My bookmarksSign up free
← Real Property Gains Tax Act 1976

Real Property Gains Tax Act 1976 s 29

Real Property Gains Tax Act 1976 s 29

s 29 Failure to notify or make return of disposal

(1) Any person who, without reasonable excuse, fails to make a return required by subsection 13(1) or fails to make a declaration under subsection 13(5), shall be guilty of an offence and on conviction shall be liable to a fine not exceeding five thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding twelve months or to both. (2) In any prosecution under subsection (1) the burden of proving that a return has been made or a notification given or a declaration made shall be upon the accused person. (3) Where in relation to a year of assessment a person fails to make a return required by subsection 13(1) or fails to make a declaration under subsection 13(5) and no prosecution under subsection (1) has been instituted in relation to that failure— (a) the Director General may require that person to pay a penalty equal to treble the amount of the tax which is payable for that year; and (b) if that person pays that penalty (or, where the penalty is abated or remitted under subsection 40(3) so much, if any, of the penalty as has not been abated or remitted), he shall not be liable to be charged on the same facts with an offence under subsection (1).

Malay text (authoritative)

Kemungkiran memberitahu atau membuat penyata pelupusan

(1) Seseorang yang, tanpa sebab yang berpatutan, mungkir membuat suatu penyata yang dikehendaki oleh subseksyen 13(1) atau mungkir membuat suatu akuan di bawah subseksyen 13(5), bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara bagi tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya. (2) Dalam sesuatu pendakwaan di bawah subseksyen (1), beban bagi membuktikan bahawa suatu penyata telah dibuat atau suatu pemberitahuan telah diberi atau suatu akuan telah dibuat hendaklah terletak ke atas orang yang dituduh. (2A) Jika seseorang telah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1), mahkamah boleh membuat suatu perintah lanjutan menghendaki orang itu untuk mematuhi peruntukan Akta ini yang berkaitan yang di bawahnya kesalahan itu telah dilakukan dalam tempoh tiga puluh hari, atau suatu tempoh lain sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh mahkamah, dari tarikh perintah itu dibuat. (3) Jika berhubung dengan suatu tahun taksiran seseorang mungkir membuat suatu penyata yang dikehendaki oleh subseksyen 13(1) atau mungkir membuat suatu akuan di bawah subseksyen 13(5) dan tiada apa-apa pendakwaan di bawah subseksyen (1) telah dimulakan berhubung dengan kemungkiran itu— (a) Ketua Pengarah boleh menghendaki orang itu membayar suatu penalti yang sama dengan tiga kali ganda dari amaun cukai yang kena dibayar bagi tahun itu; dan (b) jika orang itu membayar penalti itu (atau, jika penalti itu dikurangkan atau diremit di bawah subseksyen 40(3) sekian banyak, jika ada, daripada penalti yang tidak dikurangkan atau diremit itu), dia tidak boleh dipertuduhkan atas fakta yang sama atas suatu kesalahan di bawah subseksyen (1). (4) Bagi maksud subseksyen (3), “cukai yang kena dibayar” ertinya jumlah cukai yang dikenakan ke atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai tidak termasuk apa-apa kerugian yang boleh dibenarkan yang disebut di bawah subseksyen 7(4). (5) Ketua Pengarah boleh menghendaki mana–mana orang untuk membayar suatu amaun tambahan penalti mengikut subseksyen (3) berkenaan dengan apa-apa cukai tambahan yang kena dibayar oleh orang itu bagi suatu tahun taksiran.

Read this section in the full act →

Find Act 169 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next