My bookmarksSign up free
← Universiti Teknologi MARA Act 1976

Universiti Teknologi MARA Act 1976 s 24

Universiti Teknologi MARA Act 1976 s 24

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

s 24 Establishment of Fund

(1) For the purpose of this Act there is hereby established a Fund to be known as the Universiti Teknologi MARA Fund which shall be administered and controlled by the Board. (2) The Fund shall consist of— (a) such sums as may be provided from time to time by Parliament; (b) such sums as may from time to time be lent to the Universiti by the Government; (c) any voluntary gift to the Universiti; (d) moneys earned by the operation of any project, scheme or enterprise financed from the Fund; (e) any property, investments, subventions, leases, mortgages, charges or debentures acquired by or vested in the Universiti; (f) moneys earned or arising from any property, investments, subventions, leases, mortgages, charges or debentures acquired by or vested in the Universiti; and (g) all other sums or property which may in any manner become payable to or vested in the Universiti in respect of any matter incidental to its powers, functions and duties. (3) All the moneys paid to the Universiti shall be applied or expended by the Universiti for all or any of the purposes of the Universiti in accordance with the estimates approved by the Minister. (4) It shall be the duty of the Board and the Vice-Chancellor to conserve the Fund by so exercising, performing and discharging their powers, functions and duties under this Act so as to secure that the total revenues of the Universiti are, subject to any direction given by the Minister under section 29, sufficient to meet all sums properly chargeable to its revenue account, taking one year with another. (5) The Universiti may invest in securities of the Government or such other securities as may be approved in advance in writing by the Minister of Finance such moneys of the Fund as may not be immediately required for current expenditure, with power from time to time to vary any such investment subject to the prior approval in writing by the Minister of Finance being obtained in respect of any variation resulting in any investment in securities other than Government securities. (6) The Universiti may deposit, either on fixed deposit or on current account, any moneys for the time being uninvested with any bank in Malaysia holding a valid licence under the provisions of the Banking and Financial Institutions Act 1989 [Act 372] and approved in advance in writing for the purpose by the Minister.

Malay text (authoritative)

Penubuhan Kumpulan Wang

(1) Bagi maksud Akta ini maka dengan ini ditubuhkan suatu Kumpulan Wang yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Universiti Teknologi MARA yang hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Lembaga. (2) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada— (a) apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Parlimen; (b) apa-apa jumlah wang yang dipinjamkan dari semasa ke semasa kepada Universiti oleh Kerajaan; (c) apa-apa hadiah sukarela kepada Universiti; CATATAN—Seksyen 23l yang telah dimasukkan melalui seksyen 30 Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan) 1996 [Akta A964] masih belum berkuat kuasa—lihat P.U. (B) 461/1996 (d) wang yang didapati daripada pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang; (e) apa-apa harta, pelaburan, subsidi, pajakan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Universiti; (f) wang yang didapati atau timbul daripada apa-apa harta, pelaburan, subsidi, pajakan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Universiti; dan (g) semua jumlah wang atau harta lain yang boleh dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Universiti berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa, fungsi dan kewajipannya. (3) Semua wang yang dibayar kepada Universiti hendaklah digunakan atau dibelanjakan oleh Universiti bagi semua atau mana-mana maksud Universiti mengikut anggaran yang diluluskan oleh Menteri. (4) Menjadi kewajipan Lembaga dan Naib Canselor untuk memelihara Kumpulan Wang dengan menjalankan, melaksanakan dan menunaikan kuasa, fungsi dan kewajipannya di bawah Akta ini supaya dapat dipastikan bahawa jumlah hasil Universiti, tertakluk pada apa-apa arahan yang diberikan oleh Menteri di bawah seksyen 29, cukup untuk membayar semua jumlah wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun hasilnya, dari setahun ke setahun. (5) Universiti boleh melaburkan dalam sekuriti Kerajaan atau apa-apa sekuriti lain yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Menteri Kewangan apa-apa wang Kumpulan Wang yang tidak dikehendaki dengan segera bagi perbelanjaan semasa, dengan kuasa dari semasa ke semasa untuk mengubah mana-mana pelaburan itu tertakluk pada kelulusan terlebih terdahulu secara bertulis didapatkan daripada Menteri Kewangan berkenaan dengan mana-mana perubahan yang mengakibatkan apa-apa pelaburan dalam sekuriti selain sekuriti Kerajaan. (6) Universiti boleh mendepositkan, sama ada di dalam deposit tetap atau di dalam akaun semasa, mana-mana wang yang pada masa ini tidak dilaburkan dalam mana-mana bank di Malaysia yang memegang suatu lesen yang sah di bawah peruntukan *Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] dan diluluskan terlebih dahulu secara bertulis bagi maksud itu oleh Menteri.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 173 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next