My bookmarksSign up free
← Law Reform (Eradication of Illicit Samsu) Act 1976

Law Reform (Eradication of Illicit Samsu) Act 1976 s 18

Law Reform (Eradication of Illicit Samsu) Act 1976 s 18

s 18 Presumptions

In all proceedings under this Act— (a) any premises shall be deemed to be used for a purpose if it is used for that purpose even on one occasion only; (b) a person shall, until the contrary is proved, be deemed to be the occupier of any premises if he has, or appears to have, the care or management of the premises; (c) if any illicit samsu is found in any premises, it shall be presumed, until the contrary is proved, that the owner or occupier of the premises is trafficking in such samsu knowing it to be illicit; (d) if any manufacturing apparatus is found in any premises it shall be presumed, until the contrary is proved, that the owner or occupier of the premises knowingly keeps or knowingly has in his possession that manufacturing apparatus; (e) any person who is found to have or to have had in his custody or under his control anything whatsoever containing illicit samsu shall, until the contrary is proved, be deemed to be or to have been trafficking in such samsu knowing it to be illicit; (f) if any illicit samsu is found concealed in any compartment specially constructed for the purpose on any vehicle, it shall, until the contrary is proved, be deemed to have been so concealed with the knowledge of the owner of the vehicle and of the person in charge of the vehicle for the time being; (g) evidence by a Government chemist in his report or by a senior officer that any apparatus is for manufacturing illicit samsu shall, until the contrary is proved, be deemed to be sufficient evidence of the fact; (h) when any suspected illicit samsu has been seized and such samsu is contained in a number of receptacles, it shall be sufficient to analyse samples of the contents of not less than ten per centum of the receptacles of each description and if the analysis establishes that the samples are all of the same nature, quantity and quality, it shall be presumed, until the contrary is proved, that the contents of all the other receptacles of the like description are of the same nature, quantity and quality as the samples so analysed. *NOTE—Previously “five years”–see Law Reform (Eradication of Illicit Samsu) (Amendment) Act 1988 [Act A711].

Malay text (authoritative)

Anggapan

Dalam semua pembicaraan di bawah Akta ini— (a) sesuatu premis hendaklah disifatkan sebagai digunakan bagi sesuatu maksud jika ianya digunakan bagi maksud itu walaupun pada sekali sahaja; (b) seseorang hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai penduduk sesuatu premis jika dia mempunyai, atau nampaknya ada mempunyai, jagaan atau pengurusan terhadap premis itu; *CATATAN—Dahulunya “lima tahun”–lihat Akta Membaharui Undang-Undang (Penghapusan Samsu Gelap) 1988 [Akta A711]. (c) jika apa-apa samsu gelap dijumpai dalam sesuatu premis hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa pemunya atau penduduk premis itu memperdagangkan samsu itu dengan mengetahuinya sebagai samsu gelap; (d) jika apa-apa alat mengilang dijumpai dalam sesuatu premis hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa pemunya atau penduduk premis itu dengan diketahuinya menyimpan atau dengan diketahuinya memiliki alat mengilang itu; (e) mana-mana orang yang didapati ada atau telah ada dalam simpanannya atau di bawah kawalannya apa-apa benda yang mengandungi samsu gelap hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai memperdagangkan atau telah memperdagangkan samsu itu dengan mengetahuinya sebagai samsu gelap; (f) jika apa-apa samsu gelap dijumpai disembunyikan dalam apa-apa ruang yang dibina khas bagi maksud itu pada sesuatu kenderaan, ia hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai telah disembunyikan sedemikian dengan diketahui oleh pemunya kenderaan itu dan oleh orang yang pada masa itu menjaga kenderaan itu; (g) keterangan oleh ahli kimia Kerajaan dalam laporannya atau oleh seseorang pegawai kanan bahawa apa-apa alat untuk mengilang samsu gelap hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai keterangan yang mencukupi mengenai fakta itu; (h) apabila apa-apa samsu gelap yang disyaki telah disita dan samsu itu terkandung dalam beberapa bekas, mencukupi untuk menganalisa contoh kandungan tidak kurang daripada sepuluh peratus daripada jumlah bekas dari setiap satu jenis dan jika analisa itu membuktikan bahawa contoh itu kesemuanya dari jenis, kuantiti dan kualiti yang sama, hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa kandungan kesemua bekas lain yang serupa jenisnya sama jenis, kuantiti dan kualitinya dengan contoh yang dianalisa sedemikian.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 165 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next