My bookmarksSign up free
← Martial Arts Societies Act 1976

Martial Arts Societies Act 1976 s 27

Martial Arts Societies Act 1976 s 27

s 27 Regulations

(1) The Minister may after consultation with the Minister charged with the responsibility for registration of societies make regulations to— (a) prescribe the manner of training and the standards to be attained by person before he can attain any grade in any martial art or before he can be registered as an instructor; (b) prescribe the examinations that person may be required to pass before he can qualify as instructor or can attain any grade in any martial art; (c) specify the qualifications obtained locally or abroad that may be recognized; (d) establish and regulate centres for the study, practice and instruction of any martial art; (e) fix fees and exempting any person or class of persons from the payment of such fees; and (f) prescribe the offences and provide punishments therefor, such punishment not to exceed a fine of one thousand ringgit or imprisonment not to exceed six months or to both. (2) The Minister charged with the responsibility for registration of societies may after consultation with the Minister make regulations to— (a) prescribe the manner of registration and the forms to be used; (b) prohibit, restrict or regulate the use of flags, emblems, symbols, badges and any insignia by societies, companies, or any other bodies of persons and instructors registered under this Act; and (c) prescribe offences and provide punishments therefor, such punishment not to exceed a fine of one thousand ringgit or imprisonment not to exceed six months or both.

Malay text (authoritative)

Peraturan-peraturan

(1) Menteri boleh, selepas berunding dengan Menteri yang bertanggungjawab bagi pendaftaran pertubuhan, membuat peraturan untuk— (a) menetapkan cara latihan dan standard yang hendaklah dicapai oleh seseorang sebelum dia boleh mencapai apaapa gred dalam apa-apa seni mempertahankan diri atau sebelum dia boleh didaftarkan sebagai seorang pengajar; (b) menetapkan peperiksaan yang orang itu dikehendaki lulus sebelum dia boleh mencapai apa-apa gred dalam apa-apa seni mempertahankan diri atau melayakkan dirinya sebagai pengajar; (c) menyatakan kelayakan yang didapati di dalam atau luar negeri yang boleh diiktiraf; (d) menubuhkan dan mengawal selia pusat bagi mempelajari, mengamalkan dan mengajar apa-apa seni mempertahankan diri; (e) menetapkan fi dan mengecualikan mana-mana orang atau golongan orang daripada pembayaran fi itu; dan (f) menetapkan kesalahan dan mengadakan peruntukan hukuman baginya, hukuman itu tidak boleh melebihi denda satu ribu ringgit atau pemenjaraan yang tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. (2) Menteri yang bertanggungjawab bagi pendaftaran pertubuhan boleh, selepas berunding dengan Menteri, membuat peraturanperaturan untuk— (a) menetapkan cara pendaftaran dan borang yang hendaklah digunakan; (b) melarang, menyekat atau mengawal selia penggunaan bendera, lambang, simbol, lencana dan apa-apa lambang kebesaran oleh pertubuhan, syarikat, atau mana-mana kumpulan orang lain dan pengajar yang didaftarkan di bawah Akta ini; dan (c) menetapkan kesalahan dan mengadakan peruntukan hukuman baginya, hukuman itu tidak boleh melebihi denda satu ribu ringgit atau pemenjaraan yang tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. J ADUAL PERTAMA [Seksyen 2] JENIS SENI MEMPERTAHANKAN DIRI 1. Wu Shu Orang Cina (Seni Mempertahankan Diri)— (i) hsing-i (ii) pa-kua (iii) pai-hao (iv) shaolin (v) tang lang (vi) tai chi chiuan (vii) pok khik (viii) wu chu (ix) kungfu 2. Orang Jepun— (i) karate-do (ii) judo (iii) jujutsu (iv) kendo (v) iai-do (vi) aiki-do (vii) jodo 3. Orang Korea— (i) taekwan-do (ii) tangsu-do 4. Orang Melayu— Semua jenis silat 5. Orang Indonesia— Pentjak-silat 6. Orang Thai— Toi-muay 7. Orang India— Selambam

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 170 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next