Census Act 1960 s 16
s 16 Offences by census officers
(1) Any census officer and any person employed in the preparation of the abstracts required to be made under section 15 who—
(a) without sufficient cause, refuses or neglects to comply with any instruction or requisition addressed to him by the Commissioner, an Assistant Commissioner or a District Superintendent, or fails to use reasonable diligence in performing any duty imposed on him;
(b) wilfully puts an offensive or improper question;
(c) knowingly makes any false return; or
(d) asks, receives, or takes from any person other than an authorized officer of the Government any payment or reward,
shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one hundred ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one month or to both.
(2) Any member of a committee appointed under subsection 4(1), any census officer and any person employed in the preparation of the abstracts required to be made under section 15 who discloses or makes use of, except for the purposes of this Act, any information which has come to his knowledge in the course of his duty as such shall be guilty of an offence and shall,
Laws of Malaysia A CT 16
on conviction, be liable to a fine not exceeding two thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both.
Malay text (authoritative)
Kesalahan oleh pegawai banci
(1) Mana-mana pegawai banci dan mana-mana orang yang diambil kerja bagi menyediakan ringkasan yang dikehendaki dibuat di bawah seksyen 15 yang—
(a) tanpa sebab yang cukup, enggan atau abai mematuhi apa-apa arahan atau permintaan yang dialamatkan kepadanya oleh Pesuruhjaya, Penolong Pesuruhjaya atau Penguasa Daerah, atau tidak menjalankan usaha yang munasabah dalam melaksanakan apa-apa tugas yang dikenakan ke atasnya;
(b) dengan sengaja mengemukakan sesuatu soalan yang menyakitkan hati atau yang tidak patut;
(c) dengan disedarinya membuat apa-apa penyata palsu; atau
(d) meminta, menerima atau mengambil daripada manamana orang, selain pegawai Kerajaan yang diberi kuasa, apa-apa bayaran atau hadiah,
adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya.
(2) Mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa yang dilantik di bawah subseksyen 4(1), mana-mana pegawai banci dan manamana orang yang diambil kerja bagi menyediakan ringkasan yang dikehendaki dibuat di bawah seksyen 15 yang mendedahkan atau menggunakan, kecuali bagi maksud Akta ini, apa-apa maklumat yang telah diketahuinya dalam masa menjalankan tugasnya sedemikian adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Banci
Read this section in the full act →
Find Act 16 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).