Martial Arts Societies Act 1976 s 25
s 25 Search without warrant
(1) The Registrar, any Deputy Registrar or Assistant Registrar or any police officer with the rank of Inspector or above or any public officer authorized in writing by the Registrar may at any reasonable time enter and search any place of study or place of instruction or any dwelling house, shop, business premises or any other premises which he has reason to believe is kept or used by any society, business, partnership, firm or company if he has reason to believe that any offence under this Act or any regulations made thereunder is being committed, and he may—
(a) search any person found therein provided that a female may be searched only by another female;
(b) detain any person found therein until the search has been completed;
(c) inspect or make extract from or take possession of any books, accounts, writings, banners, list of members, insignia, arms, and any other articles.
(2) Where an officer exercises the power of search pursuant to subsection (1) he shall prepare a list (signed by him) of all articles seized in the course of the search and shall without undue delay send personally or by post a copy thereof to the owner or occupier of the premises or to his representative.
(3) The officer shall permit the occupier of the premises or his representative to witness the search.
Malay text (authoritative)
Penggeledahan dan pemeriksaan tanpa waran
(1) Pendaftar, mana-mana Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar atau mana-mana pegawai polis yang berpangkat Inspektor atau lebih tinggi daripada Inspektor atau mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pendaftar boleh pada bilabila masa yang munasabah memasuki dan menggeledah manamana tempat belajar atau tempat mengajar atau mana-mana rumah kediaman, kedai, premis perniagaan atau mana-mana premis lain yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai disimpan atau digunakan oleh mana-mana persatuan, perniagaan, perkongsian, firma atau syarikat jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya dilakukan, dan dia boleh—
(a) memeriksa mana-mana orang yang didapati berada di dalamnya dengan syarat bahawa seseorang perempuan hanya boleh diperiksa oleh seorang perempuan lain;
(b) menahan mana-mana orang yang didapati berada di dalamnya sehingga penggeledahan dan pemeriksaan itu selesai;
(c) memeriksa atau membuat cabutan daripada atau mengambil milik mana-mana buku, akaun, tulisan, sepanduk, senarai ahli, lambang kebesaran, jata, dan apa-apa barang lain.
(2) Jika seseorang pegawai menjalankan kuasa menggeledah menurut subseksyen (1), dia hendaklah menyediakan suatu senarai (yang ditandatangani olehnya) mengenai semua barang yang disita dalam masa menjalankan penggeledahan dan pemeriksaan itu dan hendaklah tanpa kelengahan tidak wajar menghantar sendiri atau melalui pos suatu salinan senarai itu kepada pemunya atau penghuni premis itu atau kepada wakilnya.
(3) Pegawai itu hendaklah membenarkan penghuni premis itu atau wakilnya menyaksikan penggeledahan itu.
Read this section in the full act → · Open Part IV →
Find Act 170 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).