Law Reform (Eradication of Illicit Samsu) Act 1976 s 10
Law Reform (Eradication of Illicit Samsu) Act 1976 s 10
s 10 Circumstances for search without warrant
(1) Whenever it appears to any senior officer that there is reasonable cause to believe that in or on any premises there is concealed, kept, deposited or stored, in contravention of the provisions of this Act, any illicit samsu, manufacturing apparatus, book or document as is described in subsection 9(1) and he has good ground for believing that by reason of the delay in obtaining a search warrant the object of the search is likely to be frustrated, he may exercise in, upon and in respect of the premises all the powers mentioned in section 9 in as full and ample a manner as if he had been so empowered by warrant.
(2) Any proper officer may stop and search, and seize if necessary, any conveyance which he has reasonable ground for believing to be used for the carriage of any illicit samsu, manufacturing apparatus or any other thing liable to forfeiture under this Act.
Malay text (authoritative)
Hal keadaan bagi menggeledah tanpa waran
(1) Apabila seseorang pegawai kanan berpendapat bahawa ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa di dalam atau pada sesuatu premis ada disembunyi, disimpan, diletak atau distor dengan melanggar peruntukan Akta ini, apa-apa samsu gelap, alat mengilang, buku atau dokumen sebagaimana yang diperihalkan dalam subseksyen 9(1) dan dia mempunyai alasan yang baik untuk mempercayai bahawa sebab kelambatan mendapat suatu waran geledah tujuan penggeledahan itu mungkin gagal, dia boleh menjalankan kuasa yang disebutkan dalam seksyen 9 di dalam, pada dan berkenaan dengan premis itu dengan cara yang sepenuh dan secukup-cukupnya seolah-olah dia diberi kuasa berbuat demikian dengan waran.
(2) Mana-mana pegawai yang berhak boleh memberhenti dan menggeledah dan menyita jika perlu, apa-apa kenderaan yang dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai sebagai digunakan untuk mengangkut apa-apa samsu gelap, alat mengilang atau apa-apa benda lain yang boleh dilucut hak di bawah Akta ini.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).