial or interesting to members and negotiate and arrange with such bodies for the reciprocal recognition of the status of the members of the Institute; (e) establish such branches of the Institute as it thinks fit; (f) delegate any of its powers, privileges and discretions, except its disciplinary powers, to any branch of the Institute on such conditions and for such periods as it thinks fit; (g) appoint Committees of the Institute for such purposes and with such powers as it may determine; (h) exercise all such powers, privileges and discretions as are not by this Act expressly and exclusively required to be exercised by the members of the Institute in general meeting; and (i) use the common seal of the Institute.

Malay text (authoritative)

Kuasa tertentu Majlis

Tanpa menyentuh seksyen 10 dan tertakluk kepada kaedahkaedah, Majlis boleh— (a) membuat undang-undang kecil bagi mengadakan peruntukan mengenai semua perkara yang tidak dikhaskan dengan nyata bagi Institut dalam mesyuarat agung, sama ada perkara itu dinyatakan antara kuasanya atau tidak, dan membuat undang-undang kecil bagi menggesa anggota supaya mengamalkan profesion kimia dengan sempurna, bagi mencegah amalan yang menyalahi undang-undang dan yang keji dalam profesion itu di kalangan anggota dan bagi memajukan kepentingan profesion itu; (b) melantik pegawai, kerani, ejen dan pekhidmat bagi perkhidmatan tetap, sementara atau khas, yang difikirkannya patut dan menetapkan kewajipan dan terma dan syarat perkhidmatan mereka; (c) mengambil perhatian tentang apa-apa jua yang menyentuh Institut atau kelakuan anggotanya dari segi profesion dan membawa dalam mana-mana mesyuarat agung Institut apa-apa perkara yang difikirkannya material bagi Institut atau bagi kepentingan profesion dan membuat apa-apa syor dan mengambil apa-apa tindakan yang difikirkannya patut yang berhubungan dengannya; (d) berhubung dengan badan lain yang seumpamanya dan dengan anggota profesion itu di tempat lain bagi maksud mendapatkan dan memberi maklumat mengenai segala perkara yang mungkin terbukti berfaedah atau menarik perhatian anggota dan membuat rundingan dan perkiraan dengan badan itu bagi saling mengiktiraf taraf anggota Institut; (e) menubuhkan cawangan Institut yang difikirkannya patut; (f) mewakilkan apa-apa kuasa, keistimewaan dan budi bicaranya, kecuali kuasa tatatertibnya, kepada mana-mana cawangan Institut atas apa-apa syarat dan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang difikirkannya patut; (g) melantik Jawatankuasa Institut bagi apa-apa maksud dan dengan apa-apa kuasa yang ditetapkannya; (h) menjalankan segala kuasa, keistimewaan dan budi bicara yang tidak dikehendaki dengan nyata dan eksklusif oleh Akta ini supaya dijalankan oleh anggota Institut dalam mesyuarat agung; dan (i) menggunakan meterai perbadanan Institut. Anggota Majlis, Jawatankuasa, dsb., mestilah warganegara 11 A. Tiada seorang pun boleh menjadi anggota Majlis, atau manamana Jawatankuasa, bagi Institut atau sesuatu jawatankuasa bagi mana-mana cawangan Institut melainkan jika dia seorang warganegara Malaysia.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 158 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next