s 23F Pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar dilarang bersekutu dengan persatuan, dsb., kecuali jika diluluskan oleh Menteri
(1) Tiada seorang pun, semasa dia menjadi seorang pelajar, boleh menjadi anggota, atau boleh dengan apa-apa cara bersekutu dengan, mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang lain— (a) sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang; (b) sama ada ia di dalam atau di luar Universiti; dan (c) sama ada ia di dalam atau di luar Malaysia, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di bawah Akta ini, atau kecuali sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Menteri. (2) Tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar sama ada ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Akta ini, boleh bergabung, bersekutu atau mempunyai apa-apa urusan lain dengan mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang lain— (a) sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang; (b) sama ada ia di dalam atau di luar Universiti; dan (c) sama ada ia di dalam atau di luar Malaysia, CATATAN—Seksyen 23f yang telah dimasukkan melalui seksyen 30 Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan) 1996 [Akta A964] masih belum berkuat kuasa—lihat P.U. (B) 461/1996 kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di bawah Akta ini, atau kecuali sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Menteri. (3) Tiada seorang pun, semasa dia menjadi seorang pelajar, boleh menyatakan atau berbuat apa-apa jua yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan— (a) sokongan, simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja; atau (b) sokongan atau simpati dengan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang. (4) Tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Akta ini, atau mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar yang lain, boleh menyatakan atau berbuat apa-apa jua yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan— (a) sokongan, simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja; atau (b) sokongan atau simpati dengan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang. (5) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), (2), (3) atau (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.