My bookmarksSign up free
← Universiti Teknologi MARA Act 1976

Universiti Teknologi MARA Act 1976 s 4

Universiti Teknologi MARA Act 1976 s 4

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

s 4 Powers of the Universiti

(1) The Universiti shall, subject to the provisions of this Act, have the following powers— (a) to provide courses of study, to make provision for research, to hold examinations and to take such other steps as may appear necessary or desirable for education and training in the fields of technology, science, commerce, business, industry, management or administration, or in the field of any vocation, in Malaysia or elsewhere; (b) to confer degrees, diplomas, certificates and other academic distinctions upon persons who have followed courses of study approved by the Universiti and have satisfied such other requirements as may be determined by the Board, or as may be prescribed; (ba) to confer honorary degrees or awards on persons who have contributed to the advancement or dissemination of knowledge or who have rendered distinguished public service as may be recommended by the Board after consultation with the Senate; (c) to recognize the degrees, diplomas and certificates of such educational institutions or bodies as may be determined by the Board, or as may be prescribed, for the purpose of admission to the courses of study and examinations of the Universiti; (ca) to institute chairs, lectureships, and other posts and offices, and to make appointments thereto; (d) to erect, equip and maintain libraries, laboratories, lecture halls, hostels and all other buildings required for the purposes of the Universiti in Malaysia; (e) to institute and award fellowships, scholarships, bursaries, medals, prizes and other forms of distinctions, awards or assistance in respect of the education and training provided from or by or in the Universiti; (f) to enter into contracts and to appoint such staff as may be required for the purposes of the Universiti; (g) to appoint and promote staff of the Universiti; (h) to determine the conditions of service of the staff of the Universiti, including schemes of service, salary scales and leave; (i) to establish pension, superannuation, provident fund or welfare schemes for the benefit of its staff, and to enter into arrangements with any other organization or person for the establishment of such schemes; (j) to regulate and provide for the residence of staff and students of the Universiti and the welfare of staff and students; (ja) to grant loans or advances to the staff of the Universiti; (jb) to grant loans or financial assistance to deserving students on such terms and conditions as may be approved by the Minister; (jc) to conduct commercial research and production for the effective promotion and utilization of the research findings of the Universiti; (jd) to market and franchise the services, research findings, and products, of the Universiti; (k) to demand and receive such fees as may from time to time be determined by the Board, or as may be prescribed; (l) to do all such acts and things, whether or not incidental to the powers aforesaid, as may be requisite in order to further education, training, finance, administration, welfare and discipline in the Universiti. (2) The Universiti may, with the approval of the Minister, by order published in the Gazette, set out— (a) the Diplomas and Advanced Diplomas conferred by the Universiti which have been recognized by the Government to be equivalent to degrees at Bachelor level; and (b) the dates on which the Diplomas and Advanced Diplomas were given the recognition by the Government as mentioned in paragraph (a), and the Diplomas and Advanced Diplomas shall have the status of degrees conferred at Bachelor level, with or without honours, as the case may be, from the dates of such recognition, notwithstanding that the dates of such recognition are dates before the date of coming into force of this subsection.

Malay text (authoritative)

Kuasa Universiti

(1) Universiti hendaklah, tertakluk pada peruntukan Akta ini, mempunyai kuasa yang berikut: (a) untuk mengadakan kursus pengajian, untuk membuat peruntukan bagi penyelidikan, untuk mengadakan peperiksaan dan untuk mengambil apa-apa langkah lain yang didapati perlu atau wajar bagi pendidikan dan latihan dalam bidang teknologi, sains, perdagangan, perniagaan, perindustrian, pengurusan atau pentadbiran, atau dalam bidang apa-apa kerjaya, di Malaysia atau di tempat lain; (b) untuk menganugerahkan ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik lain kepada orang yang telah mengikuti kursus pengajian yang diluluskan oleh Universiti dan telah memenuhi apa-apa kehendak lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, atau yang ditetapkan; (ba) untuk menganugerahkan ijazah atau kurniaan kehormat kepada orang yang telah memberikan sumbangan kepada kemajuan atau penyebaran pengetahuan atau yang telah memberikan khidmat awam yang cemerlang sebagaimana yang disyorkan oleh Lembaga setelah berunding dengan Senat; (c) untuk mengiktiraf ijazah, diploma dan sijil mana-mana institusi atau badan pendidikan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, atau yang ditetapkan, bagi maksud penerimaan masuk untuk kursus pengajian dan peperiksaan Universiti; (ca) untuk mengadakan kerusi, jawatan pensyarah, dan jawatan dan jabatan lain, dan untuk membuat pelantikan baginya; (d) untuk mendirikan, melengkapkan dan menyenggarakan perpustakaan, makmal, dewan kuliah, asrama dan segala bangunan lain yang dikehendaki bagi maksud Universiti di Malaysia atau di tempat lain; (e) untuk mengadakan dan mengurniakan fellowship, biasiswa, dermasiswa, pingat, hadiah dan bentuk kepujian, kurniaan atau bantuan lain berkenaan dengan pendidikan dan latihan yang diadakan dari atau oleh atau di Universiti; (f) untuk membuat kontrak dan untuk melantik kakitangan yang dikehendaki bagi maksud Universiti; (g) untuk melantik dan menaikkan pangkat kakitangan Universiti; (h) untuk menentukan syarat perkhidmatan kakitangan Universiti, termasuk skim perkhidmatan, tangga gaji dan cuti; (i) untuk menubuhkan skim pencen, persaraan, kumpulan wang simpanan atau kebajikan bagi faedah kakitangannya, dan untuk membuat perkiraan dengan mana-mana pertubuhan atau orang lain bagi penubuhan skim itu; (j) untuk mengawal selia dan mengadakan peruntukan bagi kediaman kakitangan dan pelajar Universiti dan kebajikan kakitangan dan pelajar; (ja) untuk memberikan pinjaman atau pendahuluan kepada kakitangan Universiti; (jb) untuk memberikan pinjaman atau bantuan kewangan kepada pelajar yang patut menerimanya atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri; (jc) untuk menjalankan penyelidikan dan pengeluaran komersial bagi pemajuan dan penggunaan dapatan penyelidikan Universiti yang berkesan; (jd) untuk memasarkan dan memfrancaiskan perkhidmatan, dapatan penyelidikan, dan keluaran, Universiti; (k) untuk meminta dan menerima apa-apa fi yang dari semasa ke semasa ditentukan oleh Lembaga, atau yang ditetapkan; (l) untuk melakukan semua perbuatan dan perkara, sama ada bersampingan atau tidak dengan kuasa yang disebut terdahulu, yang mungkin diperlukan bagi memajukan pendidikan, latihan, kewangan, pentadbiran, kebajikan dan tatatertib di dalam Universiti. (2) Universiti boleh, dengan kelulusan Menteri, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menyatakan— (a) Diploma dan Diploma Lanjutan yang dianugerahkan oleh Universiti yang telah diberikan pengiktirafan oleh Kerajaan sebagai setaraf dengan ijazah pada peringkat Sarjana Muda; dan (b) tarikh Diploma dan Diploma Lanjutan itu diberikan pengiktirafan oleh Kerajaan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (a), dan Diploma dan Diploma Lanjutan itu hendaklah mempunyai taraf ijazah yang dianugerahkan pada peringkat Sarjana Muda, dengan atau tanpa kepujian, mengikut mana-mana yang berkenaan, dari tarikh pengiktirafan sedemikian, walaupun tarikh pengiktirafan itu ialah tarikh sebelum tarikh permulaan kuat kuasa subseksyen ini.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 173 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next