s 16B Persatuan alumni
(1) Tertakluk pada kelulusan Lembaga, maka adalah sah bagi tidak kurang daripada tiga puluh orang siswazah Institut Teknologi MARA dan siswazah Universiti untuk membentuk dan menubuhkan persatuan alumni masing-masing. (2) Setiap persatuan alumni hendaklah dikelolakan dan ditadbirkan mengikut perlembagaannya, dan perlembagaan yang dibuat sedemikian atau apa-apa pindaan kepada perlembagaan itu tidak boleh berkuat kuasa melainkan jika kelulusan bertulis Lembaga diperoleh terlebih dahulu. (3) Sebutan dalam subseksyen (1) mengenai “Institut Teknologi MARA” ialah sebutan mengenai Institut Teknologi MARA yang wujud sebaik sebelum tarikh mula berkuat kuasanya seksyen ini. 17-19. (Dipotong oleh Akta A964).