My bookmarksSign up free
← Chemists Act 1975

Chemists Act 1975 s 23

Chemists Act 1975 s 23

s 23 Holding out as registered chemist and restrictions pertaining to chemical analysis

(1) No person who is not registered under this Act shall— (a) practise or hold himself out as a registered chemist or as a person of any other like description; (b) advertise by any means or in any manner as being engaged in practice as a registered chemist; or (c) adopt, use or exhibit the term “registered chemist” or its equivalent in any other language or any other term of like description in such circumstances as to indicate or to be likely to lead persons to infer that he is a registered chemist. (2) No person shall give or provide in a determinative capacity, or certify or declare in writing the result of, any chemical analysis for the purpose of determining the composition or specifications of any substance or product consumed or used by, or intended for the consumption or use of, the public or any section thereof, unless— (a) he is a registered chemist; (b) he is a registered pharmacist and the chemical analysis that he gives or provides, or certifies or declares in writing the result of, is for the purpose of determining the composition or specifications of a food, medical or pharmaceutical substance or product, including cosmetics and toiletry, or any part or component thereof; (ba) he is a person authorized under section 23A for the purposes of this subsection and gives or provides, or certifies or declares in writing the result of, the chemical analysis for the purpose and in the course of his employment; or (c) he is an employee working under the supervision of a registered chemist or registered pharmacist or person authorized under section 23A and gives or provides, or certifies or declares in writing the result of, the chemical analysis for the purpose and in the course of his employment and, in the case of an employee working under the supervision of a registered pharmacist, the chemical analysis is for the purpose of determining the composition or specifications of a food, medical or pharmaceutical substance or product, including cosmetics and toiletry, or any part or component thereof. (3) Any person who contravenes subsections (1) and (2) is guilty of an offence and is liable, for the first offence, to a fine of one thousand ringgit or to imprisonment for one year and, for a subsequent offence, to a fine of two thousand ringgit or to imprisonment for two years.

Malay text (authoritative)

Pengemukaan sebagai seorang ahli kimia berdaftar dan sekatan berhubung dengan cerakinan kimia

(1) Tiada seorang pun yang tidak didaftarkan di bawah Akta ini boleh— (a) menjalankan amalan atau mengemukakan dirinya sebagai seorang ahli kimia berdaftar atau sebagai seseorang daripada apa-apa perihalan lain yang serupa; (b) mengiklankan melalui apa-apa kaedah atau dengan apaapa cara sebagai menjalankan amalan sebagai seorang ahli kimia berdaftar; atau (c) menerima pakai, mengguna atau menunjukkan istilah “ahli kimia berdaftar” atau apa-apa perkataan yang seumpamanya dalam apa-apa bahasa lain atau apa-apa istilah lain daripada perihalan yang serupa dalam hal keadaan yang menunjukkan atau mungkin menyebabkan orang memahami bahawa dia ialah seorang ahli kimia berdaftar. (2) Tiada seorang pun boleh memberi atau mengadakan atas apa-apa keupayaan penentu, atau memperakui atau mengisytiharkan secara bertulis, keputusan apa-apa cerakinan kimia bagi maksud menentukan kandungan atau spesifikasi sesuatu benda atau keluaran yang dimakan atau digunakan, atau yang dicadang untuk dimakan atau digunakan, oleh orang awam atau mana-mana golongannya, melainkan jika— (a) dia ialah seorang ahli kimia berdaftar; (b) dia ialah seorang ahli farmasi berdaftar dan cerakinan kimia yang keputusannya diberi atau diadakan, atau diperakui atau diisytiharkannya secara bertulis itu adalah bagi maksud menentukan kandungan atau spesifikasi sesuatu makanan, benda atau keluaran perubatan atau farmasi termasuk alat solek dan kelengkapan dandanan diri, atau apa-apa bahagian atau komponennya; (ba) dia ialah seorang yang dibenarkan di bawah seksyen 23A bagi maksud subseksyen ini dan memberi atau mengadakan, atau memperakui atau mengisytiharkan secara bertulis keputusan cerakinan kimia bagi maksud dan dalam penjalanan pekerjaannya; atau (c) dia ialah seorang pekerja yang bekerja di bawah penyeliaan seorang ahli kimia berdaftar atau ahli farmasi berdaftar atau seseorang yang dibenarkan di bawah seksyen 23A dan memberi atau mengadakan, atau memperakui atau mengisytiharkan secara bertulis keputusan cerakinan kimia bagi maksud dan dalam penjalanan pekerjaannya dan, dalam hal seseorang pekerja yang bekerja di bawah penyeliaan seorang ahli farmasi berdaftar, cerakinan kimia itu ialah bagi maksud menentukan kandungan atau spesifikasi sesuatu makanan, benda atau keluaran perubatan atau farmasi termasuk alat solek dan kelengkapan dandanan diri, atau apa-apa bahagian atau komponennya. (3) Seseorang yang melanggar mana-mana subseksyen (1) dan (2) bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, bagi kesalahan pertama, didenda sebanyak satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama satu tahun dan, bagi kesalahan yang berikutnya, didenda sebanyak dua ribu ringgit atau penjara selama dua tahun. Kebenaran berhubung dengan cerakinan kimia 23 A . (1) Majlis boleh membenarkan seseorang bagi maksud subseksyen 23(2) jika dia memohon kebenaran Majlis dalam masa tiga bulan kalendar dari tarikh yang ditetapkan dan memuaskan hati Majlis— (a) bahawa, sebelum sahaja tarikh yang ditetapkan, dia— (i) mempunyai ijazah lulus atau ijazah kepujian atau apa-apa kelulusan akademik yang setaraf, dalam kimia atau dalam apa-apa disiplin yang khas yang dikaitkan dengan kimia daripada apa-apa peperiksaan mana-mana institusi pelajaran tinggi dalam mana-mana negeri, selain daripada peperiksaan yang disenaraikan dalam Jadual Kedua; atau (ii) mempunyai kelulusan atau sesuatu bentuk pengiktirafan formal yang diberi oleh Kerajaan atau sesuatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan oleh undang-undang Persekutuan, iaitu suatu kelulusan atau pengiktirafan yang pada amnya telah diterima sebagai melayakkan penerimanya melakukan cerakinan kimia; (b) bahawa, sebelum sahaja tarikh yang ditetapkan, dia telah diambil kerja oleh seorang majikan dalam sesuatu pekerjaan yang melibatkan dia menjalankan cerakinan kimia; dan (c) bahawa, pada tarikh Majlis membuat keputusan mengenai permohonannya— (i) dia masih bekerja dengan majikan yang sama dalam sesuatu pekerjaan yang melibatkan dia menjalankan cerakinan kimia; atau (ii) dia bekerja dengan seorang majikan lain iaitu seorang majikan yang kepadanya dia telah memohon untuk bekerja sebelum tarikh yang ditetapkan, dalam sesuatu pekerjaan yang melibatkan dia menjalankan cerakinan kimia. (2) Dalam memberi kebenarannya di bawah subseksyen (1), Majlis boleh mengenakan apa-apa sekatan atau syarat yang difikirkan patut oleh Majlis dan Majlis boleh pada bila-bila masa kemudiannya mengenakan sekatan atau syarat tambahan atau menghapuskan apa-apa sekatan atau syarat yang telahpun dikenakan. (3) Seseorang yang tidak mematuhi apa-apa sekatan atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (2) berkenaan dengan kebenaran yang diberi kepadanya di bawah subseksyen (1) adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh didenda sebanyak seribu ringgit. (4) Majlis boleh membatalkan kebenaran yang diberi kepada seseorang di bawah subseksyen (1) jika Majlis berpuas hati, selepas memberi peluang kepada orang itu untuk didengar, bahawa orang itu tidak mematuhi sesuatu sekatan atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (2) berkenaan dengan kebenaran itu, walaupun tiada pendakwaan yang berbangkit daripada kemungkirannya itu telah dibawa di bawah subseksyen (3) dan, jika apa-apa pendakwaan telah dibawa, walau apa pun keputusan pendakwaan itu. (5) Seseorang yang terkilan dengan— (a) keengganan Majlis memberi kepadanya kebenaran di bawah subseksyen (1); (b) sesuatu sekatan atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (2) berkenaan dengan kebenaran yang diberi kepadanya; atau (c) pembatalan oleh Majlis di bawah subseksyen (4) tentang kebenaran yang diberi kepadanya, boleh, dalam masa empat belas hari selepas diberitahu tentang keputusan Majlis itu atau dalam tempoh yang lebih lama sebagaimana yang dibenarkan oleh Menteri, merayu kepada Menteri. (6) Dalam rayuan di bawah subseksyen (5), Menteri boleh membuat apa-apa keputusan yang difikirkannya patut dan selaras dengan Akta ini; dan keputusan Menteri itu muktamad, tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah, dan hendaklah dipatuhi oleh Majlis. (7) Pembatalan sesuatu kebenaran di bawah subseksyen (1) tidak boleh berkuat kuasa sehingga tempoh rayuan yang diperuntukkan oleh subseksyen (5) telah habis tempoh atau, jika rayuan telah dibuat dalam tempoh tersebut, sehingga pembatalan itu disahkan oleh Menteri atas rayuan. (8) Melainkan jika dibatalkan dengan sepenuhnya lebih awal di bawah subseksyen (4) dan (7), kebenaran yang diberi kepada seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terhenti daripada berkuat kuasa apabila orang itu tidak lagi bekerja dengan orang yang telah mengambilnya bekerja pada masa kebenaran itu diberi kepadanya.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 158 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next