Real Property Gains Tax Act 1976 s 7
s 7 Chargeable gains, allowable losses and tax relief for allowable losses
(1) Where a chargeable asset is disposed of, then—
(a) if the disposal price exceeds the acquisition price, there is a chargeable gain;
(b) if the disposal price is less than the acquisition price, there is an allowable loss; and
(c) if the disposal price is equal to the acquisition price, there is neither a chargeable gain nor an allowable loss.
(2) In this section, an allowable loss means a loss suffered on the disposal of a chargeable asset which, if it had been a gain, would have been chargeable with the tax.
(3) Subsection (1) shall be subject in its operation to Schedule 2, which shall have effect for computing acquisition and disposal prices and otherwise as provided therein.
(4) (a) Where there is an allowable loss in respect of a disposal, tax relief shall be allowed in respect of such allowable loss in an amount equal to the sum arrived at by applying to every ringgit of such allowable loss the appropriate rate of tax specified in Schedule 5 in respect of the category of disposal giving rise to that allowable loss as a deduction from the total tax assessed for the year of assessment in which the disposal was made; and
(b) where, by reason of an insufficiency or absence of total tax assessed for the year of assessment in which the allowable loss arose, effect cannot be given or cannot be given in full to paragraph (a), the tax relief which has not been so allowed (or so much thereof as has not been so allowed for that year) shall be allowed for the first subsequent year of assessment for which there is total tax assessed and so on for subsequent years of assessment until the whole amount of the tax relief to be allowed has been allowed.
Malay text (authoritative)
Keuntungan yang boleh dikenakan cukai dan kerugian yang boleh dibenarkan
(1) Jika sesuatu aset yang boleh dikenakan cukai dilupuskan, maka—
(a) jika harga lupusannya itu lebih daripada harga perolehannya, maka terdapatlah suatu keuntungan yang boleh dikenakan cukai;
(b) jika harga lupusannya itu kurang daripada harga perolehannya, maka terdapatlah suatu kerugian yang boleh dibenarkan; dan
(c) jika harga lupusannya itu sama dengan harga perolehannya, maka tidaklah terdapat sama ada keuntungan yang boleh dikenakan cukai atau pun kerugian yang boleh dibenarkan.
(2) Dalam seksyen ini, suatu kerugian yang boleh dibenarkan ertinya suatu kerugian yang ditanggung atas pelupusan sesuatu aset yang boleh dikenakan cukai yang mana, jika ia suatu keuntungan, tetap boleh dikenakan cukai.
(3) Subseksyen (1) hendaklah tertakluk dalam perjalanan kuat kuasanya kepada Jadual 2 yang hendaklah berkuat kuasa bagi menghitung harga perolehan dan lupusan dan selainnya sebagaimana diperuntukkan di dalamnya.
*(4) Jika—
(a) ada kerugian yang boleh dibenarkan mengenai sesuatu pelupusan, kerugian yang boleh dibenarkan itu hendaklah hanya dibenarkan sebagai suatu potongan untuk mengurangkan keuntungan yang boleh dikenakan cukai bagi seseorang dalam pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai yang berikutnya dalam tahun taksiran yang sama yang pelupusan itu telah dibuat; dan
(b) oleh sebab tidak cukupnya atau tidak adanya keuntungan yang boleh dikenakan cukai bagi tahun taksiran yang kerugian yang boleh dibenarkan itu timbul, kuat kuasa tidak dapat diberikan atau tidak dapat diberikan dengan sepenuhnya kepada perenggan (a), kerugian yang boleh *CATATAN—Walau apa pun subseksyen 7(4) Akta ibu, apa-apa amaun kerugian yang boleh dibenarkan bagi tahun taksiran 2025 dan tahun-tahun taksiran sebelumnya yang tidak dipotong menurut subseksyen 7(4) Akta ibu bagi tahun taksiran 2025 boleh diambil kira bagi maksud potongan di bawah perenggan 7(4)(b) Akta ibu bagi tahun taksiran 2026 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya hingga tahun taksiran 2035 dan apa-apa amaun yang tidak dipotong menurut perenggan 7(4)(b) Akta ibu selepas berakhirnya tahun taksiran 2035 tidak diambil kira bagi maksud Akta ibu—lihat seksyen 21 Akta Kewangan 2025 [Akta 874].
dibenarkan yang tidak dibenarkan sedemikian (atau sekian banyak daripadanya yang tidak dibenarkan sedemikian bagi tahun itu), hendaklah dibenarkan sebagai potongan bagi mengurangkan keuntungan yang boleh dikenakan cukai seseorang bagi tahun pertama taksiran yang berikutnya yang baginya ada keuntungan yang boleh dikenakan cukai daripada pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai yang lebih awal dan demikianlah seterusnya bagi tempoh sembilan tahun taksiran berturut-turut dan apa-apa amaun atau baki amaun yang tidak boleh ditolak pada hujung tempoh itu tidak diambil kira bagi maksud Akta ini.
(5) Bagi maksud subseksyen (4), dalam hal seseorang individu, keuntungan yang boleh dikenakan cukai yang disebut dalam subseksyen itu tidaklah termasuk mana-mana amaun yang dikecualikan di bawah Jadual 4.
Read this section in the full act → · Open Part II →
Find Act 169 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).