My bookmarksSign up free
← Universiti Teknologi MARA Act 1976

Universiti Teknologi MARA Act 1976 s 47

Universiti Teknologi MARA Act 1976 s 47

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

s 47 Minister’s power to amend this Part

(1) The Minister may by order published in the Gazette, make such modifications, variations, additions, or other alterations whatsoever to the provisions of this Part as he may deem necessary or expedient to prevent, remove, resolve, or overcome any difficulty or anomaly, or to meet any omission, or otherwise for the purpose of giving effect to the provisions of this Act. (2) An order made under this section shall be laid on the table of both Houses of Parliament at its next sitting after the publication of the order in the Gazette. F IRST SCHEDULE [Paragraph 4a(1)(c)] Power of Universiti to make rules in respect of corporation 1. The Universiti shall, on or before the date on which any corporation is established under paragraph 4A(1)(c), prescribe by rules— (a) the purposes and objects for which such corporation is established; (b) the rights, powers, duties and functions of such corporation; (c) the system of management of such corporation; and (d) the relations between such corporation and the Universiti and the rights of control of the Universiti over such corporation. Effect of rules 2. Any rules made under paragraph 1 shall be binding on the corporation in respect of which they were made and shall have effect for all purposes as if they had been enacted under this Act. Power to amend, etc., rules 3. The Universiti may at any time amend, revoke, or add to, any rules made in respect of any corporation under paragraph 1. Winding up 4. (1) The Universiti may, with the approval of the Minister, after consultation with the Minister of Finance, direct that any corporation established by it be wound up and dissolved. (2) Upon the dissolution of any corporation under subparagraph (1), the assets of the corporation after discharging all its liabilities shall be transferred to and vested in the Universiti. (3) The winding up of a corporation under subparagraph (1) shall be conducted in such manner as the Universiti may prescribe. Corporation to be bodies corporate 5. Every corporation established under paragraph 4A(1)(c)— (a) shall be a body corporate by such name as the Universiti shall give to it; (b) shall have perpetual succession; (c) shall have a common seal; (d) may sue and be sued in its corporate name; (e) may enter into contracts; (f) may hold, and deal in or with, any movable or immovable property; and (g) may do all other matters and things incidental or appertaining to a body corporate not inconsistent with this Act, subject to such restrictions or limitations as may be specified by the Universiti in each case. Common seal of corporation 6. (1) Every corporation shall have a common seal which shall bear such device as the corporation, with the approval of the Universiti, may determine. (2) The common seal may from time to time be broken, changed, altered and made anew as the corporation, with the approval of the Universiti, may think fit. (3) Until a seal is provided by the corporation, a stamp bearing the name of the corporation encircling the letters “UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA” may be used and shall be deemed to be the common seal of the corporation. (4) The common seal, or the stamp referred to in subparagraph (3), shall be kept in the custody of such person as may be authorized by the corporation, and shall be authenticated by such person. (5) All deeds, documents and other instruments purporting to be sealed with the seal, authenticated as aforesaid, shall, until the contrary is proved, be deemed to have been validly executed. (6) Any document or instrument which if executed by a person not being a body corporate would not be required to be under seal may in like manner be executed by the corporation; and any such document or instrument may be executed on behalf of the corporation by an officer or servant of the corporation generally or specially authorized by the corporation in that behalf. (7) The common seal of every corporation shall be officially and judicially noticed.

Malay text (authoritative)

Kuasa Menteri untuk meminda Bahagian ini

(1) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membuat ubah suaian, perubahan, tambahan, atau apa-apa jua pun pindaan lain kepada peruntukan Bahagian ini yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk mengelakkan, menghapuskan, menyelesaikan atau mengatasi apa-apa kesulitan atau anomali, atau untuk menampung apa-apa peninggalan, atau selainnya bagi maksud menguatkuasakan peruntukan Akta ini. (2) Sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen dalam mesyuaratnya yang berikut selepas perintah itu disiarkan dalam Warta. Jadual Pertama [Seksyen 4a] Kuasa Universiti untuk membuat kaedah-kaedah berkenaan dengan perbadanan 1. Universiti hendaklah, pada atau sebelum tarikh mana-mana perbadanan ditubuhkan di bawah perenggan 4a(1)(c), menetapkan melalui kaedah-kaedah— (a) maksud dan tujuan yang baginya perbadanan itu ditubuhkan; (b) hak, kuasa, kewajipan dan fungsi perbadanan itu; (c) sistem pengurusan perbadanan itu; dan (d) hubungan antara perbadanan itu dengan Universiti dan hak kawalan oleh Universiti ke atas perbadanan itu. Kuat kuasa kaedah-kaedah 2. Mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah perenggan 1 hendaklah mengikat perbadanan yang berkenaan dengannya kaedah-kaedah itu dibuat dan hendaklah mempunyai kuat kuasa bagi segala maksud seolah-olah kaedah-kaedah itu telah dibuat di bawah Akta ini. Kuasa untuk meminda, dsb., kaedah-kaedah 3. Universiti boleh pada bila-bila masa meminda, membatalkan, atau menambah pada, apa-apa kaedah-kaedah yang dibuat berkenaan dengan mana-mana perbadanan di bawah perenggan 1. Penggulungan 4. (1) Universiti boleh, dengan kelulusan Menteri, selepas berunding dengan Menteri Kewangan, mengarahkan supaya mana-mana perbadanan yang ditubuhkan olehnya digulung dan dibubarkan. (2) Apabila mana-mana perbadanan dibubarkan di bawah subperenggan (1), aset perbadanan itu hendaklah berpindah hak milik kepada dan terletak hak pada Universiti selepas ditunaikan segala liabilitinya. (3) Penggulungan sesuatu perbadanan di bawah subperenggan (1) hendaklah dijalankan mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh Universiti. Perbadanan hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan 5. Tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan di bawah perenggan 4a(1)(c)— (a) hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan apa-apa nama yang diberikan oleh Universiti kepadanya; (b) hendaklah kekal turun-temurun; (c) hendaklah mempunyai meterai perbadanan; (d) boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas nama perbadanannya; (e) boleh membuat kontrak; (f) boleh memegang, dan membuat apa-apa urusan mengenai atau dengan, apa-apa harta alih atau tak alih; dan (g) boleh membuat segala perkara dan benda lain yang bersampingan atau berkaitan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan yang selaras dengan Akta ini, tertakluk pada apa-apa sekatan atau batasan sebagaimana yang dinyatakan oleh Universiti dalam setiap hal. Meterai perbadanan bagi perbadanan 6. (1) Tiap-tiap perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang hendaklah mengandungi apa-apa tanda sebagaimana yang ditentukan oleh perbadanan dengan kelulusan Universiti. (2) Meterai perbadanan itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh perbadanan dengan kelulusan Universiti. (3) Sehingga suatu meterai diadakan oleh perbadanan, suatu cap yang mengandungi nama perbadanan melingkungi huruf “UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA” boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan bagi perbadanan itu. (4) Meterai perbadanan, atau cap yang disebut dalam subperenggan (3), hendaklah disimpan dalam jagaan mana-mana orang yang diberi kuasa oleh perbadanan, dan hendaklah disahkan oleh orang itu. (5) Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai itu, yang disahkan sebagaimana yang disebut terdahulu, hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya. (6) Apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan merupakan suatu pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki untuk dimeteraikan boleh disempurnakan oleh perbadanan dengan cara yang sama; dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak perbadanan oleh seseorang pegawai atau pekhidmat perbadanan yang diberi kuasa secara am atau khas oleh perbadanan bagi maksud itu. (7) Meterai perbadanan bagi tiap-tiap perbadanan hendaklah diberikan pengiktirafan rasmi dan kehakiman. Jadual Kedua [Seksyen 13] Hilang kelayakan 1. Seseorang itu hendaklah hilang kelayakan untuk dilantik sebagai atau untuk menjadi anggota Lembaga— (a) jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan— (i) kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; (ii) kesalahan di bawah undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; (iii) kesalahan di bawah Akta ini; atau (iv) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang lebih daripada dua tahun; (b) jika dia menjadi bankrap; (c) jika dia didapati atau diisytiharkan tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menguruskan hal ehwalnya. Pemberhentian daripada menjadi anggota 2. Seseorang anggota Lembaga hendaklah terhenti menjadi anggota— (a) jika dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi; atau (b) jika pelantikannya dibatalkan. Peletakan jawatan 3. Seseorang anggota Lembaga boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa dengan memberikan notis satu bulan secara bertulis kepada Pengerusi. Pengisian kekosongan 4. Jika mana-mana orang terhenti daripada menjadi anggota Lembaga oleh sebab peruntukan Akta ini, seorang lain boleh dilantik oleh Menteri untuk mengisi kekosongan itu bagi baki tempoh yang baginya anggota itu dilantik. Elaun 5. Anggota Lembaga hendaklah dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri. Mesyuarat 6. (1) Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat Lembaga dan, semasa ketiadaannya, anggota-anggota Lembaga hendaklah melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu. (2) Pengerusi dan tiap-tiap anggota Lembaga hendaklah mempunyai dan boleh menggunakan satu undi setiap orang, tetapi dalam keadaan bilangan undi sama banyak, Pengerusi atau anggota yang mempengerusikan mesyuarat hendaklah mempunyai dan boleh menggunakan undi pemutus sebagai tambahan kepada undi asalnya. Lembaga boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat 7. (1) Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat atau pertimbangtelitian Lembaga bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat atau pertimbangtelitian itu. (2) Seseorang yang diundang di bawah subperenggan (1) hendaklah dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga. Minit 8. Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Lembaga hendaklah, jika ditandatangani dengan sewajarnya, diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya, dan tiap-tiap mesyuarat Lembaga yang berkenaan dengannya minit telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya, dan semua anggota pada mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak. Penzahiran kepentingan 9. (1) Seseorang anggota Lembaga yang, secara langsung atau secara tidak langsung, mempunyai sendiri atau melalui pekongsinya— (a) apa-apa kepentingan dalam mana-mana syarikat atau pengusahaan yang dengannya Lembaga bercadang untuk membuat suatu kontrak; atau (b) apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrak itu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga, hendaklah menzahirkan hakikat dan jenis kepentingannya itu kepada Lembaga. (2) Sesuatu penzahiran di bawah subperenggan (1) hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga dan, melainkan jika dibenarkan secara khusus oleh Pengerusi, anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa pertimbangtelitian atau keputusan Lembaga yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu. Kesahan perbuatan dan prosiding 10. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan— (a) apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Lembaga; (b) pelanggaran perenggan 9 oleh seseorang anggota Lembaga; atau (c) apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit kes itu. Jadual Ketiga [Seksyen 23c dan 23d] JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR Pemilihan JPP 1. Dalam memilih suatu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, pelajar setiap bidang tertentu hendaklah memilih, melalui undi rahsia yang dijalankan oleh Naib Canselor, apa-apa bilangan pelajar yang belajar dalam bidang masing-masing yang sama banyak sebagaimana yang ditentukan oleh Naib Canselor untuk menjadi wakil dalam JPP; dan pembahagian pendidikan yang disediakan di Universiti kepada pelbagai bidang pengajian bagi maksud perenggan ini hendaklah dibuat oleh Naib Canselor. CATATAN—Jadual Ketiga yang telah dimasukkan melalui seksyen 38 Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan) 1996 [Akta A964] masih belum berkuat kuasa— lihat P.U. (B) 461/1996. Pemegang jawatan JPP 2. JPP hendaklah memilih dalam kalangan anggotanya— (a) seorang Yang Dipertua; (b) seorang Naib Yang Dipertua; (c) seorang Setiausaha; dan (d) seorang Bendahari, yang mereka itu sahajalah menjadi pemegang jawatan dalam JPP. Tempoh jawatan JPP dan pemegang jawatannya 3. Anggota JPP dan pemegang jawatannya hendaklah dipilih bagi tempoh satu tahun. Keputusan dengan undi lebih suara 4. Keputusan JPP hendaklah diambil dengan undi lebih suara tidak kurang daripada dua pertiga daripada anggota yang hadir dan mengundi. Jawatankuasa ad hoc 5. JPP boleh menubuhkan, dari semasa ke semasa, dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Naib Canselor, jawatankuasa ad hoc dalam kalangan anggotanya bagi maksud atau tujuan tertentu. Hilang kelayakan berkenaan dengan JPP 6. (1) Tiada pelajar— (a) yang terhadapnya prosiding tatatertib belum diputuskan; atau (b) yang telah didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib, boleh dipilih atau terus menjadi anggota JPP melainkan jika dibenarkan secara bertulis oleh Naib Canselor. (2) Seseorang pelajar— (a) yang belum lagi menduduki peperiksaan pertamanya berkenaan dengan kursus pengajiannya; atau (b) yang telah gagal dalam, atau yang tidak menduduki, peperiksaan yang lalu yang diadakan berkenaan dengan kursus pengajiannya, sebaik sebelum mana-mana pemilihan yang dicadangkan bagi JPP atau oleh JPP hendaklah hilang kelayakan untuk dipilih dalam pemilihan itu. Tujuan dan fungsi JPP 7. Tujuan dan fungsi JPP adalah— (a) untuk membantu dan menggalakkan, tertakluk pada arahan Naib Canselor, pembangunan kemudahan bagi pelajar seperti kemudahan rekreasi dan pembekalan makanan dan minuman; (b) untuk membuat representasi kepada Naib Canselor tentang perkara yang berhubungan dengan keadaan yang dalamnya pelajar tinggal dan belajar; dan (c) untuk mengusahakan apa-apa aktiviti lain yang ditentukan oleh Naib Canselor dari semasa ke semasa. Perbelanjaan JPP 8. (1) JPP tidak boleh— (a) menyenggarakan apa-apa kumpulan wang; atau (b) membuat apa-apa pemungutan bagi apa-apa wang atau harta, daripada apa-apa sumber. (2) Apa-apa perbelanjaan yang munasabah yang dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor untuk dilakukan oleh JPP boleh dibayar oleh Universiti jika tuntutan bertulis yang munasabah yang disokong dengan resit dan baucar dikemukakan oleh JPP kepada, dan luluskan oleh, Naib Canselor. Akaun JPP 9. (1) Bendahari hendaklah menyimpan akaun JPP yang sepatutnya yang hendaklah diaudit oleh seseorang yang dilantik oleh Naib Canselor. (2) Suatu salinan akuan yang disimpan di bawah subperenggan (1) hendaklah dikemukakan oleh JPP kepada Naib Canselor untuk kelulusan tidak lewat daripada tiga bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, yang merupakan tahun kewangan sebagaimana yang ditentukan oleh Naib Canselor. Mesyuarat JPP 10. (1) JPP hendaklah mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa sebagaimana yang difikirkannya perlu dan menjadi kewajipan Setiausaha untuk menyimpan minit tiap-tiap mesyuarat JPP dan minit itu hendaklah disahkan pada mesyuarat yang berikutnya. (2) JPP atau sesuatu jawatankuasa ad hoc JPP hendaklah, tidak kurang daripada empat puluh lapan jam sebelum mengadakan apa-apa mesyuarat, memberikan notis tentang tarikh dan masa mesyuarat itu dan agendanya kepada Naib Canselor. (3) Tiap-tiap mesyuarat JPP atau mesyuarat sesuatu jawatankuasa ad hoc JPP hendaklah diadakan di tempat yang disediakan bagi maksud mesyuarat itu oleh Naib Canselor. (4) Naib Canselor atau wakilnya hendaklah hadir di setiap mesyuarat JPP atau mesyuarat sesuatu jawatankuasa ad hoc JPP, melainkan jika Naib Canselor memutuskan selainnya berkenaan dengan mana-mana mesyuarat tertentu. Pemeriksaan rekod 11. Rekod JPP atau rekod sesuatu jawatankuasa ad hoc JPP hendaklah pada setiap masa terbuka untuk diperiksa oleh Naib Canselor atau wakilnya. Pertikaian tentang pemilihan 12. (1) Jika apa-apa pertikaian timbul tentang sama ada mana-mana anggota atau pemegang jawatan JPP atau tentang sesuatu jawatankuasa ad hoc JPP— (a) telah dipilih atau dilantik dengan sewajarnya, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau (b) berhak menjadi atau kekal menjadi anggota atau pemegang jawatannya, pertikaian itu hendaklah diputuskan oleh Naib Canselor atau oleh seseorang yang dilantik olehnya bagi maksud itu. (2) Keputusan Naib Canselor atau keputusan orang yang dilantik olehnya di bawah subperenggan (1) adalah muktamad. Takrif “pelajar” bagi maksud Jadual ini 13. (1) Bagi maksud Jadual ini, “pelajar” tidak termasuk seseorang pegawai awam yang mengikuti kursus pengajian di Universiti. (2) Seseorang hendaklah terhenti daripada menjadi pelajar mengikut pengertian perenggan ini— (a) apabila disiarkan keputusan peperiksaan akhir bagi kursus pengajian itu, jika dia lulus peperiksaan itu; atau (b) apabila disiarkan keputusan mana-mana peperiksaan bagi kursus pengajian itu, jika dia gagal dalam peperiksaan itu, sehinggalah dia, selepas itu, didaftarkan semula bagi kursus pengajian itu atau kursus pengajian lain yang terpakai bagi seseorang pelajar berdaftar di bawah perenggan ini. UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 173 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next