My bookmarksSign up free
← Martial Arts Societies Act 1976

Martial Arts Societies Act 1976 s 16

Martial Arts Societies Act 1976 s 16

s 16 Registration of instructors

(1) No person shall instruct another person in any form of martial arts unless— (a) he is registered as an instructor under this Act; (b) the place where instruction is carried out is a place of instruction of martial arts or is a place of study of a martial arts society; and (c) the person instructed is a member of a martial arts society. (2) An application for registration as an instructor shall— (a) contain the name, identity card number, address and, if he is not a full-time instructor, the vocation of the applicant; (b) specify the form of martial arts that the applicant intends to instruct; (c) specify the period of study undergone by the applicant, the grade obtained and the examining authority which awarded his grade; and (d) specify the place at which he intends to instruct the form of martial arts. (3) The Registrar may, if satisfied that the applicant has the necessary qualifications and is a fit and proper person to be an instructor, register him as an instructor and shall issue a certificate of registration in the prescribed form. (4) The place specified in the application for registration as the place at which the instructor intends to instruct the form of martial arts shall be registered as the place of instruction and shall not be changed without the prior written permission of the Registrar. (5) A registered instructor shall from time to time inform the Registrar in writing of— (a) the martial arts society or societies to which he is an instructor; (b) if his students, during any session of instruction at his registered place of instruction, is a composite group of persons who are members of more than one martial arts society the names of such students, their identity card numbers, addresses and vocations and the names of the respective martial arts society of which they are members; and (c) the names of such persons who, being listed under paragraph (b), cease being his students, the date of cessation and the grade obtained by such persons.

Malay text (authoritative)

Pendaftaran pengajar

(1) Tiada seorang pun boleh mengajar apa-apa gaya seni mempertahankan diri kepada orang lain melainkan jika— (a) dia didaftarkan sebagai seorang pengajar di bawah Akta ini; (b) tempat yang pengajaran dijalankan ialah suatu tempat mengajar seni mempertahankan diri atau ialah suatu tempat belajar bagi suatu pertubuhan seni mempertahankan diri; dan (c) orang yang diajarkan itu ialah seorang anggota suatu pertubuhan seni mempertahankan diri. (2) Sesuatu permohonan bagi didaftarkan sebagai seorang pengajar hendaklah— (a) mengandungi nama, nombor kad pengenalan, alamat dan, jika dia bukan seorang pengajar sepenuh masa, vokasion pemohon itu; (b) menyatakan gaya seni mempertahankan diri yang pemohon bercadang hendak mengajar; (c) menyatakan tempoh pembelajaran yang ditempuhi oleh pemohon, gred yang diperolehi dan pihak berkuasa peperiksaan yang mengaward grednya; dan (d) menyatakan tempat yang dia bercadang untuk mengajar gaya seni mempertahankan diri itu. (3) Pendaftar boleh, jika dia berpuas hati bahawa pemohon mempunyai kelayakan yang perlu dan ialah seorang yang layak dan sesuai menjadi seorang pengajar, mendaftarkannya sebagai seorang pengajar dan hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran dalam borang yang ditetapkan. (4) Tempat yang dinyatakan dalam permohonan bagi didaftarkan sebagai tempat yang pengajar bercadang untuk mengajar gaya seni mempertahankan diri hendaklah didaftarkan sebagai tempat mengajar dan tempat itu tidak boleh ditukar tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis Pendaftar. (5) Seseorang pengajar yang didaftarkan hendaklah dari semasa ke semasa memberitahu Pendaftar secara bertulis tentang— (a) pertubuhan atau pertubuhan seni mempertahankan diri yang kepadanya dia ialah seorang pengajar; (b) jika pelajarnya, semasa mana-mana sesi mengajar di tempat mengajarnya yang didaftarkan, ialah suatu kumpulan yang dibentuk daripada orang yang merupakan anggota lebih daripada satu pertubuhan seni mempertahankan diri, nama pelajar itu, nombor kad pengenalan mereka, alamat dan vokasion mereka dan nama pertubuhan seni mempertahankan diri masing-masing yang mereka merupakan anggotanya; dan (c) nama orang itu yang, setelah disenaraikan di bawah perenggan (b), terhenti menjadi pelajarnya, tarikh pemberhentian itu dan gred yang diperoleh oleh orang itu.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 170 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next